Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Sunday, November 6, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak Ketujuh-Muslihat




“Eh Sarah, kau tak rasa ke yang Kira tu plastik je.”

“Bukan rasa memang plastikpun.
Nampak sangat dia nak rapat dengan Adrina sebab dia tutup kes dia hari tuh.”

“Semangat pulak kau nih.
Entah-entah Eaz yang buat.”

“Kau nih pandai-pandai je.
Dahlah lebih kau bukak dairi si Eaz.
Mana tahu dia ada mengaku ke dalam tuh.”

Dear Dairy,

Aku memang bahagia melihat Kira cuba berbaik-baik dengan Adrina.
Perkhemahan hari itu menjadi titik permulaan si Kira cuba untuk mendekati Adrina.
Tapi dalam masa yang sama, aku juga takut, sekiranya Kira mungkin ada agenda lain.


Generasi La Nouvelle Babak Ketujuh-Muslihat




“Okay kelas, sekarang nih kita akan lihat faktor-faktor yang akan memperngaruhi pertumbuhan bakteria di dalam makanan.”
Miss Mariyam memberi penerangan tentang bakteria sambil mengalihkan slide seterusnya di computer ribanya.

“Sebelum itu, you all ada any idea macam mana bakteria boleh membiak.?”
Miss Mariyam bertanya sambil memandang ke arah pelajar-pelajrnya.

Kelihatan para pelajar tidak memberi sebarang riaksi dan apa yang mampu mereka buat adalah mengipas diri masing-masing kerana cuaca yang agak panas di dewan kuliah. Perkara ini memang akan terjadi di mana mana universitipun kerana kesihatan penghawa dingin yang tidak mengizinkan. Dengan kepadatan para pelajar hampir mencecah 150 orang. Huh, memang tak terkata bertapa panasnya dewan kuliah tersebut. Sampai basah lah bulu ketiak.

“Ouh, okay, kita teruskan. Terdapat enam faktor yang mampu mempengaruhi bakteria untuk terus bermaharaja lela di dalam makanan. You all just ingat akronim ini FATTOM.”

“Okay yang F tuh ialah food. Haa selalunya bakteria akan cepat merebak dalam makanan yang banyak protein dan kabohidrat contohnya daging dan ayam. Seterusnya A is for acidity. And T yang pertama tuh stand for temperature. T yang kedua, ialah time.
Bakteria mengambil masa 4 jam sahaja untuk merebak di dalam makanan jika kita biarkan je dia terdedah eh. Contohnya you all makan kat food court kesayangan u all tuh. Pukul bape makanan tengah hari keluar. Selalunya dia akan keluar dalam pukul 11. So sampai pukul 4 je makanan tu selamat. Lepas tuh, haa bakteria dah bersuka ria dalam makanan tersebut, macam iklan ribena tu, terlompat, terlompat. Ada jugak yang biakan sampai malam. You all bayangkan dah bape banyak bakteria dah ada dalam makanan tuh.”

“Tapi kenapa ada yang sakit perut, ada yang tak sakit? Sebab ianya bergantung jugak kepada seseorang tersebut. Bergantung dari segi umur, berat badan dan kesihatan. Yang tak kene sakit perut itu sebab dia dah immune dengan dengan bakteria tuh, dah jadi macam kawan baik dia dah. Tapi still dangerous okay you all. O tu pulak oxygen dan yang terakhir M, stand for moisture.” Miss Mariyam mempercepatkan peneranganya.

“Okay class I think kita stop sampai sini je. Sebab I tengok you all pun macam tak focus je. Semua sibuk mengipas diri masing-masing je. Okay teruskan kipasan you all. Kita sambung esok.”
Miss Mariyam mengemaskan barangnya dan beredar dari bilik kuliah.

Para pelajar lain melakukan perkara yang sama. Masing-masing bergegas untuk keluar dari bilik yang panas bagaikan microwave. Bak kata budak-budak sekarang, masak, telur masing-masing akibat kepanasan yang melampau.

Eaz meletakan buku notanya ke dalam beg dan bersiap sedia untuk keluar. Seperti biasa, Eaz akan menunggu Adrina di laman Setiawan untuk makan tengah hari bersama-sama. Eaz duduk di kerusi yang disediakan dan menunggu Adrina di situ.

Hampir setengah jam Eaz menuggu, namum bayang Adrina tetap tidak kelihatan. Dia membuat keputusan utuk pergi ke kelas Adrina di aras 3 bangunan B3. Eaz melalui kaki lima bilik kuliah dan memasuki lorong pertama dari pintu masuk. Matanya tertumpu kepada papan tanda yang berada di atas kepalanya.

