Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Friday, April 20, 2012

Salahkah Aku: Lembaran Kedua-Sedetik Bersama




(sila tekan play untuk menambah kesan dalam pembacaaan)


*gambar-gambar di bawah hanyalah gambar hiasan sahaja.





Epilog
10.35 Pagi
3 April 2012
Hari Perbicaraan
Istana Kehakiman Putrajaya

            

     Zuhairi sudah sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Dia melangkah keluar dari kenderaan  yang telah membawanya ke Istana Kehakiman Putrajaya. Lelaki yang mempunyai susuk badan yang tegap itu masuk ke dalam ruang legar mahkamah tersebut. Perjalananya di iringi oleh dua orang polis yang bertugas. Sampai sahaja di pintu utama bilik perbicaraan, polis yang menemani Zuhairi tadi memberhentikan langkahnya. Salah seorang polis yang bertugas tadi menghalakan tangan kananya ke arah pintu utama untuk menyuruh Zuhairi masuk ke bilik perbicaraan. Zuhairi melangkah masuk tanpa sebarang bantahan. Seorang lelaki yang berpakaian kemas menyambut kedatanganya.

“Sudah bersedia Encik Zuhairi ?”
Ucap  lelaki itu dengan muka yang agak serius.

Zuhairi hanya menundukan kepalanya sedikit sebagai tanda bersedia dan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang di tanya. Lelaki tadi terus menemani Zuhairi hingga ke tempat duduknya. Di tempat duduk Zuhairi, dia di tegur oleh seseorang.



Lembaran Kedua

9.30 pagi
31 Oktober 1994
Sekolah Kebangsaan Ampangan

Zuhairi datang semula ke tempat tersebut dengan harapan yang baru. Pergerakan diperlahankan kerana destinasi yang dituju hampir tiba. Matanya merenung dinding yang berada tepat di hadapanya. Dia mula menyedari ada sesuatu yang pelik yang berada di dinding tersebut. Zuhairi mula mengerutkan dahinya. Langkahnya terhenti serta merta untuk memumpukan seratus peratus kepada pandanganya. Bebola mata Zuhairi tertumpu kepada sebaris ayat yang tercatat di dinding. Jelas, sebaris ayat tersebut bukan tulisanya.

“Mana sambungannya?.”

 Reaksi yang pertama dikeluarkan oleh Zuhairi ialah, ketawa sopan. Dia kembali serius. Sebaris ayat yang menjadi tanda tanya. Zuhairi meneliti tulisan tersebut. Tulisan yang tampak kering dan jelas tulisan tersebut sudah lama berada di situ. Mungkin sejak semalam. Zuhairi membuat analisa.
 
“Entah-entah tulisan ini.. tulisan..”
Mula tanggapan negatif menular masuk ke dalam fikiran.

Zuhairi cepat-cepat membersihkan fikiranya. Dia cuba melihat kawasan sekeliling. Zuhairi sedang mencari sesuatu. Mata bulatnya terpancing ke arah daun yang besar dan kasar serta cocok di jadikan sebagai alat pemadam. Dengan segera Zuhairi mendapatkan daun tersebut.
           
Segala tenaga dikerah untuk memadamkan tulisan asing tersebut. Kelihatan setitik peluh mengalir lancar di permukaan pipi Zuhairi. Keletihan sudah menguasai diri. Dia berhenti sebentar dan duduk di tepi longkang yang sepi tanpa air. Badan disandarkan ke dinding dalam masa yang sama Zuhairi menghelar nafas panjang.

            Dia memegang tekaknya kerana kehausan semakin dirasai. Tekaknya menjadi kering dan air diperlukan untuk membasahkannya. Kepala Zuhairi ditolehkan ke kiri. Laju bayangan hitam menghilangkan diri. Zuhairi terkejut dengan pandanganya tadi. Dia cuba mengosok-gosok matanya untuk memastikan pandanganya. Jelas tiada sesiapa yang berada di hujung penjuru blok.

“Perasaan kot.”
Kata Zuhairi.

            Dia menghelar nafas panjang. Perasaan ditenangkan semula. Pejalanan darahnya kembali normal kerana degupan jantung berdenyut serata. Zuhairi bangun dari tempat duduk untuk kembali ke kelasnya kerana waktu rehat sudah tamat. Dia meneruskan perjalanan hingga ke hujung blok. Bayangan hitam tadi muncul kembali. Serta merta sekujur badan Zuhairi menggigil ketakutan akibat dari kejutan yang diterima.

