Followers

There was an error in this gadget

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Wednesday, May 23, 2012

Salahkah Aku: Lembaran Ketiga-Pernantian Berakhir



Lembaran Ketiga


(halwa telinga)











5.00 pagi
2 Febuari 2011
Rumah Kediaman, Shah Alam


            Mata Zuhairi terbuka dan seraya memandang kearah jam dinding yang barada di dalam biliknya. Jam menunjukan tepat pukul 5.00 pagi. Zuhairi mengeluh panjang. Malam tadi dia tidak dapat tidur dengan lena kerana otaknya masih memikirkan hal yang akan berlansung pada hari ini. Mungkin keterujuaan yang tinggi untuk menghadapi hari ini telah membuatkan dia tidak dapat tidur lena semalaman.

            Lelaki yang telah menjangkau umur 29 tahun itu bangun dari tempat tidurnya. Dia membawa dirinya di hadapan kalendar putih yang melekat di dinding bilik tidur.. Jelas tarikh hari ini telah dibulatkan di kalendar menandakan hari penting untuk Zuhairi. “Hari pelancaran buku!!!” sebaris ayat tertulis di kalendar.

            Zuhairi kini sudah bergiat aktif dalam bidang penulisan. Mendapat pendidikan penuh di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Susah payahnya selama 5 tahun untuk mendalami bidang penulisan ini telah membuahkan hasil apabila dia kini telah mampu untuk  menghasilkan novelnya sendiri.

            Hari ini, Zuhairi akan menghadiri suatu majlis amat penting bagi dirinya kerana hari ini merupakan hari pelacaran novel pertama Zuhairi. Pelancaran akan dia adakan berhadapan kedai buku terkenal di Malaysia MPH  cawangan Alamanda Putrajaya. Kedai buku MPH ini dimiliki sepenuhnya oleh Syed Mokhtar Al Bukhary di bawah anak syarikatnya Jalinan Inspirasi Sdn Bhd.

            Buku Zuhairi diterbitkan oleh penerbit buku yang tidak asing lagi dalam dunia penerbitan buku iaitu Alaf 21. Pelancaran akan berlansung pada pukul 12 tengah hari dan para wartawan akan datang awal 15 minit untuk mengelakan kesesakan. Selain para wartawan, peminat juga dijangka akan datang untuk bertemu dengan Zuhairi bagi mendapatkan tanda tangannya. Novel Seputih Kapur Di Muka Konkrit telah mendapat sambutan hangat dan di terima oleh masyarakat Malaysia.

            Zuhairi telah lengkap berpakaian formal bagi menghadiri majlis tersebut. Perasaan gemuruh semakin menguasai diri kerana ini semua perkara baru bagi diri Zuhairi. Kini  sekujur badan Zuhairi telahpun berada di pusat membeli belah terkenal di Putrajaya, Alamanda.

            Sebelum  ke majlis tersebut dia sempat singgah di Medan Selera Rasa yang terletak di aras bawah tanah Alamanda untuk mengalas perutnya. Kini dia bertenaga untuk berhadapan dengan 40 tetamu di majlis pelancaran termasuk para wartawan dan peminat novelnya.

            Selepas ucapan ringkas dari Zuhairi, kini majlis tersebut bergerak ke agenda seterusnya iaitu sesi bertemu peminat. Satu persatu buku di tandatangani oleh Zuhairi sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong novelnya.           

            Datang seorang wanita yang berumur dalam lingkungan dua puluhan sambil tersenyum manis. Zuhairi tanpa berasa kekok membalas senyum tersebut. Wanita yang lengkap berpakaian ‘dress’ pendek berwarna merah kini berada di hadapan Zuhairi.




“Hai.”
Zuhairi menyapa wanita tersebut.

“Hai.”
Balas si dia.
Tangan Zuhairi mengambil novel yang berada di tangan wanita tersebut untuk di tandatangani. Si dia masih lagi tersenyum lebar.

“Erm, Encik Zuhairi boleh saya bertanya.”
Wanita tadi cuba mengajukan soalan.

