Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Sunday, April 24, 2011

Mia La'Zarra :Episode 3

Selasa
19/4/2011
Dear Dairy,
Aku masih memikirkan tentang dokumen yang baru aku jumpa.
Nama pemilik dokumen itu sama seperti pakcik botak itu cakap.
Zarra Zaat. Kepala otakku semakin serabut asyik memikirkan hal lelaki ini.
Aku dapat merasakan sesuatu yang pelik dan besar kemungkinan lelaki ini ada kaitan dengan aku.

Mia La'Zarra :Dokumen(Ep3)


Episode 3:Dokumen

Memori: Tiga Puluh Empat Peratus


























































































Lelaki itu sudah sampai di tempat kami.
"Aku tahu tak payah nak cakap."
"Nah aku bawakan makanan gemaran kau, mesti kau dah lama tak makan ni.
Mee Rebus dan tidak lupa Neslo tabo kurang ais lebih air."
Riak muka lelaki itu sangat gembira.









































































Selepas itu aku mula bersuara membetulakan segala kesilapan.
"Er, pakcik saya bukan Zar. Saya Indra, Indra Zaat."

Lelaki botak itu membuat reaksi pelik.







































































































Lalu berkata,



















































































Kau bukan Zarra Zaat?




















"Zarra Zaat."
"Huh"
Dari tadi aku menyebut nama itu berulang-ulang kali.







































































































"Siapa Zarra Zaat?"







































































Apa kena mengena Zarra Zaat dengan Pacik Botak tadi.





































































































Okey, yang paling penting apa kena mengena Zarra dengan aku?







































































































Kalau takde kena mengena, buat apa aku serabutkan kepala otak aku memikirkan si Zarra tu kan?







































































































































































Tapi si Zarra tu pulak suka makan, apa yang aku makan,
Suka minum, apa yang suka minum.









































































































































Ah, malas aku nak fikir.
Lebih baik aku..











































































































Tidur!









Mata aku terbuka.
Aku memandang ke arah jam Powerpuff Girls, berwatakan Blossom.
Jam sudah menunjukan enam pagi.
Asal? Tak boleh ke lelaki pakai jam tu.
Sebenarnya aku sendiri, tak tahu macam mana jam itu boleh berada dalam bilik aku.
Mungkin mak aku yang letak kot.
Akukan anak yang baik, terima jelah apa yang mak aku letak.

Seperti rutin harian, aku akan pergi ke kerja.
Hari ini lain sedikit,
Hari ini air minuman aku sudah sampai dahulu daripada aku.
"Cepat betul Mak Mah hari ini."
Bisiku sendirian.

Akupun duduk di kerusi yang empuk.
Dan merapatkan kerusi kehadapan.
Lalu menghirup sedikit air yang di buat oleh Mak Mah.

Dan seperti hari-hari yang lepas jugak kepala aku akan terasa sakit apabila minum air neslo ini.
Sedang khusyuk melihat jadual kerja aku hari ini,
Aku di tegur oleh bos, Encik Roslan

"Indra, boleh awak datang ke bilik saya sekejap."

Aku memandang tepat ke arah Encik Roslan.

"Erm, boleh takde masalah."

Encik Roslan dengan riak muka yang agak serius meninggalakn aku dan terus ke biliknya.

"Apahal pulak Bos aku ni, Gaduh dengan isteri ke?"

Akupun meletakan jadual kerja di tepi meja, tangan kananku mengambil pen di kotak pen yang berada di atas rak buku. Ouh tidak lupa nota kecilku yang aku letak di dalam laci.
Akupun menyusun langkah ke bilik Encik Roslan.

"Tuk..Tuk"
Aku mengetuk bilik Encik Roslan.

Dari dalam bilik kedengaran.
"Masuk Indra."

Aku membuka combol pintu bilik Encik Roslan.
Kelihatan Encik Roslan sedang membelek-belek sebuah fail.

Aku terus membuka bicara.
"Ye Encik Roslan, apa yang saya boleh bantu?"

"Erm, Indra memandangkan awak seorang pekerja yang bagus dan paling kurang membuat kesalahan dalam melakukan segala tanggungjawab yang di berikan. Saya akan memberikan awak satu tugasan yang penting kepada syarikat kita."

Tekejut aku mendengarnya,
Aku ingat dapatlah cuti bergaji ke atau bercuti kat mana-mana ke.
Ini tak,dia tambahkan beban aku lagi.
Rungutku di dalam hati.

