Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Thursday, January 27, 2011

Apabila Cinta Berbicara :Episode 2


Pesanan Penaja:
Komen yang membina amat diperlukan untuk menambah baik qualiti kerja cerita ini.
Kerjasama anda amat dihargai.
Tolong sebarkan laman ini kepada rakan anda.
harap maklum


(sila play dahulu)


(sila play dahulu sebelum memulakan bacaan untuk menambah keseronokan)



Pesanan Penaja:
(Video ini adalah suara latar belakang sahaja.Sesudah menekan play anda terus memulakan bacaan.pastikan video anda berjaln lancar.untuk mengelakan ganguaan ketika membaca)






(tunggu video habis loading)
(teruskan bacaan)






















































Episode yang lepas.
Erin, Eaz, Adrina, Qusyairi dan Eman bertolak balik MSU.


























Disebabkan Eaz kalah dalam pertaruhanya sendiri, dia terpaksa duduk di belakang kereta dan hanaya brief tanpa pakaian luar.




















Setelah dua puluh minit berjalan melalui kawasan hutan menebal, tiba-tiba kenderaan yang mereka naiki berhenti dengan sendirinya.





















Qusyairi telah menawarkan diri untuk pergi melihat apa yang berlaku kepada kenderaan mereka.Adrina pula cuba untuk memberi pertolongan.





















Tiba-tiba terdengar jeritan dari arah belakang kereta..

























Apakah yang akan terjadi?




























Semuanya dalam..



































Apabila Cinta Berbicara
Episode 2:Eh ! Boleh Kenal ?


























(sila tekan play dahulu)






















Setelah dua puluh minit berjalan melalui kawasan hutan menebal, tiba-tiba kenderaan yang dipandu oleh Qusyairi memberi reaksi yang mencemaskan.Kedengaran bunyi yang kuat dari arah belakang kereta dan menyebabkan kederaan mereka berhenti dengan sendirinya.

"Sekejap. Aku pergi keluar jap. Korang duduk sini diam-diam."
Qusyairi dengan beraninya membuka pintu kereta.

" Weh aku nak ikut !"
Jerit Adrina dan terus mengikuti Qusyairi.

"Weh,apapasal kau ikut ? kan aku suruh duduk dalam kereta.Bahaya ni.Kang tiba-tiba kau  pengsan siapa yang susah? Kau dan keluarga kau jugak yang susah."
Bebel Qusyairi.

"Aku nak menyusahkan kau bukan keluarga aku.Eh! main-main je.Jangan marah ye bang.Alah, manalah tahu kau perlu bantuan kecemasan."
Adrina terus mengekori Qusyairi.

"Bantuan kecemasan apenye, kereta ni yang perlukan kecemasan, bukanya aku."

"Bantuan kecemasan pernafasan mulut ke mulut.Manalah tahukan tiba-tiba kau nampak hantu.Kau tekejut dan terus pengsan.Ha aku lah yang akan bagi kau bantuan kecemasan tu.Laki kan suka bende-bende macam ni."
Penyakit Blue Adrina sudah muncul.

"Bantuan kecemasan mulut ke mulut untuk orang lemas lah.Kau ni pun kalau dah terdesak sangat nak cium aku takyah lah time-time macam ni."

Adrina hanya membuat muka pelik sahaja, manakala Qusyairi  hanya tersengih nakal dengan reaksi yang diberikan oleh Adrina dan meneruskan pencarianya untuk mencari punca kederaan mereka tiba-tiba berhenti.Mereka pergi arah yang berlainan.Qusyairi menghala ke hadapan, dan Adrina bergerak kebelakang kereta.

"Haaa!!"

Jeritan semacam Adrina dari belakang.Qusyairi tekejut dan terus menolah kebelakang.

"Weh asal?"

 "Oh my g.. 
Oh my G-string,  apa yang kau dah buat ni, Qusyairi?"

Qusyairi bergegas kebelakang kereta.