“Boleh.”

“Kenapa encik ubah jalan cerita ini.”
Tanya wanita tersebut.
Zuhairi terdiam seketika. Dia sedang berfikir sesuatu dalam masa yang sama masih lagi merenung wajah wanita itu tadi.

“Yelah. Sepatutnya, lelaki dalam cerita ini terus berkawan dengan perempuan yang selalu mengintainya ketika dia sedang sibuk menulis di dinding. Bukanya mereka berdua bergaduh, selepas itu mereka berbaik semula. Lagi satu, sepatutnya mereka tidak pernah berjumpa selepas habis sekolah rendah. Tetapi encik telah mengubah dan menceritakan bahawa mereka berdua bertemu semula di sekolah menengah.
Wanita tadi menjelaskan segalanya.

            Air muka Zuhairi terus berubah. Dia terkejut apabila wanita tersebut berani mengeluarkan kata-kata yang mampu membuat menguris hatinya. Seribu satu persoalan bula terbit di minda Zuhairi. Wanita tadi terus mengambil novel tersebut dari tangan Zuhairi dan terus meninggalkannya.

“Nanti dulu cik!”
Zuhairi menjerit.
Wanita tersebut memberhentikan langkahnya.

“Macam mana awak boleh tahu semua tuh?”
Zuhairi cuba merungkai permasalahan yang berlaku

“Sebab saya, awak boleh buat cerita tu.
Dan saya jugalah peyumbang idea asal cerita tu.”
Wanita tersebut tersenyum sinis.

            Zuhairi hendak mengejar wanita tersebut, namun gagal kerana dia perlu melayan peminatnya yang lain. Wanita tadi meneruskan langkahnya tanpa menoleh kebelakang dan meninggalkan Zuhair dengan seribu persoalan. Fikiran Zuhairi terjejas dan dia tidak dapat fokus untuk melayan tetamunya yang lain.









            Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat Zuhairi telah bertukar menjadi hari buruk baginya. Dia kini berada di sebuah ‘coffee house’  yang berada di halaman ‘Esplanade’ Alamanda. Zuhairi masih lagi memikirkan hal wanita tadi. Puas mindanya mentafsir dan cuba meneganal pasti identiti wanita itu.

            Sepanjang perjalanan untuk menghasilkan novel Seputih Kapur Di Muka Konkrit, dia tidak dapat bantuan dari mana-mana pihak kedua. Dia menghasilkan novel itu sendiri tanpa bantuan dari orang lain. Mungkin ada pihak yang berniat jahat untuk menjatuhkan Zuhairi.

“Siapa ek, perempuan tu?”
Bisik Zuhairi sendirian

“Rupa.. macam kenal.”
Zuhairi sambil menegguk kopinya.

“Mungkin, dia Emma..
Emma Rejab.”
Raut wajah Zuhairi berubah kerana dia semakin hampir dapat meneka wanita itu tadi.

“Eh, tak mungkin..
Sebab, aku hanya menceritakan sedikit sahaja tentang jalan cerita novel, bukan semuapun.
Dan lagi satu, aku tak pernah menceritakan sepenuhnya kisah sebenar novel tersebut.
Baru 2 tahun aku tak jumpa dia.
Takan dia buat pembedahan plastik kot.
Lain gila muka dia.”
Panjang penjelasan Zuhairi.

“Ahhh.. Tak mungkin.
Itu bukan Emma!
Aku kenal sangat dengan Emma tuh.
Dia takan buat macam tuh.”
Hati Zuhairi kuat mengatakan, wanita itu bukan Emma.

            Zuhairi masih lagi memikirkan hal wanita itu. Dia sudahpun berada di rumahnya. Badan yang letih kerana sudah seharian berkerja dilemparkan di atas katil. Mata Zuhairi kini menghadap ke arah siling rumah. Kenangan sewaktu dia berada di sekolah rendah tiba-tiba muncul dalam ingatanya.