‘Bilik Kuliah Hotel 3-1’

Kaki kanan Eaz berada di pintu bilik kuliah tersebut. Kelihatan bilik tersebut sepi tanpa penghuni. Tiba-tiba seseorang menegur Eaz.

“Oi, Eaz cari Adrina ke?”
Tanya pelajar tersebut yang merupakan kawan Adrina.

“Yup, kau nampak dia?”
Eaz bertanya.

“Diakan dah lama keluar, lagipun kelas dah lama habis.”

“Dia keluar dengan sape?”

“Dengan Kira.”

Eaz terdiam.


Adrina sedang mengemaskan barangnya dan bersiap sedia untuk ke laman Setiawan. Sedang Adrina melangkah keluar, Kira menahannya.

“Haa, Adrina jom kita makan same.”

“Tapi aku dah janji dengan Eaz.”

“Tak pe ah, nanti kita jumpa jugak dekat café nanti.”

“Kalau dia takde macam mana?”

“Jomlah, bukan senang nak tgk aku baik kan?”
Kira mengangkat keningnya.

Adrina hanya tersenyum.


Kira dan Adrina berjalan ke arah café Saujana. Mereka melalaui jalan yang dikelilingi oleh bord announcement yang berwarna hitam di sisi tepi. Mata Adrina tertumpu kepada seseorang yang sedang menampal sebuah poster yang amat besar. Kelihatan akan berlangsungnya satu aktiviti dalam masa yang terdekat. Adrina mengajak Kira yang sedang khusyuk membaca majalah untuk pergi melihat poster tersebut.

‘Makan Malam Bersama Pengarah Universiti’
Dewan Balairungseri
Sabtu
8.00 malam
Casual

“Makan malam dengan ayahanda.”
“Wow, mesti bestkan. Aku nak pakai baju blink blink, bia sakit mata orang tengok.”
Kata Kira .

Namun Adrina hanya menyepi.

“Eh, Adrina asal kau senyap?”

“Tak, selalunya aku ada satu baju yang selalu aku pakai untuk majlis macam nih.”

“So, pakai jelah.”

“Masalahnya, baju tu lah yang hilang hari tuh.”

Kira memandang kearah Adrina.

“Jom.”Kira memegang tangan Adrina.

Mereka melangkah masuk ke dalam Queen Latipah Mall. Dua pasang mata mereka meliar memandang kearah kiri dan kanan untuk mencari pakaian yang bersusuaian ke majlis makan malam hari sabtu yang tinggal hanya dua hari lagi. Dari satu butik ke butik yang lain mereka keluar dan masuk untuk memastikan mereka mendapat kepuasan diri. Di setiap sisi pakaian yang ada di dalam butik tersebut mereka meniliti dengan penuh khusyuk.
Pada saat ini hati Adrina tertarik kepada sehelai baju Logan Dress yang berwarna merah yang merupakan warna kesukaanya. Adrina membelek-belek baju tersebut. Dia juga cuba mengukur baju tersebut di badan sendiri.Jelas terpancar sinar kegembiraan di wajah Adrina.

Kira menyuruh Adrina memcuba pakaian tersebut di bilik persalinan. Adrina akur dengan permintaan tersebut. Dia juga menyuruh Kira memegang beg tanganya sebentar sementara dia mencuba pakaian yang sudah menarik perhatianya.


Selepas beberapa minit Adrina pergi mencuba pakaian, telefon bimbit Adrina berbunyi. Kira melihat di skrin telefon Adrina tertera nama Eaz. Dengan beraninya dia mematikan panggilan tersebut.

“Kira.”
Adrina memanggil.

“Ye.”
Dengan pantasnya dia menyimpan telefon bimbit Adrina.

“Kenapa?”
Adrina bertanya.

“Takde pape.
Wah Adrina cantiknya. Sesuai dengan kau.”
Kira memuji Adrina.

“Yeke?
Sesuai ea.”
Adrina berpusing-pusing.

Adrina cuba melihat tag harga yang berada di bawah baju tersebut.

“Alamak Kira, harga dia dua ratus setengah lah.
Takpe lah, aku tak jadi lah.”

“Jap, Adrina.
Takpe, kau amik jelah.
Aku belanja.”

“Eh, takyahlah.”

“Amik jelah.
Aku belanja.”

“Tak pe.”