" Tayar bocor! Macam mane kau bawak kereta nie?"
Adrina menunjuk ke arah tayar kereta yang sudah bocor.

"Mane la aku tahu. Dah die nak bocor. Tadi kau kate nak kasi pernafasan mulut ke mulutkan. Aku rase lebih baik kau buat dekat tayar ni. Sebab tayar ni lebih memerlukan."

"Kau jangan nak buat lawak Zizan si hidung pinocio’ dekat sini eh. So, kite nak buat ape ni?"

"Em. Mula-mula kita kene kosongkan kereta dulu.Kau pergi kejutkan Eaz kat belakang , aku panggil yang lain keluar dari kereta."

Adrina terus mendapatkan Eaz dan Qusyairi membuka pintu kereta. 

"Weh, bangunlah!"
Adrina mengejutkan Eaz yang tengah bermain di alam mayanya.

Setelah di gerakkan berkali-kali,Eaz tetap tidak memberi sebarang reaksi.Tiba-tiba Adrina mendapat idea yang bernas untuk mengeluarkan Eaz dari alam mayanya.
Adrina menghulurkan tangannya di sekitar kaki Eaz. Sejurus selepas itu, Adrina dengan banggaya mencabut bulu roma yang berjuta serta keringting ibarat Hutan Simpanan Sipilok di kaki Eaz.Eaz yang merasai kesakitan, mula terjaga dari tidurnya. 

"Sakitlah, gila!"

"Aku kejut elok-elok taknak bangun. Bangunlah!"
   
"Asal? Dah sampai ke?"

"Dah! Dah sampai dah masa untuk kau bangun, sebab kita hal yang lebih penting dari tidur kau."

"Hal apenye? Hal kecik pun tak boleh nak settle."

"Waklu! Weh kaki banyak bulu, lebih baik kau bangun.sebelum aku cabut satu persatu bulu kau sampai  jadi botak macam budak PLKN."

"Yelah gila! Bagi baju dan seluar aku. Kang ade yang berahi tengok aku."

"Kaki berbulu! semut masuk pun sesat tak jumpe jalan keluar, berahi apenye. Nak muntah adelah. Amik baju kau ni."

Eaz menyarungkan baju dan seluarnya dan terus berjumpa dengan Qusyairi dan kawanya yang lain.Adrina masih lagi dibelakang.Adrina pula mencari bagasinya di belakang untuk mendapatkan air minuman kerana tekaknya sudah kering.



(sila tekan play dahuhu dan tunggu sehingga habis loading)
(pasang dengan kuat)


























Adrina merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Pergerakan semacam orang dibelakang menganggu Adrina.Bulu roma Adrina sudah mula menegak kerana memikirkan apa yang berada di belakangnya.Adrina cuba melawan persaan takut  dengan membuka penutup air minumanya tanpa menghiraukan keadaan di belakangnya.Belum sempat air minumanya masuk kedalam mulut Adrina terdengar bunyi yang pelik.Tanpa berfikir apa-apa Adrina menoleh kebelakang.






























Perkataan yang pertama keluar dari mulut Adrina adalalah.

"Oh my G-string!"


























Rakan-rakan Adrina yang berada dihadapan kereta terkejut dan bergegas kebelakang kereta. Sementara Adrina..


















(sila play dahulu)






















Air yang sepatutnya berada di dalam tekak Adrina kini membasahi dirinya. Kelihatan seorang jejaka yang memakai cermin mata hitam berada di hadapan Adrina. 

"I’m so sorry . 
Saya rase awak perlukan ini."

Lelaki tersebut mengeluarkan tisu dari poketnya dan melapkan muka Adrina yang basah akibat terkena air minumanya sendiri.Adrina yang masih lagi terkejut dan terkedu tidak memberikan sebarang reaksi terhadap perlakuan lelaki itu, Tetapi rasanya,  Adrina  suka akan tindakan lelaki itu.