          
     Zuhairi rebah ke bumi. Penglihatan semakin kabur. Kegelapan menguasai penglihatan dan akhirnya Zuhairi tidak menyedarkan diri.

“Alamak!
Asal dia pengsan pulak ni.
Nak buat apa sekarang.”
Seorang kanak-kanak perempuan berada di hadapan Zuhairi.





     Mata terkbil-kebil dan cuba untuk membuka kelopaknya. Pandangan Zuhairi semakin jelas. Kelihatan jururawat yang mempunyai rupa paras yang cantik berada di sisi Zuhairi. Kanak-kanak yang masih dalam keadaan separuh sedar itu mengerutkan dahinya kerana masih dalam kecelaruan.

“Haa. Dah sedar pun.
Lepas ni jangan main lain dekat belakang tu. Bahaya.”
Kata jururawat yang bertugas di bilik sakit sekolah. Dia akan pembantu pihak sekolah merawat penyakit-penyakit ringan seperti batuk dan demam.

“Nama siapa ?”
Jururawat itu bertanya lagi.

Na..nak.. air.
Balas Zuhairi dengan suara yang tersekat-sekat.

“Haa. Nakai?
Kenapa pelik sangat nama. Nasib baik tak sakai.”
Jururawat tadi ketawa kecil.

“ Nak air!”
Kali ini, suara ditinggikan dan kedengaran lebih jelas.

“Ouh, sorry dik.
Sekejap ye.”

Jururawat tadi menuang air dari jug yang berwarna merah jambu ke dalam gelas kaca yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil Zuhairi. Dengan perlahan Zuhairi menegguk air tersebut.

“Siapa yang hantar saya ke sini ?”
Zuhairi bertanyakan soalan.

“Ouh, dia tak mampu kot nak hantar awak ke sini. ”

“Kenapa pulak  ?”

“Diakan perempuan.”

“Perempuan ?”
Bisik Zuhairi sendirian.

“Dia yang bagi tahu kami, yang awak pengsan dekat belakang sekolah tadi.

“Maknanya yang dekat belakang tadi manusia. Bukan hantu?”

“Hantu apa pulak nih.”

Zuhairi semacam pelik. Bagaimana mana perempuan itu boleh berada situ. Mungkin perempuan sudah lama mengintip aku. Banyak persoalan yang timbul dan merumitkan keadaan. Mungkin juga pemilik tulisan itu milik perempuan tersebut. Satu konklusi ringkas dibuat oleh Zuhairi.


12.00 tengah hari
1 September 1994
Sekolah Kebangsaan Ampangan

Zuhairi sekali lagi menjejak kaki di tempat yang sama untuk mendapatkan kepastian. Dia berjalan dengan penuh harapan untuk berjumpa dengan gadis misteri tersebut. Pada permulaanya dia hanyak mengintai dari jauh. Seorang kanak-kanak perempuan berlegar-legar di sikitar kawasan dinding. Rambutnya bertocang tiga yang lengkap berpakain skirt seragam sekolah serta menyelendang botol air berwarna merah jambu disisi tepi badanya.

Memang tepat sangkaan Zuhairi. Dia sengaja datang ke tempat tersebut lambat, selepas habis waktu persekolahan. Faktor utama membuat dia bertindak sedemikian kerana waktu yang dibenarkan keluar kelas adalah waktu rehat dan waktu balik. Tidak mungkin kanak-kanak  perempuan tersebut akan datang semasa waktu rehat kerana sudah pasti Zuhairi berada di situ. Sudah pasti dia dia tidak ingin bertemu dengan Zuhairi. Mungkin semalam kanak-kanak itu muncul kerana tidak sabar untuk mengetahui kesinambungan cerita yang berada di dinding tersebut. Zuhairi jugak sudah lama tidak menyambung ceritanya dan ini juga menjadi dorangan utama yang membawa kanak-kanak perempuan itu ke tempat ini ketika waktu rehat.

Zuhair membongkokkan badanya. Dia ingin mencapai sesuatu. Tangan kananya pantas mengambil batu kecil dan seraya tangan Zuhairi membaling batu tersebut kearah kanak-kanak  perempuan berkulit hitam manis itu. Lalu batu tersebut berpusing memecah udara dan terkena pada bahu si dia.


“Adoi!”
Jeritan comel yang dikeluarkan oleh kanak-kanak tersebut.
Dia menggaru-garu bahunya dengan menggunakan tangan kanan.
Secara spontan dia menoleh kebelakang.