“Ish, kau nih.
Takpe, aku belanja.
Anggaplah nih sebagai tanda minta maaf aku kat kau.
Kan, aku dah banyak buat silap dekat kau.”
Kira cuba meyakinkan Adrina.

“Okay, aku ada lima puluh.
Kau amik lima puluh nih.”
Adrina menghulurkan sekeping duit kertas.

Kira mengambil duit tersebut.
“Kelakarlah kau nih.”
Kira berkata dan terus memegang tangan Adrina.
Mereka ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Mereka melangkah keluar dari butik tersebut. Adrina, dengan perasaan gembira kerana dia sudah mempunyai sehelai baju baru yang agak mahal serta baju tersebut di belikan oleh seseorang yang pernah menjadi musuh ketat diriinya. Ada sedikit keraguan yang menyelinap masuk ke minda Adrina, namun dia cuba menangkisnya.

“Weh, Adrina
jom makan. Aku laparlah.”
Kata Kira sambil memegang perutnya.

“Ouh, okay.”

Kira membawa Adrina ke Chili's Restaurant yang berada tidak jauh dari butik mereka tadi. Dengan penuh khusyuk mereka mencari tempat untuk mereka duduk. Salah seorang dari pelayan di situ sedang menuding jari ke satu tempat. Kelihatan sebuah tempat yang belum berpenghuni lagi. Mereka duduk dan sejurus selepas itu pelayan restaurant tersebut memberi menu kepada mereka.

“Adrina kau nak makan apa?”
Kira, sambil membelek-belek kad menu tersebut.

“Haa. Sebernarnya aku tak biasa makan tempat mahal mahal macam nih.”

“Mana ada mahal lah.
Okay takpe tak pe aku order untuk kau eh.
Kau suka makan ayam tak?”
Kira bertanya.

“Boleh je.
Kau order lah apa apa pun.”

Kira tersenyum dan kembali fokus kepada menunya.

Tiba-tiba ada seseorang menegur Kira.

“Hai Kira.”
Kelihatan seorang wanita yang agak bergaya dengan pakaiannya dan rambut yang terurus.

“Hey Ferra.”

Mereka bercium pipi. Sambil berbunyi seperti ini,
Muah muah.

“O gosh. Dah lamanya tak jumpa you.”
Perempuan tersebut sangat teruja.

“Yelah, you je yang macam busy.”

“Tulah, I baru je masuk Taylor.
So macam busy sikitlah.
Nanti nanti bila I free.
Kita hang out okay.

“Okay darling.”

“You jangan lupa ajak bofie you tuh, Edy.
Haa. You sekarang masih dengan dia lagi ke?”

“Eh, of course lah.
He is so comel okay.”

“ I dah lama tak jumpa dia.
Rindu pulak.
Okay okay see you soon.
Bye..”

Ferra pergi meninggalakan Kira dan Adrina.

“Eh, Kira kawan kau eh.”
Adrina bertanya.

“Lah, aku lupa nak kenalkan kau dekat dia.
Em.. kawan lama.
Ferra nama dia.”

“Cantiknya dia.
Umur dia berapa?”

“Same dengan kita lah.”

“Yeke. Nampak macam dah matured.”

“Make up je semua tuh.
Pastu pakai baju yang trendy sikit.
So nampak la macam tuh.
Kau pun kalau kau make up lagi sikit.
Pakai baju-baju yang up to date sikit.
Mesti lawa.
Takpe nanti aku make over kau.”

Adrina hanya tersenyum.


Di malam hari, Adrina di biliknya sedang mencuba baju yang baru dibelinya petang tadi bersama dengan Kira. Sedang ghairah Adrina bersama dengan bajunya dia mendapat satu panggilan telefon. Dia terus mendapatkan telefonya.

“Hello.”
Adrina menyapa panggilan tersebut.

“Hello kawan, mana kau pergi satu hari nih.
Aku call kau, kau off.
Apa cita ni?”

“Ouh Eaz, aku minta maaf sangat sangat.
Tadi Adrina ajak aku keluar.”

“Em, baguslah.”

“Relax lah Eaz.
And kau tahu tak.
Dia belikan aku baju
Baju tu mahal gila okay.
Pastu dia belanja aku makan.”

“Baguslah.
Kau nak tahu tak sebab apa dia buat macam tuh.
Dia saje je nak tutup kes hari tuh.
Dia macam nak berlakon baiklah depan kau.