"Weh, kau okey Adrina?"
Tanya Eman yang baru sampai bersama rakanya yang lain.

"Oh, sorry, tadi saya nampak kereta ni tibe-tibe berhenti,macam ada kecemasan . So saya turunlah dari kereta, dan terus menuju kat sini. Tiba- tiba terjumpa pulak adik manis ni.Baru nak tegur, dia tekejut dan dia menjerit dan dia kate pasal  g..g....gis….G-string….ehm something like that.tah saye pun tak faham."
Kata lelaki berkacamta hitam itu sambil meletakan tanganya di bahu Adrina.
Tadi lap muka aku, sekarang ni pegang pulak bahu aku..aduh..bestnye, lepas ni mane pulak die nak pegang...hehe... kata Adrina sendirian seakan-akan menyukai perbuatan lelaki tersebut.

"Ok, just get to the point, tayar kiteorang pancit. Ade tayar lebih?"
Kata Eman yang cuba untuk berterus-terang.

Lelaki yang berkacamata hitam itu hanya tersenyum.






(tekan dibawah)



































"Wah, hensemnye lelaki tadi tuh,"
                            
"Alamak!"
Jerit Adrina secara tiba-tiba.

"Alah lupa nak tanye name die,nombor phone die,tinggal kat mane? Dah ade umpuye kebelum? Haih, koranglah ni. Nak cepat-cepat balik.
MSU tu tak lari pun." 
Kesal Adrina.

"Memanglah tak lari. Esok ade kelas.
Kite yang kene berlari nanti. , kene kejar dengan Pn Juliza Azizan.Boleh?"
Balas Eman.

"Alah macamlah tak biase ponteng kelas.Dah lah lelaki tu hensem kacak bergaya penyayang dan baik. Kerete ni boleh berjalan pun sebab die tolong. Korang patut berterima kasih dekat boyfriend aku.Oh hensem , you make me smile!

Adrina, sambil menghayati lagu Uncle Kracker, Smile dan masih lagi terbayang-bayangkan wajah lelaki itu tadi.

"Boyfriend kau? Yang keberape? Sepuluh,Dua puluh? Dah Adrina. Sudah-sudahlah la tu. Cukup-cukuplah kau mempermainakan hati lelaki."

"Pardon ? eh, bukan aku eh yang nak sangat dengan dorang tu. Dorang tu yang tergila-gila dekat aku. Akukan baik.  Aku layan jelah semua."

"Yelah Adrina !"

Eman mengalah.Tiba-tiba telefon Adrina berdering.

"Alamak boyfriend nombor dua call. Weh, Erin ok tak muka aku.
 Oke kan." 
"Bukan nampak muka kau pun."
Erin menjawab.

Adrina pula sudah mula bercakap dengan boyfriendnya.


















"What??"
Tiba-tiba Adrina meninggikan suaranya. 

Seolah-olah ada sesuatu yang terjadi..

Bersambung...

Sunday, January 23, 2011

Apabila Cinta Berbicara :Episode 1


Drama online terbaik kini ditayangkan

Pesanan Penaja:
Komen yang membina amat diperlukan untuk menambah baik qualiti kerja cerita ini.
Kerjasama anda amat dihargai.
Tolong sebarkan laman ini kepada rakan anda.
harap maklum




Pesanan Penaja:
(Video ini adalah suara latar belakang sahaja.Sesudah menekan play anda terus memulakan bacaan.pastikan video anda berjaln lancar.untuk mengelakan ganguaan ketika membaca)

(teruskan bacaan)

Apabila Cinta Berbicara
Episode1:Kami






"Laju-laju lah sikit!"

"Dah laju lah nie"

"Letaklah minyak lagi" 

"Penatlah.!" 

" Hish, menyampah betul takdek stamina langsung"
Erin meletakan pengipas bbq dan terus meninggalkan Eaz yang sibuk mengipas bbq.

