Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Tuesday, June 14, 2011

Mia La'Zarra :Mungkinkah?(Ep7)


Petang hari, selepas waktu kerja aku terus ke kedai mee rebus pak cik yang panggil nama aku Zarra tu. Mungkin dia kenal aku siapa. Mungkin aku kawan baik dia. Mungkin juga dia kenal awek aku tuh.

Aku terus melangkah masuk ke kedai mee rebus itu.
Aku terus mencari Pak Cik Botak hari tuh.

Apabila Pakcik Botak tuh muncul sahaja di hadapanku
Aku terus berkata.
Saya Zarra, bukan Indra.

Pakcik Botak itu buat muka pelik selenge.





Aku menceritakan segalanya, apa yang  berlaku kepada Zarra
Pak Cik Botak itu mula mengerti.

"Mmm..pakcik, saya selalu lepak sini ke?"

"Emm, selalu.
Boleh dikatakan setiap hari.
Kau selalu datang dengan awek kau tuh.
Haaa, ape jadi dengan dia sekarang."

"Ermm, dia dah meninggal semasa kemalangan tuh."

"Ouh, ye ke.
Dah meninggal dah si Mia tuh.
Mudaaa.. lagi."

"Aaa, sekejap."
Aku mencelah.
"Siapa nama pakcik sebut tadi."

"Mia..
Nama budak tu Miakan."

"Mia? "




Perbualan Zara dengan Shasha di KLIA..

"Erm Encik Indra ke?"

Tiba-tiba suara dari belakang menegurku.

Kelihatan wanita yang ayu berada disampingku.
Rambutnya hitam bersinar seperti Aishwarya Rai
Kulitnya licin seperti Lisa Surihani.
Serta gebu seperti Blair Waldorf.
Siapa Blair Waldorf?
Haha, alah musuh kepada Serena van der Woodsen dalam cerita xoxo tu.
Peh! Memang lawalah dia.

"Encik Indra kan?"

"Aaaa.. ye saya Indra."
"Indra cukup."

Perempuan tadi tu tergelak kecil.

Eee.. comellah dia gelak.

"Ermm saya Shamia Zahar
Penulis dari Majalah Bye.
Tapi, lebih senang panggil Mia je."

"Mia?"

"Macam pelik je name tuh?
Boleh tak saya panggil Shasha.
Senang sikit."

Shasha hanya tersenyum sipu sahaja.
"Suka hatilah."





Shasha tu Mia?
dan Mia itu awek aku?
"Kenapa Zarra?"
"Erm, tak..  
mungkin saya tak ingat sangat apa yang berlaku."

"Pakcik masih ingat lagi, si Mia tu selalu pakai baju warna hijau."
"Kalau dia datang sini mesti wajib pakai baju warna hijau."

 Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
___________________________________________________________
Aku memandang ke arah Shasha.
Kelihatan dia sedang lena tidur di buai mimpi siang hari agaknya.
Aku merenung dia dengan khusyuk.
Ish! Dosa-dosa.
Tapi agak comellah dia tidur.


Tapi, dari bag tangan hingga ke bag galas dia semua warna hijau.
Mungkin dia suka warna hijau kot.
_______________________________________________________
Aku ingat lagi semasa kami berdua di kapal terbang aku ada
mempersoalakan baju hijau dia tu.

"Aaa.. korang berdua jugak ade bawa pengaruh buruk dekat kedai aku"

Pakcik botak itu meneruskan cerita tentang Mia.

"Pengaruh apa pakcik?"

Aku bertanya.

" Kau selalu oder neslo panas, si Mia pulak selalu oder kopi panas.
kalau pagi-pagi tu, korang dah terlambat nak pergi kerja,
korang nak habiskan cepat air tu,
mulalah minta piring dari aku."

"Buat apa dengan piring tu pakcik?"

"Lah, buat ape lagi.
kau letakan air sikit dekat piring,
pastu kamu berdua hirup.
katanya nak sejuk air cepat."
"Ape fesyen yang korang buat,
aku pun tak faham."

"Hirup air dalam piring?"

Aku berkata sendirian.


"Alah, panas lagi lah milo nih."
Tiba-tiba Shasha bersuara.

"Tiuplah.
Kalau tak, meh sini saya tiupkan."

"Eh takpe-takpe, saya ada idea yang lebih menarik."

Shasha mengambil piring dari makcik kedai.
Lalu dia menuangkan air milo goyang sedikit ke atas piring tersebut.
Dengan slumbernya dan dengan muka tak bersalahnya dia menghirup air di piring tersebut.

Punyalah aku cover taknak jilat mangkuk nih.
Dia slumber anjing je hirup piring tuh.

"Ahh, sejuk sikit."
"Nak cuba."
Shasha mengajak aku.



Shasha ade jugak ajar aku buat benda gila tuh.

Semua cerita Mia yang pakcik botak tu cerita semua ada kene mengene dengan Shasha.
Fikiran aku mula tak keruan.
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Adakah aku patut jumpa dengan Shasha.
Lepas tu, cerita pasal Mia dekat dia.

Dia nak percaya ke aku?

Kenapa masa aku jumpa dia masa hari tu.
Dia tak kata apa-apa.
Huh rumit betul masalah aku ni.


No comments:

Post a Comment