Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Tuesday, June 28, 2011

Mia La'Zarra :Saat yang Hampir Pasti(Ep8)

"Indra ke?"

"Ye saya Indra nih sape?"
(apa soalan bodoh yang aku tanya nih)

"Ouh saya polis, awak tak tahu ke?" 
(minah nih main-main pula)

"Ye polis, kenapa? nak tangkap saya ke?"
(aku pun sama bodoh layan minah nih)

"Ish Indra! awak ni suka main-main."

"Awak yang mulakn dulu saya follow je."

"Awak ingat in blog ke nak follow-follow."

"Boleh jugak, mmm.. kenapa call?"

"Saya saja call, boring tak boleh tido.
awak buat apa?"

"Tengah cakap dengan awak.
kenapa?"

"Ouh yeke, lawaknye."

"Mane ade saya buat lawak..
(aku terdiam sebentar untuk mencari kekuatan menceritakan tentang Zarra)
"Shasha, nak cakap sikit boleh?"

"Kenapa awak tiba-tiba serius nih?
mmm.. ceritalah, saya dengar."

"Saya Zarra."
(huh, akhirnya..)

"Macam mana awak tahu pasal Zarra?"

"Sebab saya Zarra Zaat yang terselamat dari kemalangan 6 tahun lepas."

Tiba-tiba line telefon terputus.
Aku tidak pasti kenapa Shasha meletakan telefon.
Aku dah agak dah, dia takan percaya semua nih.



Setengah jam berlalu,
namun tiada satu panggilanpun dari Shasha.
Aku cuba menelefon Shasha, tapi dia tak jawab.

"Ring"
Telefon aku berbunyi.

"Saya ada kat depan rumah awak sekarang."

Aku terus mencapai tingkap dan menyelak langsir ketepi.
Kelihatan kelibat Shasha berada di depan pagar rumah aku.
Aku bergegas turun ke bawah.
Langkah aku semakin mendekati Shasha.

"Saya dah agak dah, awak masih hidup."

Aku nampak air mata Shasha mengalir tidak berhenti-henti.
Aku takterkata.

Shasha terus memeluk tubuhku.

"Kenapa sekarang baru saya jumpa awak.
6 tahun saya tunggu."

"Saya tahu."

Saya rindukan awak,
awak tahu tak Zarra."

"Se, saya tahu
saya tahu Mia.

Aku memeluk Mia dengan erat.
Tangisan Mia semakin kuat.
Dengan perlahan aku membawa Mia ke taman yang berdekatan.
Kami duduk di atas pangkin kayu yang ada di taman tersebut.

"Awak tahu tak saya hilang ingatan?.
Nasib baik saya jumpa pakcik botak tu.
dia yang menceritakan segalanya."

"Sekarang yang penting awak selamat."
Mia meletakan pipinya di ats bahuku.

"Esok kita jumpa nak?"
Aku bertanya.

"Dekat mana?"

"Dekat Sutera Silk?
Malam sikit, 
boleh?"

"Boleh.."

Sambil berjalan untuk menghantar Mia ke keretanya.

Kami berpengangan tangan setelah 6 tahun tidak berjumpa.

"Eh, macam mana awak boleh tahu rumah saya?"

Mia merenungku.

"Ap gunanya Facebooklah."

Aku tersenyum.

Malam itu menjadi malam yang akan aku ingat dalam ingatanku dan mungkin ianya tidak akan hilang lagi.



Di Sutera Silk aku memakai baju yang agak fomal.
Mungkin sebab ingin berjumpa dengan kekasih hati.
Mia masih lagi tidak kelihatan.
Aku membetulkan tali leherku dan menyapu-nyapu baju untuk memastikan tiada
satu habukpun melekat pada bajuku.

Mata aku melihat ke arah pintu masuk.
Tidak lama kemudian kelihatan kelibat Mia di situ sambil matanya meliar mencari aku.
Agak comel perbuatan Mia itu dengan memakai 'Blandine Dress' hitam.
Aku mengangkat tangan untuk memberi isyarat yanga ku berada di sini.
Mia tersenyum dan terus berjalan ke arahku.
Mata aku memerhatikan Mia dari jauh sampai dia duduk di hadapan aku.

"Mia, awak kelihatan mengoda hari ini."

"Apa kurangnaya awak cik Zarra,
sayapun telah tergoda melihat awak."

"So, kita nak makan apa hari ini."

"Saya tak kesah,
saya ikut je."

"Saya dah agak dah awak akan cakap macam tuh,
Jadi saya sudah oder makan terlebih dahulu."

Mia tertawa kecil.

"Mm.. Mia saya teringin nak tahu apa yang berlaku pada malam kejadian."