Erin duduk disebelah Qusyairi yang  sedang memengang telefon bimbitnya.
                                
"Malas aku nak layan Eaz tu..asyik penat je!"
Erin mengadu kepada Qusyairi.

"Korang ni asyik bergaduh je.pantang berjumpa."

Erin memandang wajah Qusyari yang memliki senyuman yang manis dan mampu membuat wanita cair apabila memandang matanya yang menawan.
                           
"Kau pulak sayang sangat dengan ting tong tu. tahulah teman satu katil."
Erin mengalihkan pandanganya.

"Kau ni macam tak kenal dia. Diakan tak cukup kasih sayang sebab   baru   putus ‘couple’ yang disebabkan oleh ayam."
Qusyairi dapat meraih kembali perhatian Erin.
 

"Putus disebabkan oleh ayam?"
Erin mengerutkan dahinya.

"Mase dorang makan malam bersama di Hotel Mania si Eaz ni nak rasa ayam madu awek dia.Entah sawan mana yang menyerang awek dia, awek dia marah, terus mintak putus."
Qusyairi menceritakan sejarah Eaz.
                                      
"Ah ? Sadis gila cerita dia. 
Patutlah kipas bbq pun tak larat."
Erin tersengih nakal dan terus meninggalkan Qusyari yang berada dibawah pohon cemara.

Hari ini merupakan malam kedua  mereka berlima, Erin Eaz Qusyairi Eman dan Adrina bermalam di Hutan Rimba Sehijau Taman Pawana.Mereka di satukan disini kerana ingin mengisi cuti tahunan universiti yang diberikan satu bulan setahun.


Mereka memang kawan rapat sejak pendaftaran pertama lagi.Erin menutut pengajian Computer Forensic tahun  ke dua bersama dengan Eaz.Qusyairi mengambil bidang Seni Kulinari.Adrina memilih bidang Graphic Design dan Eman sudah dua tahun dalam bidang Multimedia.Kesemuanya bawah satu bumbung di Management And Science University(MSU).

Sudah dua tahun perkenalan mereka.Suka, duka, pahit, getir, manis dan masam segalanya mereka lalaui bersama.Apa yang masamnya ?Tentulah bau ketiak mereka selepas habis waktu riadah.

"Hey 'guys'!" 
Teriak Qusyairi yang menyapa rakanya yang lain.

"Hari ini genap dua tahun perkenalan kita.So.Aku harap kita akan berkekalan sebigini rupa untuk dua puluh tahun akan datang."
Harapan Qusyairi.

Qusyairi seorang yang pandai memasak sebab dia ambil bidang seni kulinari.Mengambil Chef wan sebagai idolanya.Selalunya kita akan dihambatkan dengan perwatakn yang lembut bagi mereka yang mengambil bidang ini sebagi kerjaya.Namun berbeza dengan Qusyairi.Dia memiliki senyuman yang mengoda.Kehebatan senyuman Qusyairi ini mampu menewaskan beribu wanita di MSU termasuk tukang sapu sampah.Memiliki lesung pipit.Tona warna yang agak jerah.Dan tinggi 180 centimeter.Susuk badan sedap di peluk.Tidaklah kurus mahupun gemuk.Serta menjadi tunggak utama di dalam biliknya sebab kalau tiada Qusyairi, mati kebuluran lah kawan- kawanya di bilik.          

"Aku nak masa kita sudah bertongkat sekalipun kita tetap buat reunion dekat Rumah Orang Tua-Tua.Itupun kalau anak kita tak sayangkan kitalah.Kalau dorang sayang kita, Bolehlah buat reunion dekat hotelkan.”
Sambung Eaz yang baru datang ke meja makan sambil meletakan pinggan berisi Telur Bistik.

Telur Bistik ialah telur yang dicampurkan dengan daging, ayam serta sos tomato.Telur Bistik selalu dibuat semasa mengadakan diperkhemahan atau bercuti di hutan macam mereka berlima ini.Tambahan kos pembikinan Telur Bistik ini sangat murah. 