"Ouh, tugasan awak kali ini agak unik sedikit."

"Unik?"
Aku bertanya.

"Ya, agak unik sedikit kerana awak akan bekerja sambil bercuti."

"Wah!"
Kegembiraan terpancar di mataku.

"Bila-bila? Dekat mana?
Cuba cite~ cuba cite~"

"Sabar-sabar, awak dikehendaki untuk mengambil gambar pemandangan yang indah di Pulau Semporna dan membuat artikel mengenai keindahan Pulau Semporna."

"Sekejap bos, saya di sini sebagai photografer bukan penulis."

"Penulis dari Majalah Bye akan ikut serta dalam projek terbaru ini. Ini merupakan kerjasama Majalah Hai Dan Majalah Bye. Sebab itulah saya kata tugasan ini penting kerana melibatkan produktiviti kerja kita."

"Bila nak bertolak?"

"Awak akan bertolak Jumaat malam."

Aku memandang wajah Encik Roslan.





























"Saya setuju Encik Roslan."

"Awak kan berjumpa dengan rakan setugas awak di airport, okey Indra?"

"Okey Bos, saya akan lakukan yang terbaik untuk syarikat kita!"
Dengan semangtnya aku berkata.

"Takyah nak semnagat sangat lah."
"Balik, tunjukan hasil kerja dahulu."
Kata Encik Roslan dengan serius.

Aku menundukan pandangan aku.





Pulau Semporna?
Sempurna sangat ke pulau tu.
Sapelah yang ikut aku, harap-harap awek.
Dapatlah aku berfoya-foya~, berongeng-rongeng~.

"Kau nak beronggeng dengan sape tuh Indra?"

Suara dari belakang menegurku.

"Ish, mak ni, dengar je apa Indra cakap,'
"Mak skoding Indra eh ~?"

"Skoding tu binatang ape ?"
Tanya mak aku dengan muka tak bersalahnya.

"Mak tak payah tahu lah, carut semua tuh.
Ni mak, Indra nak bagi tahu ni.
Jumaat ni Indra kene pergi pergi Pulau Semporna."

"Pulau Semporna ?"
"Celah mane tuh ?"

"Ish mak ni, main celah-celah pulak.
Dekat Sabah lah mak.
Indra bekerja, dalam dua hari.
Ahad malam Indra balik la."

"Yelah, pergilah, tak keje tak makan mak ni aa."

"Tahu takpe.
Mak nak tanya sikit nih.."

"Apa die?"

"Mak kenal ke dengan Zarra Zaat?"

Muka mak aku mula berubah.
Aku bertanya,
 "Kenapa mak?"

"Tak.."
Dengan lambat Mak aku menjawabnya.
"Apa tadi? Zarra Zaat?"
"Apa ke pelik nye name die, macam alien."

"Ish, mak ni, orang betul-betul,
Dia main-main pulak.
Masalahnya nama budak tu ade kaitan dengan Zaat.
Zaatkan ayah Indra.
Lagipun mane ade orang gune name Zaat tuh.
Ayah sorang je."

Mak aku terdiam.
"Indra, dalam dunia ni, ade beribu orang
Takanlah ayah sorang je guna name Zaat tuh.
Dah, tak yak nak fikir sangat pasal bende nih."



Fikiran akupun tidak mampu untuk memikirkanya lagi.
Zarra Zaat
Huh bosan, aku dengan nama tu.
Aku berjalan ke arah bilik aku.
Belum sempat membuka pintu bilik, kedengaran suara memanggilku.

"Indra, tolong ambilkan ubat mak dalam laci tu."

Aku pun beralih arah ke bilik mak aku.
"Laci yang mana mak?"
Aku bertanya.

"Ada dalam laci tuh."

"Memang ada satu laci je dalam bilik ni kan."
Bisiku sendirian.
"Bantai jelah."











































































Aku membuka laci yang berada di bawah alamari.
Tanganku membuka laci itu dengan perlahan.
Aku meneliti satu persatu barang yang ada di dalam laci alamari tersebut.
Mata aku terpaku apabila melihat sebuah dokumen.
Aku cuba menarik dokumen tersebut perlahan-lahan.
Lalu aku membaca dokumen tersebut.






















































Nama pesakit: Zarra Zaat


"Indra!"

Suara dari belakang menegurku.