“Ish, kau nih.
Tak baik tuduh dia macam tuh.
Dia baik lah.
Tapi..
Akupun fikir macam tu jugak.”

“Dahlah,
Weh, kau jadi pasangan aku eh masa makan malam sabtu nih.”

“Okay.”

“Kau jangan tak jadi pulak.
Okaylah. Aku nak main angry bird jap.
Bye. Jumpa Sabtu.
Kau jangan tak jadi pulak.”

“Ish, yelah.
Bye.
Kau mainlah dengan bird kau tuh.”

Adrina mematikan talianya.
Dia memandang dirinya di dalam cermin.


Adrina sedang mencari tempat duduk di cafe Saujana. Satu lambaian menarik perhatian Adrina. Kelihatan Kira dengan semangatnya memanggil Adrina untuk duduk di sebelahnya.

“Hai Kira.”
Adrina, sambil duduk di sebelah Kira.

“Hai.”
Dengan nada yang rendah Kira menjawab.

“Eh, kenapa nih?
Macam ada masalah je.”

“Memang pun.
Kau tahu tak.
Edy tak jadi ikut aku masa makan malam tu.
Dia kata ada pertandingan futsal.”
Kira yang tengah kebingungngan.

“Ouh, yeke.
So kau nak pergi dengan sape nih.”

“Tulah, aku ingat nak ajak kau.
Boleh tak jadi pasangan aku malam tuh.
Please.”

“Tapi aku dah janji dengan Eaz.”

“Ouh, takpelah.”
Kira membuat muka seposen.

Tiba-tiba minda Adrina teringat tentang kebaikan Kira yang telah membelikan baju untuk majlis makan malam tersebut. Dia rasa bersalah kerana menolak permintaan Kira.
Dia tampil dengan satu keputusan yang baru.

“Ouh, okaylah.
Aku temankan kau.”

“Ouh yeke.
Terima kasih.
Sayang kau.”
Kira dengan perasaan teruja terus memeluk Adrina.


Malam yang di nanti-nantikan sudah tiba. Semua pelajar Setiawan sedang bersiap sedia untuk makan malam bersama pengarah universiti. Begitu juga dengan Adrina. Dia sedang bergaya memakai baju Logan Dress ditambah dengan make up yang di sponsor oleh rakan sebilik.
Sinar bahagia terpancar di muka Adrina. Dia tiba-tiba dikejutkan dengan satu panggilan telefon.

“Ye, Adrina bercakap.”

“Woi makcik kau dah siap belum?
Aku tunggu kau dekat tempat biasa.”



“Alamak Eaz,
Aku lupa nak bagi tahu kau,
yang aku kene temankan Kira,
sebab Edy takde.
Aku dah cuba tolak.
Tapi macam tak sedaplah kan.
Dia kan dah beli baju untuk aku.
So aku terpaksa lah.
Tapi jangan risau.
Nanti aku suruh Fifi temankan kau.
Dia pun takde teman.”

“Ouh, okay.
Asal lah kau tak bagi tahu awal awal.
Adrina.. Adrina..
Okaylah, bye.”

Adrina rasa serba salah dengan Eaz.



Dewan Balairungseri di lengkapkan dengan hiasan yang memukau. Mereka di hidangkan dengan makanan mewah yang tersedia di meja bulat serta dihamparkan dengan kain putih sesuci burung merpati supaya tampak elegen. Meja bulat tersebut di sempurnakan dengan sekuntum mawar merah yang segar dan sedap saujana mata memandang. Di dinding-dinding dewan, turut di hiasankan dengan lampu-lampu yang mempunyai neon indah.

Tetamu majlis makan malam tersebut yang terdiri daripada dif-dif terhormat, kakitangan universiti dan para pelajar Setiawan sendiri turut memeriahkan majlis dengan pakaian yang sememangnya mengancam nafsu. Namun ada segelintir manusia yang masih melanggar undang-undang fesyen.

Kira dan Adrina masuk ke pintu utama dengan megahnya. Sememang benar, ini kerana mereka mendapat perhatian yang lebih dari para tetamu yang lain terutamanya kaum Adam.
Kira dan Adrina duduk di meja yang sudah diletakan nama mereka berdua.

“Weh, Adrina tengok tuh,
kawan kau Eaz dengan Fifi.”
Kira menujuk ke arah mereka.

“Mana?”
Adrina bertanya.





Adrina memandang ke arah Fifi.


“Oh my g-string..”
Adrina berkata.

“Kenapa?”

“Fifi pakai baju aku yang hilang tu.”

Bersambung