Berbalik kepada Eaz.Eaz, budak yang baru sahaja ditinggalkan oleh kekasihnya hanya disebabkann oleh ayam madu.Memiliki perwatakan yang gila-gila.Perwatakan gila-gila dia ini boleh membuatkan orang gila pun menjadi gila.Tetapi kalaulah si Eaz ini tidak ada dalam kumpulan ini,alamatnya sunyi sepilah keadaan.Memakai kasut high cut.Selalu memilih T-shirt menonjolkan perkataan seperti `Saya Sayang Mak Saya, Awak Ada?` serta `Hari Ini Saya Happy,Awak Ada?’.Tetapi sekarang ini lebih suka memilih perkataan `No Girls No Cry’

"Nak buat dekat Hotel mana? Hotel Mania sambil makan ayam madu."
Erin mencelah sambil mengambil sudu di sebelah pingannya.

Erina selalu mensanggulkan rambutnya seperti siput.Berkacamata putih.Lebih selesa memakai Blandine Dress.Tetapi dia tidak memilih pakaian sebigitu di tengah-tengah hutan ini.Kenapa? Tanyalah kaum wanita yang lain.
Kalau suara Erin tidak kehabisan akibat bergaduh dengan Eaz sehari, memang tidak sah.Merekalah yang akan membisingkan suasana.Erin dan Eaz duduk di kelas yang sama.Itupun belum cukup lagi untuk merapatkan hubungan kedua dua insan ini malah merengangkan lagi hubungan mereka kerana selalu bergaduh walaupun melibatkan hal-hal yang kecil seperti berdenggur kuat di dalam kelas, mahupun memakai baju yang sama warna. 

"Kalau kau tak cari pasal dengan aku sehari tak sah kan! 
Ingat masa kau tidur dekat kelas Pn.Marina aku cover kau. 
Lepas tu masa kau tak tahan nak kencing aku cover kau.Maksud aku aku cover tengok tengokan ada lelaki tak dekat tandas tu."
Eaz berkata dengan bersahaja.

"Takyahlah cakap pasal tandas dekat sini.Kau nampak orang 
orang tengah makan ni?"
Jawab Erin dengan pantas.

"Yelah Erin. 
Padahal nak cover malu."
Eaz berkata sambil merenung tajam ke arah Erina dan Erina membalas dengan riak muka yang semacam naga tasik chini. 

"Korang ni kalau tak bergaduh sehari tak boleh ke?
   Macam bawang merah dengan bawang putih.
Dua-dua busuk."
Eman menyampuk untuk meredakan keadaaan.

Eman perwatakan yang lebih serius menjadi pilihanya.Suka bermain muzik.Menjadikan band CN Blue yang popular dengan lagu I’m Loner sebagai band kegemaran.Pandai bermain gitar.Selalu menghantarkan videonya di Youtube mahupun Facebook.Baju berwarna gelap selalu dipakai ke kuliah terutamanya warna hitam dan tidak suka suasana yang bising.Nampak sahaja macam tidak ‘best’ berkawan dengan  si Eman ni. Hakikatnya Eman pandai mencuri hati orang serta mengambil hati orang. Ringan mulut dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Adrina asal kau senyap je?"
Eaz cuba menarik Adrina untuk bersama dalam perbualan empat orang yang lain.

"Ouh. ‘Sorry’. Aku nak pujuk sayang aku ni. Merajuk pulak.
Siapa yang busuk tadi?"
Adrina dengan muka tak bersalahnya berkata.

Kedengaran ketawa kecil yang dilalukan oleh Eaz dan diikuti tiga yang lain.
     
"Tak tadi si Erina a.k.a kecoh ni kentut.Dia lah yang busuk tadi."
Eaz membuat muka yang serius.

  "Lah kau ke yang kentut tadi.Aku ingat aku sorang je yang terkentut."