“Siapa tu? “
Jeritan yang tampak tegas tetapi degupan jantung semakin laju akibat dari ketakutan yang semakin menguasai diri. Namun dapat dikawal dari reaksi muka kanak-kanak yang baru setahun jagung itu.

“Em.. saya tak takutlah.
Mak.. mak.. saya dah ajar macam mana nak tendang bu..burung.. aa..
Lagipun, saya ada belajar silat dengan Hj. Leman, jiran sebelah rumah.. tali pingang ‘pink’ lagi tau.
Kalau berani keluarlah.”
Dengan lancar kanak-kanak perempaun itu berkata, sambil memasang kekuda yang tampak sumbang.

            Zuhairi tidak berhenti ketawa. Dia tidak dapat menahan desakan dari dadanya. Tangan di letakkan di perut untuk mengurankan daya getaran. Dia cuba untuk mengurangkan bunyi ketawa agar tidak di dengar oleh si dia di sana yang masih dalam seribu persoalan. Tegang pipi Zuhairi akibat dari ketawa yang berlebihan.

            Zuhairi melangkah kehadapan dan kini dia telah mendedahkan identiti diri kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Dia membawa dirinya kepada si dia yang masih dalam keadaan terkejut dengan situasi yang berlaku.

“ Awak nak marah saya ke?”
Si dia mula berbicara.
Tetapi Zuhairi hanya mendiamkan diri. Mulalah penyakit malu Zuhairi menguasai diri.

“Kenapa awak diam Zuhairi?”

Zuhairi memandang ke arah kanak-kanak misteri itu.
“A..awak tahu nama saya?”
Dengan nafas tersekat-sekat Zuhairi bersuara.

“Mestilah, awakan selalu contang dinding dekat sini.”

Zuhairi menjadi malu. Pipinya mula kemerah-merahan. Dia juga sempat memandang ke arah tanda nama perempuan misteri itu. Intan Suraya gerangan si dia.

“Eeii, awak ni memang pendiam kan.
Sekarang nih saya nak laporkan dekat guru displin yang awak conteng dinding sekolah.”

“Haa. Kenapa pulak?”





“Yelah, sebab awak telah merosakan harta benda awam.. maksud saya harta benda sekolah.”

“Mana boleh macam tuh.”
Zuhairi menjadi serius.

“Kalau macam tuh.
Cepat habiskan cerita awak.”

“Haa?”
Zuhairi kebingungngan.

“Cepatlah. Ke nak saya laporkan dekat guru displin.?
Cikgu ! Ada orang ka....
Tiba-tiba Intan Suraya menjerit. Namun dapat diberhentikan oleh Zuhairi.

“Okay-okay, saya ceritakan.
Em.. lepas tu, budak lelaki.. tu.. a..”
Kata-kata Zuhairi ternoktah secara tiba-tiba. Dia mengeluh panjang.

“Kenapa Zuhairi?”

“Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak sambung cerita tu.
Sebab tulah saya tak sambung cerita tuh.
Lagipun saya tulis tu suka-suka, tak tahu pulak ada orang baca.”

“Ouh, okay.”
Intan Suraya melabuhkan punggungnya ke tanah. Dia memanggil Zuhairi untuk duduk bersamanya.
Kini mereka menghadap pemandangan indah di hadapan mereka.

“Em, akhir sekali lelaki tuh bertemu dengan perempuan tu kan.”
Intan Suraya cuba membantu Zuhairi untuk menyambung ceritanya.
Zuhairi hanya mengangguk sahaja.

“Lepas tu mereka berkawanlah.”
Intan melemparkan senyuman kepada Zuhairi.

“Berkawan?”

“Yelah, mereka berkawan.
Macam kita.”
Intan memandang ke arah Zuhairi.
Zuhairi hanya tersenyum.



            Dalam tidak sedar, Zuhairi kini sudah menemui kawanya. Mungkin pertemuan ini tidak di rancang oleh mereka, tetapi ianya sudah tertulis di lembaran hidup mereka berdua. Selepas bersetuju dengan pengakhiran cerita yang dibincang bersama, Zuhairi menyambung semula ceritanya dan itu merupakan cacatan terakhir Zuhairi di dinding tersebut kerana dia sudah menemui teman baru dan bukan lagi kaku tanpa nyawa.