            Dahi Zuhairi dikerutkan kerana satu info telah datang untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Secara faktanya otak kita tidak akan berhenti bekerja untuk menyelesaikan masalah yang kita sedang hadapi walaupun kita sedang tidur. Kini segala persoalan yang timbul mengenai wanita tadi sudah menemui jawapan yang pasti.

“Bodoh betulah!!
Macam manalah aku tak boleh perasan itu dia.”
Zuhairi berkata sendirian dan sudah mengenali wanita tersebut.







9.30 malam
2 Febuari 2011
Rumah Kediaman, Bangsar

            Intan Suraya masih lagi merenung ke arah telefon bimbitnya. Dia seakan menunggu panggilan dari seseorang. Namun orang yang di tunggu belum membuat sebarang panggilan. Wanita yang menjangkau umur 29 tahun itu mengeluh panjang.

            Hari ini dia mengambil cuti kerana ingin bertemu dengan pengarang novel diminatinya, Zuhairi Razak. Mungkin novel Seputih Kapur Di Muka Konkrit memberi makna kepada kehidupanya. Hari ini dia terpaksa meninggalkan 15 orang pekerjanya di restoran yang berdekatan dengan Jalan Bangsar. Mengambil 3 minit berjalan dari Bangsar LRT.

            Intan Suraya kini menjadi pengusaha restoran yang berjaya. Restoran yang dimilikinya sudah berusia 3 tahun dan semakin berkembang maju. Membuka restoran ini merupakan cita-cita Intan Suraya dari kecil lagi. Kini impian Intan Suraya sudah menjadi rialiti dengan berkat usahanya.

            Masih segar diingatan peristiwa pagi tadi, ketika dia sedang mengejutkan Zuhairi dengan kritikan yang di anggap kurang sopan. Intan Suraya ketawa kecil apabila mengingatkan kembali wajah Zuhairi yang terkejut dengan kehadiranya. Perkara itu memang sengaja dilakukan kerana ingin memberi elemen kejutan untuk Zuhairi.

            Intan Suraya juga sempat meninggalkan nota kecil untuk Zuhairi. Di situ dia meletakan nama dan nombor telefon miliknya. Nota itu telah di masukan di dalam sampul surat kecil yang berwarna merah jambu. Dia meletakan nota tersebut di atas meja semasa dia bercakap dengan Zuhairi.

“Harap-harap Zuhairi nampak nota tu.”
Intan Suraya bermonoloq sendirian.

“Tapi, asal dia tak call aku lagi.”
Keluh Intan Suraya.

            Telefon bimbit milik wanita yang tinggi lampai itu masih sunyi dari sebarang panggilan. Sudah puas menunggu dia meletakan telefon bimbitnya di atas meja yang berdekatan. Dia bangun dan membawa diri ke bilik air untuk urusan peribadi.

            Belum sempat dia melangkah ke bilik air, telefon bimbit yang ditinggalakan tadi berbunyi. Suraya bergegas untuk mendapatkan telefonya di atas meja.

“Hello.”
Dengan teruja Suraya menjawab panggilan tersebut.












9.30 malam
2 Febuari 2011
Rumah Kediaman, Shah Alam.
“Bodoh betulah!!
Macam manalah aku tak boleh perasan itu dia.”
Zuhairi berkata sendirian dan sudah mengenali wanita tersebut.

“Itulah Intan Suraya.
Memang dia sorang je tahu pasal cerita ni.
Zuhairi sudah mengenal pasti identiti wanita tersebut.

“Aduh, kenapalah aku tak minta nombor dia.”
Sesal Zuhairi.

“Kejap. Kenapa dia nak marah-marah aku?
Dia tak suka dekat aku ke?”
Mula tanggapan negatif menyelinap masuk ke dalam fikiran Zuhairi.

            Zuhairi memegang kepala sambil membuat satu bunyi di mulutnya yang mengambarkan kekecewaaan. Dengan pantas dia mengambil komputer ribanya untuk membuka laman social ‘Facebook’. Di ruang ‘search’ yang berada di atas halaman utama ‘Facebook’ dia menulis nama Intan Suraya untuk mencari butiran mengenainya.