Empat yang lain tersentap apabila mendengar pengakuan Adrina.

Adrina seorang wanita yang tidak pernah becerai kasih dengan telefon bimbitnya.Dia juga antara budak yang ‘hot’ di MSU.Ramai kenalan lelaki.Suka memakai selendang dan kasut tumit tinggi.Akibat dari kegairahannya bersama telefon bimbitnya,dia selalu akan tercicir dalam perbualan rakanya yang lain.

"Adrina, cuba lah kau talak tiga dengan telefon kau sekejap.
Semak otak aku tengok kau ni."

Eaz dengan nada yang agak tinggi.
Adrina hanya mampu memberikan senyuman malu sahaja. 

" Ok! Aku ada satu cadangan. Memandangkan hari ini  hari terakhir kita di hutan ini, jom main game keramat kita, game poker."
Qusyairi memberi cadangan untuk menggunakan waktu sepenuhnya memandangkan esok mereka akan bertolak balik ke MSU.

" Aku setuju sangatlah.Siapa yang kalah,
balik duduk dekat belakang kereta sambil berbogel.
Deal?"
Eaz cuba merancakan lagi suasana.

Reaksi mereka berlima seakan-akan bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Eaz tadi.Bulan yang menerangi malam semakin akur dengan lumrah alam,beransur pergi meninggalkan bumi.Pagi-pagi lagi mereka sudah bersiap untuk berangkat pulang.Masing-masing sibuk menguruskan barang-barang yang dibawa sejak hari pertama mereka berada di sini.Qusyairi dan Eman memasukan bag-bag rakanya,Di sudut kira pula Adrina dan Erina menbersihkan kawasan perkhemahan mereka. 

"Semua dah bersedia?" 
Jerit Qusyairi untuk memastikan rakan-rakanya suadah bersedia.

"Sudah!"
Balas Eman mewakili rakanya yang lain.

Qusyairi menghidupkan enjin kereta dan dengan perlahan kenderaan yang dinaiki oleh mereka berlima sudah bergerak meninggalakan hutan hijau ini. 

Di dalam kereta, 

"Apa pasal sunyi sepi ni ? 
'Oh  my G-string', mane Eaz a.k.a budak ting tong tu?"
Erin menimbulkan persoalan dan menyedari ketiadaan Eaz.

"Makan tahu dengan gula, 
Sudah tahu bertanya pula."
Kedengaran suara yang datang dari arah belakang kereta.

"Ouh, terlupa budak ting tong tu dekat belakang rupanya.
Tulah, pandai-pandai buat deal. 
Kan dah kene dekat batang hidung sendiri."

Kelihatan Eaz yang hanya memakai brief dan tanpa pakaian luar duduk semena di belakang kereta yang ditemani oleh angin bertiup kencang.

"Oi! Perlahanlah sikit. Sejuk lah gila."
Jeritan Eaz yang kelihatan terseksa dan kurang selesa dengan keadaan dirinya.

Mereka meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan Eaz si budak ting tong hampir kembung menelan angin.







(sila play dahulu sebelum meneruskan bacaan dan pasang volume yang kuat)













































































Setelah dua puluh minit berjalan melalui kawasan hutan menebal, tiba-tiba kenderaan yang dipandu oleh Qusyairi memberi reaksi yang mencemaskan.









 Kedengaran bunyi yang kuat dari arah belakang kereta dan menyebabkan kederaan mereka berhenti dengan sendirinya.



 "Sekejap. Aku pergi keluar jap. Korang duduk sini diam-diam." 
Qusyairi dengan beraninya membuka pintu kereta.

"Weh aku nak ikut !"

Jerit Adrina dan terus mengikuti Qusyairi.Mereka pergi arah yang berlainan.Qusyairi menghala ke hadapan, dan Adrina bergerak kebelakang kereta. 

"Aaah !!"

Jeritan semacam Adrina dari belakang..


Bersambung..