            Selepas pertemuan mereka, Zuhairi berlari ke pagar sekolah untuk menemui ibunya yang mungkin sudah lama menunggunya. Di depan pagar sekolah kelihatan ibu Zuhairi sedang mencekak pinggangnya. Tanpa berkata apa-apa, dia terus masuk ke dalam kereta.

“Pergi mana tadi, lama ibu tunggu kat sini.”
Kata ibu Zuhairi sambil menutup pintu kereta.

“Jumpa kawan.”
Zuhairi berkata dengan perlahan.
Ibunya terdiam seketika.



“Ibu, esok tolong buatkan dua bekalan makanan.
Satu untuk Hairi lagi satu untuk kawan Hairi.”
Kata Zuhairi.

Ibunya hanya tersenyum. Mungkin dia gembira kerana anaknya kini sudah pandai berkawan. Mula dari saat itu, hubungan Zuhairi dengan Intan menjadi rapat. Setiap hari mereka akan makan bekalan yang di bekalkan oleh ibu Zuhairi bersama-sama di tempat pertemuan mereka. Mungkin Zuhairi menghentikan penulisannya di dinding tersebut tetapi di saat itu juga adalah satu permulaan episod perkenalan mereka berdua. Mula-mula agak sukar dan kekok Zuhairi untuk berkawan kerana tiada pengalaman mengenai perkara tersebut. Hasil bantuan dari Intan Suraya lama kelamaan Zuhairi dapat membiasakan diri.

“Cepat betul masa berlalu.”
Intan Suraya, sambil memandang ke arah Zuhairi.

“Tulah, minggu depan minggu UPSR.
Lepas tu, cuti. Lepas cuti masuk sekolah menengah pulak.”

“Bestkan dah besar.
Lepas ni saya nak masuk asramalah. Nak jauh-jauh sikit.”

“Ouh yeke.
Kalau macam tuh awak kena janji dengan saya, masa hari terakhir sekolah jumpa saya dahulu tau sebelum balik. Mungkin kita susah nak berjumpa lagi lepas ini. Lagipun saya ada sesuatu nak bagi dekat awak”
Zuhairi tersenyum.

“Okay. Saya janji.”
Intan Suraya membalas senyuman Zuhairi.
Jari kelinking mereka berdua bertemu sebagai simbol kepada perjanjian mereka.


28 Oktober 1994
Hari terakhir persekolahan.

            Seperti yang dijanjikan Zuhairi datang untuk menemui Intan Suraya untuk kali terakhir kerana esok akan bermula cuti panjang. Selepas itu, mungkin mereka akan mencari haluan masing-masing dan sukar untuk berjumpa. Zuhairi datang ke tempat biasa di belakang sekolah tempat yang menjadi detik permulaan perkenalan dia dengan Intan Suraya.

            Zuhairi datang ke tempat tersebut lebih awal kerana ingin melakukan persiapan ringkas. Sampai sahaja di situ, dia terus mengemaskan kawasan yang di penuhi daun kering untuk dijadikan tempat duduk mereka berdua nanti. Setelah berkemas, Zuhairi duduk seketika. Dia menjeling ke arah jam tangannya. Kelihatan jam sudah menunjukan pukul 12.15. Ini bermakna sudah 10 minit masa persekolahan sudah tamat. Dalam fikiran Zuhairi, mungkin Intan Suraya dalam perjalananya ke sini. Zuhairi terus menunggu kehadiran Intan Suraya.

            Kini sudah 30 minit berlalu, namun kelibat Intan Suraya masih tidak kelihatan lagi. Zuhairi semakin risau kerana ibunya mungkin sudah lama menunggunya di pintu pagar sekolah. Mungkin juga Intan Suraya lupa akan pertemuan ini. Pelbagai tanggapan negatif mula menyelinap masuk di pemikiran Zuhairi.

           
Masuk minit ke40 Zuhairi menunggu, dia membuat keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut. Walaupun berat untuk kaki melangkah, namun keadaan telah memaksanya. Dia merenung ke arah hadiah yang ingin di beri kepada Intan Suraya. Ianya merupakan sebuah telefon bimbit yang di belinya menggunakan duit tabung. Telefon bimbit menjadi pilihan kerana untuk mengekalkan hubungan mereka berdua agar tidak terputus walaupun bersekolah di berlainan tempat nanti. Zuhairi sangat menghargai Intan Suraya kerana dia adalah kawan pertama Zuhairi dan banyak membantu dirinya. Mungkin tiada jodoh untuk mereka berdua. Keindahan yang sementara itu kini tinggal kenangan dalam cacatan hidup Zuhairi. Sejak dari hari itu, Zuhairi tidak bertemu lagi dengan Intan Suraya dan masih tertanya-tanya di mana Intan Suraya berada.