            Dengan khusyuk Zuhairi mencari butiran diri Suraya. Tidak berkelip walau sekali pun mata Zuhairi dan terus fokus dalam kerjanya. Setelah 5 minit mencari dia terus mendapatkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.



9.50 malam
2 Febuari 2011
Rumah Kediaman, Bangsar

“Hello.”
Dengan teruja Suraya menjawab panggilan tersebut.

“Siapa nih?”
Suraya bertanya.

“Emm Johan.
Ada apa kau telefon aku malam-malam nih.”

“Tak buat apa pun.
Tengah baring-baring je.”

            Pangilan yang diharapkan tidak kesampaian dan panggilan lain pula yang muncul tiba. Pada malam itu impian Suraya untuk mendengar suara Zuhari gagal dan musnah. Itu sahaja peluang yang ada untuk Suraya bertemu dengan Zuhairi.




Putrajaya
10.00 pagi
3 Febuari 2011

 Hari ini Zuhairi terpaksa menjejaki semula ke MPH cawangan Alamanda untuk mengambil barang peribadinya yang terttinggal. Dia berjumpa dengan Encik Rahim yang di hubungi semalam untuk mendapatkan barangnya semula.

“Haaa, Encik Rahim..
Terima kasihlah tolong simpankan jam saya nih.
Ini jam ‘special’ nih.
Terima kasih banyak-banyaklah Encik Rahim.”
Zuhairi dengan rasa bersyurkur kerana jamnya dapat ditemui.

“Takdelah, hal kecik je nih.
Itupun saya terjumpa.”
 Balas Encik Rahim.

“Okaylah Encik Rahim. Sayapun ada benda nak diuruskan nih.
Saya beransur dululah ye.
Terima kasih.”

“Haa, Zuhairi sekejap.
Rasanya surat ini milik awak.
Sebab nampaknya macam surat peminat.
Awak ambillah.”

“Ouh yeke?
Yelah. Terima kasih.”
Zuhairi mengambil surat dan terus meninggalkan kedai buku tersebut.

Sejurus selepas itu, Zuhairi menikmati ‘lunch’ di restoran kegemarannya, Selera De Lora. Tiba-tiba hati Zuhairi terbuka untuk membuka surat tersebut.  Nama Intan Suraya menarik perhatian Zuhairi. Dia menghelar nafas panjang.

“Akhirnya aku dapat kau juga.”
Zuhairi tersenyum dan terus  megambil telefonya.
Bangsar.
10.00 pagi
3 Febuari 2011

Hari ini Suraya menjalankan rutin harianya seperti biasa. Dia melangkah keluar dari pintu utama ‘apartment’  rumah dan menuju ke arah kereta miliknya. Dalam perjalan Suraya ke kereta, seorang perompak telah menyentap beg tangannya. Suraya terjatuh namun kedua-dua tangan sempat di dipa dan dapat menahan  mukanya dari terhentak ke lantai.

Bersambung..

Friday, April 20, 2012

Salahkah Aku: Lembaran Kedua-Sedetik Bersama




(sila tekan play untuk menambah kesan dalam pembacaaan)


*gambar-gambar di bawah hanyalah gambar hiasan sahaja.





Epilog
10.35 Pagi
3 April 2012
Hari Perbicaraan
Istana Kehakiman Putrajaya

            

     Zuhairi sudah sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Dia melangkah keluar dari kenderaan  yang telah membawanya ke Istana Kehakiman Putrajaya. Lelaki yang mempunyai susuk badan yang tegap itu masuk ke dalam ruang legar mahkamah tersebut. Perjalananya di iringi oleh dua orang polis yang bertugas. Sampai sahaja di pintu utama bilik perbicaraan, polis yang menemani Zuhairi tadi memberhentikan langkahnya. Salah seorang polis yang bertugas tadi menghalakan tangan kananya ke arah pintu utama untuk menyuruh Zuhairi masuk ke bilik perbicaraan. Zuhairi melangkah masuk tanpa sebarang bantahan. Seorang lelaki yang berpakaian kemas menyambut kedatanganya.

