Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Wednesday, April 13, 2011

Mia La'Zarra :Bidadari Bunga(Ep1)

Jangan lupa untuk tekan klik di page untuk mengetahui episod terkini dari blog ini


Episode 1:Bidadari Bunga
Memori:Satu peratus




“Tit!”
Jam digital aku berbunyi, menandakan digit digitalnya sudah berubah nombor dari 10.59 menjadi 11.00   malam dan aku masih lagi tersesat di sebatang jalan yang belum diketahui asal-usulnya.Sudah berkali-kali aku berpusing-pusing di jalan yang sama, sehingga kini masih belum menemui jalan keluar.Aku rasa tiada harapan untuk aku menjumpai jalan keluar kerana hari semakin gelap dan tiada bantuan yang boleh dicari.

Sinar harapan mula dirasai apabila aku melihat seseorang yang berada di bahu jalan sedang menunggu seseorang.Pada mulanya aku yakin tanpa ragu ingin meminta bantuan dari orang itu yang gayanya seperti wanita.
Tetapi apabila aku teringat cerita Nyangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (soley~ soley~) yang pernah aku tonton sebelum ini, segala bulu romaku meremang ketakutan.Mulalah belbagai tanggapan negetif menyelinap masuk dalam pemikiranku.

Tetapi demi untuk mencari jalan pulang kerumahku dan perutku sudah berirama dangdut meminta untuk di isi, aku menunjukan kejantananku dengan memberanikan diri bertanya kepada wanita di tepi jalan itu.Keretaku di berhentikan di hadapan wanita itu.



“Adik manis, boleh tumpang tanya? Abang ni tersesat, boleh abang tahu macam mana nak keluar dari jalan ni?”
Tegurku kepada wanita itu,
Tetapi wanita itu hanya tersenyum.

Tiba-tiba wanita itupun bersuara. 

“Saya tahu, abang nak mana?”
“Abang nak ke Damansara.”
“Ouh, kebetulan, saya memang nak kesitu, dari tadi tunggu kawan tak sampai-sampai. Boleh saya tumpang abang?”
Aku hanya tersenyum mendengar dia bertanya sebegitu.

Di dalam kereta, tiba-tiba wanita itu menyepi,
Akupun kebigungngan apabila melihat keadaanya.
Lalu aku bertanya.
”Kenapa senyap?”
Tiba-tiba wanita itu ketawa dan tidak lama kemudian dia menangis.
Dia terus memandang ke arahku.
Gigi taringnya mula tekeluar dan terus mengigit leher gebuku.









AHHHHHHHHHHHHH!



































Aku tersedar dari mimpi ngeriku.



Inilah akibatnya jika selalu menonton vampire dairies, sampai terbawa-bawa dalam mimpi, tetapi agak mengarut jugak mimpi aku hari ini. Seperti biasa, apabila aku bangun sahaja, aku akan membersih kan diri, masuk tandas, buang segala beban badan seperti air besar, dalam tiga ploop.Maksud aku tiga ketul. Selepas itu, aku gosok gigi dan gosok la yang perlu digosok.Sekarang aku sudah bersedia untuk memulakan hari yang indah ini.


Aku terus pergi ke dapur untuk menyapa Kak Katty.
Siapa Kak Katty?
Siapa lagi kalau bukan mak aku. Khatijah Ibrahim. Kak Katty tu nama dia dalam persatuan. Faham-faham jelah suri rumah tangga ni banyak persatuan.
Dulu mak aku kata, Datuk Siti tu kawan sekolah dia. Mula-mula aku macam tak percaya, tapi akukan anak yang baik.

"Makan Indra."
Kata Kak Katty.
Indra? Itulah namaku, tapi aku rasa macam ada yang tidak kena dengan nama itu.
Maksud aku ada sesutu yang pelik.Tapi aku sendiripun tidak tahu.
Selepas menyental makanan yang disediakn oleh mak aku, aku keluarlah untuk mencari rezeki.Aku selalunya pergi bekerja dengan senjataku. Bukan senapang,
tetapi lensa cameraku.Aku merupakan jurugambar di sebuah kedai majalah yang berada di tengah kota metropolitan,Majalah Hai namanya.





Disitulah tempat aku mencari rezeki hampir tiga tahun.Gaji taklah mahal sangat,setakat belanja aku seharian bersama dengan Kak Katty.
Kebiasaanya, sebelum aku masuk ke pejabat Majalah Hai, aku akan membuat satu perkara wajib.Nak tahu? Nanti aku cerita.

Di depan tempat kerja aku, ada sebuah gerai bunga.Aku suka melihat bunga-bunga di situ, termasuklah bunga yang menjaga bunga-bunganya. Tak faham?
Maksud aku orang yang menjaga gerai tulah.
Bunga namanya.Sebenarnya aku tak tahu nama penuh dia. Aku panggil dia dengan panggilan tu,sebab selalunya pagi-pagi, budak-budak sekolah yang comel-comel tu akan lalu di gerai Bunga sambil berkata, Hai akak bunga!
Aku ingat nama dia Bunga.Jadi aku panggilah dia Bunga, tak boleh panggil akak, sebab dia muda lagi.





Sebelum aku pergi kerja, aku akan singgah dekat kedai dia.

"Hai Bunga!"


"Ouh, Abang Indra!"


"Eh, cane tahu Abang Indra datang ?"

"Bau minyak wangi abang,bunga dah dapat agak dah."


"Abang tolong susun rak bunga ni eh." 

Bunga hanya mengangguk sahaja.Inilah perkara wajib yang mesti aku buat, menolong Bunga menyusun rak-rak bunganya. Mak aku kata kita kena selalu tolong orang.Kerana tolong menolong itu amalan yang baik, lebih-lebih lagi orang istimewa macam Bunga ni.

"Abang dah susun dah rak-rak ni."

"Ouh, terima kasih"

"Abang pergi kerja dulu ye."

Aku bergerak meninggalkan Bunga.Tetapi aku berhenti setelah aku sudah melangkah enam langkah kehadapan.Aku menoleh ke arah Bunga. Tanganku dengan perlahan mengambil cameraku di dalam bag galas.Aku membuka penutup lensa cameraku.Dan terusku cuba memfokuskan lensaku ke arah Bunga untuk mendapat tangkapan gambar yang menarik.

 





Belum sempat jariku menekan butang snap, Bunga sudah menegurku.

"Abang buat ape tuh?"
"Tangkap gambar bunga ye, walaupun Bunga ni buta, tapi hati Bunga tak buta."
Bunga tersenyum manis.

"Gagal juga aku hari ni."
Bisikku sendirian.
Sudah berkali-kali aku cuba mengambil gambar Bunga tetapi masih gagal. Bunga akan menyedari perbuatanku.Betulah kata orang, orang yang buta ini hatinya celik.Bunga memang tidak suka gambarnya diambil. Aku, lagi orang tak suka, lagilah aku buat, 
tetapi tidak pernah berjaya.

 "Pergi kerja lah, nanti lambat."
Dengan lembut Bunga menyuruhku. 
Itulah perwatakan Bunga membuatkan aku tertawan.

"Yelah cik adik Bunga oi!"
Kataku dan terus melangkah kehadapan menuju ke tempat kerja.

"Abang Indra!"
Bunga menjerit.

Aku menoleh kebelakang.






No comments:

Post a Comment