Bersambung...



Sunday, April 15, 2012

Salahkah Aku: Lembaran Pertama-1994


Epilog
11.00 Pagi
3 April 2012
Hari Perbicaraan
Istana Kehakima Putrajaya


            Suasana hari ini tidak seperti hari-hari yang lain. Hari yang kebiasaanya ceria ditemani suria mentari yang indah dengan kicauan burung-burung yang bebas terbang di laman biru. Awan sekawan membawa sembayu udara yang mampu membawa kesegaran kepada segenap umat manusia. Namun awan yang disanjung dahulu, kini memudar seolah-olah memahani situasi hari ini. Kesedihan yang tidak terdaya lagi untuk disimpan dan hanya mampu untuk di luahkan. Dia-Zuhairi Razak duduk bersama dua puluh orang yang lain untuk bersama-sama melihat dan membongkar keadilan yang lama ditunggu-tunggu. Di sudut tepi istana kehakiman ini kelihatan keluarga Intan Suraya duduk dengan penuh harapan, kebenaran akan muncul dan memihak kepada mereka. Walaubagaimanapun mereka akan tetap tabah untuk menghadapi segala kemungkinan.













Lembaran Pertama

4 jam sebelum
Rumah Kediaman, Shah Alam.

            Zuhairi Razak duduk di sofa rumahnya sambil mengamati pemandangn di luar. Sebelum itu dia menunaikan solat subuh bersendirian di kamar tidurnya. Selesai solat subuh Zuhairi hanya menghabiskan masanya di ruang tamu rumah. Lelaki yang berumur 30 tahun itu dikejutkan oleh bunyi berpunca dari jug elektriknya yang membawa petanda bahawa air yang dimasak sudah boleh diminum. Zuhairi membawa dirinya ke dapur rumah dan segera menyediakan minuman untuk dijadikan sebagai alas perut di pagi hari. Dia kembali semula ke ruang tamu dan minuman tadi diletakan di atas ‘round table’ yang di penuhi oleh gambar-gambar lama. Mata Zuhairi tertarik kepada sebuah gambar seorang budak lelaki yang lengkap berpakaian seragam seklolah. Gambar sewaktu dia berumur 12 tahun.




9.30 pagi
24 Oktober 1994
Sekolah Kebangsaan Ampangan

            Loceng yang berada di setiap badan kelas sudah berbunyi menandakan semua pelajar di benarkan rehat. Satu persatu pelajar meninggalkan bilik darjah. Di sudut tepi kelas tinggal seorang pelajar yang masih temanggu di tempat duduknya. Dia-Zuhairi memang gemar menyendiri. Seorang kanak-kanak yang pendiam dan sukar untuk berkawan. Semua sudah tertulis untuk dirinya. Zuhairi bangun dari tempatnya dan cuba melangkah ke hadapan pintu untuk melihat fotografis di luar. Sememangnya waktu sebegini semua pelajar akan mengunakan masa mereka untuk mengisi perut dengan bekalan yang di bawa dari rumah. Ada juga lebih suka menghiburkan hati dengan mainan-mainan seperti galah panjang serta batu seremban tetapi bagi Zuhairi dia lebih suka bersendiri.

           
Dia berjalan melintasi makmal komputer dan kini melalui hadapan kantin yang mula dipenuhi oleh pelajar. Dia memang tidak kesah tentang pemakanannya. Duit yang diberi selalu disimpan di dalam tabung yang berbentuk kereta di rumah. Zuhairi memang kanak-kanak yang pandai berjimat. Ini mungkin kerana di asuh oleh keluarganya dengan baik.

Sudah lama berjalan dia kini berada di bahagian belakang sekolah.Zuhairi melabuhkan punggungnya di permukaan tanah. Permandangan yang indah boleh di amati dari tempat ini. Keindahan kawasan kampung dengan jelas kelihatan dan turut di serikan dengan pemandangan sawah padi yang luas saujana mata memandang. Burung-burung bertebangan melepaskan sayapnya di ruangan biru yang nun tinggi untuk di gapai. Sememangnya ciptaan Tuhan cukup indah dan sempurna. Zuhairi menarik nafasnya dengan perlahan. Dia dapat merasakan angin yang segar memasuki rongga hidung dan terus bergerak ke bahagian dadanya.