“Sudah bersedia Encik Zuhairi ?”
Ucap  lelaki itu dengan muka yang agak serius.

Zuhairi hanya menundukan kepalanya sedikit sebagai tanda bersedia dan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang di tanya. Lelaki tadi terus menemani Zuhairi hingga ke tempat duduknya. Di tempat duduk Zuhairi, dia di tegur oleh seseorang.



Lembaran Kedua

9.30 pagi
31 Oktober 1994
Sekolah Kebangsaan Ampangan

Zuhairi datang semula ke tempat tersebut dengan harapan yang baru. Pergerakan diperlahankan kerana destinasi yang dituju hampir tiba. Matanya merenung dinding yang berada tepat di hadapanya. Dia mula menyedari ada sesuatu yang pelik yang berada di dinding tersebut. Zuhairi mula mengerutkan dahinya. Langkahnya terhenti serta merta untuk memumpukan seratus peratus kepada pandanganya. Bebola mata Zuhairi tertumpu kepada sebaris ayat yang tercatat di dinding. Jelas, sebaris ayat tersebut bukan tulisanya.

“Mana sambungannya?.”

 Reaksi yang pertama dikeluarkan oleh Zuhairi ialah, ketawa sopan. Dia kembali serius. Sebaris ayat yang menjadi tanda tanya. Zuhairi meneliti tulisan tersebut. Tulisan yang tampak kering dan jelas tulisan tersebut sudah lama berada di situ. Mungkin sejak semalam. Zuhairi membuat analisa.
 
“Entah-entah tulisan ini.. tulisan..”
Mula tanggapan negatif menular masuk ke dalam fikiran.

Zuhairi cepat-cepat membersihkan fikiranya. Dia cuba melihat kawasan sekeliling. Zuhairi sedang mencari sesuatu. Mata bulatnya terpancing ke arah daun yang besar dan kasar serta cocok di jadikan sebagai alat pemadam. Dengan segera Zuhairi mendapatkan daun tersebut.
           
Segala tenaga dikerah untuk memadamkan tulisan asing tersebut. Kelihatan setitik peluh mengalir lancar di permukaan pipi Zuhairi. Keletihan sudah menguasai diri. Dia berhenti sebentar dan duduk di tepi longkang yang sepi tanpa air. Badan disandarkan ke dinding dalam masa yang sama Zuhairi menghelar nafas panjang.

            Dia memegang tekaknya kerana kehausan semakin dirasai. Tekaknya menjadi kering dan air diperlukan untuk membasahkannya. Kepala Zuhairi ditolehkan ke kiri. Laju bayangan hitam menghilangkan diri. Zuhairi terkejut dengan pandanganya tadi. Dia cuba mengosok-gosok matanya untuk memastikan pandanganya. Jelas tiada sesiapa yang berada di hujung penjuru blok.

“Perasaan kot.”
Kata Zuhairi.

            Dia menghelar nafas panjang. Perasaan ditenangkan semula. Pejalanan darahnya kembali normal kerana degupan jantung berdenyut serata. Zuhairi bangun dari tempat duduk untuk kembali ke kelasnya kerana waktu rehat sudah tamat. Dia meneruskan perjalanan hingga ke hujung blok. Bayangan hitam tadi muncul kembali. Serta merta sekujur badan Zuhairi menggigil ketakutan akibat dari kejutan yang diterima.

          
     Zuhairi rebah ke bumi. Penglihatan semakin kabur. Kegelapan menguasai penglihatan dan akhirnya Zuhairi tidak menyedarkan diri.

“Alamak!
Asal dia pengsan pulak ni.
Nak buat apa sekarang.”
Seorang kanak-kanak perempuan berada di hadapan Zuhairi.