"Saya malas nak ingat pasal kemalangan itu.
yang penting awak selamat.
lain kali kalau ada masa dan masa itu bersesuaian saya akan cerita.
sekarang nih saya nak tengok muka awak puas-puas."

Mia merenung muka aku.

"Mia, asal awak tengok saya macam tu."

"Kenapa?
Tak boleh."

"Bukan macam tuh.
Saya rasa tergoda pulak."

"Ish awak ni."

"Mmm.. awak dengan mak saya mesti rapatkan?"

"Yup, rapat sangat."

"Esok kita jumpa dengan mak saya,
nak tak?
Mesti awak dah lama tak jumpa mak kan."

Mia terdiam.

"Mia kenapa awak diam.?"

"Tak, saya masih tak bersedia lah.
Awak fahamkan."

"Ouh, okey, nanti awak dah bersedia kita jumpa."

Maknan yang dipesan tadi sudahpun dihidangkan dia atas meja.

Aku memandang ke arah Mia.

"Kenapa awak pandang,
tak makan."

"Entah, tangan ni macam malas je nak bergerak.
Nak tunggu bidadari suapakan."

Mia tersenyum lalu mengambil garfu dan mencocok daging panggang,
terus dia menghalakan ke mulut aku.

Aku menganga mulut seluas-luasnya.
Apabila ingin memakannya.
Mia menghalakan daging tersebut ke pipi aku.
Habis pipi maskulinku terkena minyak.

"Tulah, nak manja-manja sangat.
padan muka."

Mia tertawa.

Mia mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan mengelapkan minyak di pipi aku.
Mata kami bertentangan.
Aku memegang tanggan Mia.

"Kita tak akan terpisah Mia."

Mia memandang ke arah aku dan terus memelukku.



Aku membuka pintu.

"Baru balik Indra.."

Tekejut aku mendengar suara mak aku.

"Baru sampai mak."

"Macam mana dating dengan Mia tadi 
okey?"

Aku hanya tersenyum.

"Dari senyuman tu je mak dah tahu,
indahnya bercinta di masa muda.
mak tak sempat nak rasa semua tuh."

"Apa mak cakap nih."

Aku meletakan telefon bimbit di atas meja bulat berhadapan dengan mak aku.
dan aku terus naik ke bilik.

"Mak nak tengok jap gambar Mia eh Indra."

"Yelah mak..
tengok lah."

"Indra!"

Mak aku memanggil aku dengan nada yang agak serius.

"Kenapa mak?"

Aku bertanya.

"Ini bukan Mia."

Langkah aku terhenti.

Bersambung




Mia La'Zarra :Episode 7

Sedutan episode7
Semua cerita Mia yang pakcik botak tu cerita semua ada kene mengene dengan Shasha.
Fikiran aku mula tak keruan.
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Adakah aku patut jumpa dengan Shasha.
Lepas tu, cerita pasal Mia dekat dia.

Dia nak percaya ke aku?

Kenapa masa aku jumpa dia masa hari tu.
Dia tak kata apa-apa.
Huh rumit betul masalah aku ni.

Aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
aku perlukan rehat yang cukup untuk memikirkan masalah ini.

____________________________________________________________

Aku membuka pintu bilik air.
Aku melangkah keluar dari bilik air dan terus duduk di atas katil.
Ahh, memang lega lepas mandi nih.
Aku mengambil telefon bimbit di sebelah kiri aku.
Aku memikirkan untuk menelefon Shasha.
Tapi, dia percaya ke cakap aku?
Mungkin aku perlukan masa untuk menyatakan hal yang sebenarnya kepada Shasha.
Aku membatalkan hajatku untuk menelefon Shasha.

Aku berbaring di atas katil sambil memikirkan masalah yang mungkin tak akan selesai.
Sedang khusyuk melayan perasaan telefon aku berbunyi.
Alangkah tekejutnya otak aku, apabila nama Shasha tertera di skrin telefon bimbitku.

"nak jawab ke tak?"
"macam tahu-tahu je yang aku nak call kau tapi penakut."

Tuesday, June 14, 2011

Mia La'Zarra :Mungkinkah?(Ep7)


Petang hari, selepas waktu kerja aku terus ke kedai mee rebus pak cik yang panggil nama aku Zarra tu. Mungkin dia kenal aku siapa. Mungkin aku kawan baik dia. Mungkin juga dia kenal awek aku tuh.

Aku terus melangkah masuk ke kedai mee rebus itu.
Aku terus mencari Pak Cik Botak hari tuh.

Apabila Pakcik Botak tuh muncul sahaja di hadapanku
Aku terus berkata.
Saya Zarra, bukan Indra.

Pakcik Botak itu buat muka pelik selenge.





Aku menceritakan segalanya, apa yang  berlaku kepada Zarra
Pak Cik Botak itu mula mengerti.