            Zuhairi melihat kawasan sekitar dengan pergerakan yang perlahan. Matanya beralih dari satu pandangan ke pandangan yang lain. Kali ini, pandangannya tertumpu ke arah sebuah dinding yang berada tidak jauh dari tempat dia berada. Dia berfikir sejenak. Serta merta dahi dikerutkan. Dia berasa hairan kerana sepanjang kehadirannya di tempat ini, dia tidak pernah melihat dinding tersebut.

           
Dia mengambil keputusan untuk melihat dinding tersebut dengan lebih jelas lagi. Serta merta semua anggota badanya baggun dan kakinya mula melangkah. Kawasan dinding yang kabur dari pandangn Zuhairi tadi, mula menampakan bentuk fizikalnya yang jelas. Sampai sahaja di kawasan dinding tersebut, tangan kanannya menyentuh permukaan dinding. Tangannya menjalar keseluruh badan dinding. Pada masa yang sama Zuhairi telah mendapat suatu idea sejerus melihat dinding yang di sentuhnya. Dia tersenyum sendirian.

            Keesokan harinya dia datang semula di tempat yang sama. Hari ini, tidak seperti hari-hari yang lain. Zuhairi datang dengan satu tujuan yang pasti tidak seperti semalam. Dia bergerak ke arah dinding tersebut dengan membawa sebatang kapur yang di ambil di kelas. Zuhairi kini berada di hadapan dinding tersebut tanpa melakukan sebarang pergerakan.


            Dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang cuba dikeluarkan oleh mindanya. Sesuatu yang datang dengan sendiri. Sejerus selepas itu, tangan kanannya diletakan di atas permukaan dinding dan menulis sebuah cerita. Mungkin cara ini sahaja yang boleh dilakukan oleh Zuhairi untuk menghilangkan rasa kesunyiannya dan rasa kebosanan yang di alami. Bukan tidak ingin berkawan. Tetapi dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Oleh itu, Zuhairi memilih untuk berdiam diri. Tetapi kini dia mempunyai teman. Teman yang kaku dan tidak bernyawa.

            Mulai hari itu, Zuhairi akan datang ke sini untuk menulis segala idea ataupun ilham yang mengalir di mindanya. Dinding yang dulu kosong  kini penuh dengan bekas putih dan tulisan. Tidak seperti hari yang lain, kali ini Zuhairi hadir ke tempat yang selalu memberinya ilham yang indah tetapi sekarang ini dia di penuhi dengan rasa kebuntuaan yang mendalam. Dia hanya duduk bersebelahan dinding tersebut. Entah kenapa hari ini idea tidak memihak kepadanya. Kanak-kanak yang memiliki tona warna yang cerah itu menoleh kepalanya ke kiri untuk membaca semula semua yang ditulis.

            Zuhairi menulis sebuah cerita mengenai seorang budak lelaki yang mempunyai sifat pemalu dan sukar untuk berkawan. Suatu hari budak lelaki itu telah menjumpai sebuah dinding di belakang sekolahnya. Budak lelaki itu selalu menulis di dinding tersebut. Dia telah berhajat untuk berjumpa dengan seorang teman dan telah ditulis hajatnya itu di dinding tersebut. Akhirnya budak lelaki itu telah berjumpa dengan seorang budak perempuan yang dijumpai secara tidak sengaja. Seterusnya mereka... Zuhairi mengeluh kerana idea ceritanya terhenti di situ. Dia menghembus panjang nafasnya. Kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu bangun dari tempat duduknya dengan perasaan hampa dan terus meninggalakan tempat tersebut. Hari itu dia tidak menyambung ceritanya dan membiarkan sahaja cerita itu tergantung di situ.


            Sehari selepas itu, Zuhairi datang semula ke tempat tersebut dengan harapan yang baru. Pergerakan diperlahankan kerana destinasi yang dituju hampir tiba. Matanya merenung dinding yang berada tepat di hadapanya. Dia mula menyedari ada sesuatu yang pelik yang berada di dinding tersebut. Zuhairi mula mengerutkan dahinya. Langkahnya terhenti serta merta untuk memumpukan seratus peratus kepada pandanganya. Bebola mata Zuhairi tertumpu kepada sebaris ayat yang tercatat di dinding. Jelas, sebaris ayat tersebut bukan tulisanya.




Bersambung....
Episod seterusnya