     Mata terkbil-kebil dan cuba untuk membuka kelopaknya. Pandangan Zuhairi semakin jelas. Kelihatan jururawat yang mempunyai rupa paras yang cantik berada di sisi Zuhairi. Kanak-kanak yang masih dalam keadaan separuh sedar itu mengerutkan dahinya kerana masih dalam kecelaruan.

“Haa. Dah sedar pun.
Lepas ni jangan main lain dekat belakang tu. Bahaya.”
Kata jururawat yang bertugas di bilik sakit sekolah. Dia akan pembantu pihak sekolah merawat penyakit-penyakit ringan seperti batuk dan demam.

“Nama siapa ?”
Jururawat itu bertanya lagi.

Na..nak.. air.
Balas Zuhairi dengan suara yang tersekat-sekat.

“Haa. Nakai?
Kenapa pelik sangat nama. Nasib baik tak sakai.”
Jururawat tadi ketawa kecil.

“ Nak air!”
Kali ini, suara ditinggikan dan kedengaran lebih jelas.

“Ouh, sorry dik.
Sekejap ye.”

Jururawat tadi menuang air dari jug yang berwarna merah jambu ke dalam gelas kaca yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil Zuhairi. Dengan perlahan Zuhairi menegguk air tersebut.

“Siapa yang hantar saya ke sini ?”
Zuhairi bertanyakan soalan.

“Ouh, dia tak mampu kot nak hantar awak ke sini. ”

“Kenapa pulak  ?”

“Diakan perempuan.”

“Perempuan ?”
Bisik Zuhairi sendirian.

“Dia yang bagi tahu kami, yang awak pengsan dekat belakang sekolah tadi.

“Maknanya yang dekat belakang tadi manusia. Bukan hantu?”

“Hantu apa pulak nih.”

Zuhairi semacam pelik. Bagaimana mana perempuan itu boleh berada situ. Mungkin perempuan sudah lama mengintip aku. Banyak persoalan yang timbul dan merumitkan keadaan. Mungkin juga pemilik tulisan itu milik perempuan tersebut. Satu konklusi ringkas dibuat oleh Zuhairi.


12.00 tengah hari
1 September 1994
Sekolah Kebangsaan Ampangan

Zuhairi sekali lagi menjejak kaki di tempat yang sama untuk mendapatkan kepastian. Dia berjalan dengan penuh harapan untuk berjumpa dengan gadis misteri tersebut. Pada permulaanya dia hanyak mengintai dari jauh. Seorang kanak-kanak perempuan berlegar-legar di sikitar kawasan dinding. Rambutnya bertocang tiga yang lengkap berpakain skirt seragam sekolah serta menyelendang botol air berwarna merah jambu disisi tepi badanya.

Memang tepat sangkaan Zuhairi. Dia sengaja datang ke tempat tersebut lambat, selepas habis waktu persekolahan. Faktor utama membuat dia bertindak sedemikian kerana waktu yang dibenarkan keluar kelas adalah waktu rehat dan waktu balik. Tidak mungkin kanak-kanak  perempuan tersebut akan datang semasa waktu rehat kerana sudah pasti Zuhairi berada di situ. Sudah pasti dia dia tidak ingin bertemu dengan Zuhairi. Mungkin semalam kanak-kanak itu muncul kerana tidak sabar untuk mengetahui kesinambungan cerita yang berada di dinding tersebut. Zuhairi jugak sudah lama tidak menyambung ceritanya dan ini juga menjadi dorangan utama yang membawa kanak-kanak perempuan itu ke tempat ini ketika waktu rehat.

Zuhair membongkokkan badanya. Dia ingin mencapai sesuatu. Tangan kananya pantas mengambil batu kecil dan seraya tangan Zuhairi membaling batu tersebut kearah kanak-kanak  perempuan berkulit hitam manis itu. Lalu batu tersebut berpusing memecah udara dan terkena pada bahu si dia.


“Adoi!”
Jeritan comel yang dikeluarkan oleh kanak-kanak tersebut.
Dia menggaru-garu bahunya dengan menggunakan tangan kanan.
Secara spontan dia menoleh kebelakang.