"Mmm..pakcik, saya selalu lepak sini ke?"

"Emm, selalu.
Boleh dikatakan setiap hari.
Kau selalu datang dengan awek kau tuh.
Haaa, ape jadi dengan dia sekarang."

"Ermm, dia dah meninggal semasa kemalangan tuh."

"Ouh, ye ke.
Dah meninggal dah si Mia tuh.
Mudaaa.. lagi."

"Aaa, sekejap."
Aku mencelah.
"Siapa nama pakcik sebut tadi."

"Mia..
Nama budak tu Miakan."

"Mia? "




Perbualan Zara dengan Shasha di KLIA..

"Erm Encik Indra ke?"

Tiba-tiba suara dari belakang menegurku.

Kelihatan wanita yang ayu berada disampingku.
Rambutnya hitam bersinar seperti Aishwarya Rai
Kulitnya licin seperti Lisa Surihani.
Serta gebu seperti Blair Waldorf.
Siapa Blair Waldorf?
Haha, alah musuh kepada Serena van der Woodsen dalam cerita xoxo tu.
Peh! Memang lawalah dia.

"Encik Indra kan?"

"Aaaa.. ye saya Indra."
"Indra cukup."

Perempuan tadi tu tergelak kecil.

Eee.. comellah dia gelak.

"Ermm saya Shamia Zahar
Penulis dari Majalah Bye.
Tapi, lebih senang panggil Mia je."

"Mia?"

"Macam pelik je name tuh?
Boleh tak saya panggil Shasha.
Senang sikit."

Shasha hanya tersenyum sipu sahaja.
"Suka hatilah."





Shasha tu Mia?
dan Mia itu awek aku?
"Kenapa Zarra?"
"Erm, tak..  
mungkin saya tak ingat sangat apa yang berlaku."

"Pakcik masih ingat lagi, si Mia tu selalu pakai baju warna hijau."
"Kalau dia datang sini mesti wajib pakai baju warna hijau."

 Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
___________________________________________________________
Aku memandang ke arah Shasha.
Kelihatan dia sedang lena tidur di buai mimpi siang hari agaknya.
Aku merenung dia dengan khusyuk.
Ish! Dosa-dosa.
Tapi agak comellah dia tidur.


Tapi, dari bag tangan hingga ke bag galas dia semua warna hijau.
Mungkin dia suka warna hijau kot.
_______________________________________________________
Aku ingat lagi semasa kami berdua di kapal terbang aku ada
mempersoalakan baju hijau dia tu.

"Aaa.. korang berdua jugak ade bawa pengaruh buruk dekat kedai aku"

Pakcik botak itu meneruskan cerita tentang Mia.

"Pengaruh apa pakcik?"

Aku bertanya.

" Kau selalu oder neslo panas, si Mia pulak selalu oder kopi panas.
kalau pagi-pagi tu, korang dah terlambat nak pergi kerja,
korang nak habiskan cepat air tu,
mulalah minta piring dari aku."

"Buat apa dengan piring tu pakcik?"

"Lah, buat ape lagi.
kau letakan air sikit dekat piring,
pastu kamu berdua hirup.
katanya nak sejuk air cepat."
"Ape fesyen yang korang buat,
aku pun tak faham."

"Hirup air dalam piring?"

Aku berkata sendirian.


"Alah, panas lagi lah milo nih."
Tiba-tiba Shasha bersuara.

"Tiuplah.
Kalau tak, meh sini saya tiupkan."

"Eh takpe-takpe, saya ada idea yang lebih menarik."

Shasha mengambil piring dari makcik kedai.
Lalu dia menuangkan air milo goyang sedikit ke atas piring tersebut.
Dengan slumbernya dan dengan muka tak bersalahnya dia menghirup air di piring tersebut.

Punyalah aku cover taknak jilat mangkuk nih.
Dia slumber anjing je hirup piring tuh.

"Ahh, sejuk sikit."
"Nak cuba."
Shasha mengajak aku.



Shasha ade jugak ajar aku buat benda gila tuh.

Semua cerita Mia yang pakcik botak tu cerita semua ada kene mengene dengan Shasha.
Fikiran aku mula tak keruan.
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Adakah aku patut jumpa dengan Shasha.
Lepas tu, cerita pasal Mia dekat dia.

Dia nak percaya ke aku?

Kenapa masa aku jumpa dia masa hari tu.
Dia tak kata apa-apa.
Huh rumit betul masalah aku ni.


Mia La'Zarra :Episode 7

Penantian sudah berakhir.
Mia La'Zarra sudah kembali.
Ikuti kisah dua insan yang masih belum menemui jalan kebahagian.

Semuanya dalam Mia La'Zarra musim kedua