“Siapa tu? “
Jeritan yang tampak tegas tetapi degupan jantung semakin laju akibat dari ketakutan yang semakin menguasai diri. Namun dapat dikawal dari reaksi muka kanak-kanak yang baru setahun jagung itu.

“Em.. saya tak takutlah.
Mak.. mak.. saya dah ajar macam mana nak tendang bu..burung.. aa..
Lagipun, saya ada belajar silat dengan Hj. Leman, jiran sebelah rumah.. tali pingang ‘pink’ lagi tau.
Kalau berani keluarlah.”
Dengan lancar kanak-kanak perempaun itu berkata, sambil memasang kekuda yang tampak sumbang.

            Zuhairi tidak berhenti ketawa. Dia tidak dapat menahan desakan dari dadanya. Tangan di letakkan di perut untuk mengurankan daya getaran. Dia cuba untuk mengurangkan bunyi ketawa agar tidak di dengar oleh si dia di sana yang masih dalam seribu persoalan. Tegang pipi Zuhairi akibat dari ketawa yang berlebihan.

            Zuhairi melangkah kehadapan dan kini dia telah mendedahkan identiti diri kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Dia membawa dirinya kepada si dia yang masih dalam keadaan terkejut dengan situasi yang berlaku.

“ Awak nak marah saya ke?”
Si dia mula berbicara.
Tetapi Zuhairi hanya mendiamkan diri. Mulalah penyakit malu Zuhairi menguasai diri.

“Kenapa awak diam Zuhairi?”

Zuhairi memandang ke arah kanak-kanak misteri itu.
“A..awak tahu nama saya?”
Dengan nafas tersekat-sekat Zuhairi bersuara.

“Mestilah, awakan selalu contang dinding dekat sini.”

Zuhairi menjadi malu. Pipinya mula kemerah-merahan. Dia juga sempat memandang ke arah tanda nama perempuan misteri itu. Intan Suraya gerangan si dia.

“Eeii, awak ni memang pendiam kan.
Sekarang nih saya nak laporkan dekat guru displin yang awak conteng dinding sekolah.”

“Haa. Kenapa pulak?”





“Yelah, sebab awak telah merosakan harta benda awam.. maksud saya harta benda sekolah.”

“Mana boleh macam tuh.”
Zuhairi menjadi serius.

“Kalau macam tuh.
Cepat habiskan cerita awak.”

“Haa?”
Zuhairi kebingungngan.

“Cepatlah. Ke nak saya laporkan dekat guru displin.?
Cikgu ! Ada orang ka....
Tiba-tiba Intan Suraya menjerit. Namun dapat diberhentikan oleh Zuhairi.

“Okay-okay, saya ceritakan.
Em.. lepas tu, budak lelaki.. tu.. a..”
Kata-kata Zuhairi ternoktah secara tiba-tiba. Dia mengeluh panjang.

“Kenapa Zuhairi?”

“Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak sambung cerita tu.
Sebab tulah saya tak sambung cerita tuh.
Lagipun saya tulis tu suka-suka, tak tahu pulak ada orang baca.”

“Ouh, okay.”
Intan Suraya melabuhkan punggungnya ke tanah. Dia memanggil Zuhairi untuk duduk bersamanya.
Kini mereka menghadap pemandangan indah di hadapan mereka.

“Em, akhir sekali lelaki tuh bertemu dengan perempuan tu kan.”
Intan Suraya cuba membantu Zuhairi untuk menyambung ceritanya.
Zuhairi hanya mengangguk sahaja.

“Lepas tu mereka berkawanlah.”
Intan melemparkan senyuman kepada Zuhairi.

“Berkawan?”

“Yelah, mereka berkawan.
Macam kita.”
Intan memandang ke arah Zuhairi.
Zuhairi hanya tersenyum.



            Dalam tidak sedar, Zuhairi kini sudah menemui kawanya. Mungkin pertemuan ini tidak di rancang oleh mereka, tetapi ianya sudah tertulis di lembaran hidup mereka berdua. Selepas bersetuju dengan pengakhiran cerita yang dibincang bersama, Zuhairi menyambung semula ceritanya dan itu merupakan cacatan terakhir Zuhairi di dinding tersebut kerana dia sudah menemui teman baru dan bukan lagi kaku tanpa nyawa.

            Selepas pertemuan mereka, Zuhairi berlari ke pagar sekolah untuk menemui ibunya yang mungkin sudah lama menunggunya. Di depan pagar sekolah kelihatan ibu Zuhairi sedang mencekak pinggangnya. Tanpa berkata apa-apa, dia terus masuk ke dalam kereta.

“Pergi mana tadi, lama ibu tunggu kat sini.”
Kata ibu Zuhairi sambil menutup pintu kereta.

“Jumpa kawan.”
Zuhairi berkata dengan perlahan.
Ibunya terdiam seketika.



“Ibu, esok tolong buatkan dua bekalan makanan.
Satu untuk Hairi lagi satu untuk kawan Hairi.”
Kata Zuhairi.

Ibunya hanya tersenyum. Mungkin dia gembira kerana anaknya kini sudah pandai berkawan. Mula dari saat itu, hubungan Zuhairi dengan Intan menjadi rapat. Setiap hari mereka akan makan bekalan yang di bekalkan oleh ibu Zuhairi bersama-sama di tempat pertemuan mereka. Mungkin Zuhairi menghentikan penulisannya di dinding tersebut tetapi di saat itu juga adalah satu permulaan episod perkenalan mereka berdua. Mula-mula agak sukar dan kekok Zuhairi untuk berkawan kerana tiada pengalaman mengenai perkara tersebut. Hasil bantuan dari Intan Suraya lama kelamaan Zuhairi dapat membiasakan diri.

“Cepat betul masa berlalu.”
Intan Suraya, sambil memandang ke arah Zuhairi.

“Tulah, minggu depan minggu UPSR.
Lepas tu, cuti. Lepas cuti masuk sekolah menengah pulak.”

“Bestkan dah besar.
Lepas ni saya nak masuk asramalah. Nak jauh-jauh sikit.”

“Ouh yeke.
Kalau macam tuh awak kena janji dengan saya, masa hari terakhir sekolah jumpa saya dahulu tau sebelum balik. Mungkin kita susah nak berjumpa lagi lepas ini. Lagipun saya ada sesuatu nak bagi dekat awak”
Zuhairi tersenyum.

“Okay. Saya janji.”
Intan Suraya membalas senyuman Zuhairi.
Jari kelinking mereka berdua bertemu sebagai simbol kepada perjanjian mereka.


28 Oktober 1994
Hari terakhir persekolahan.

            Seperti yang dijanjikan Zuhairi datang untuk menemui Intan Suraya untuk kali terakhir kerana esok akan bermula cuti panjang. Selepas itu, mungkin mereka akan mencari haluan masing-masing dan sukar untuk berjumpa. Zuhairi datang ke tempat biasa di belakang sekolah tempat yang menjadi detik permulaan perkenalan dia dengan Intan Suraya.

            Zuhairi datang ke tempat tersebut lebih awal kerana ingin melakukan persiapan ringkas. Sampai sahaja di situ, dia terus mengemaskan kawasan yang di penuhi daun kering untuk dijadikan tempat duduk mereka berdua nanti. Setelah berkemas, Zuhairi duduk seketika. Dia menjeling ke arah jam tangannya. Kelihatan jam sudah menunjukan pukul 12.15. Ini bermakna sudah 10 minit masa persekolahan sudah tamat. Dalam fikiran Zuhairi, mungkin Intan Suraya dalam perjalananya ke sini. Zuhairi terus menunggu kehadiran Intan Suraya.

            Kini sudah 30 minit berlalu, namun kelibat Intan Suraya masih tidak kelihatan lagi. Zuhairi semakin risau kerana ibunya mungkin sudah lama menunggunya di pintu pagar sekolah. Mungkin juga Intan Suraya lupa akan pertemuan ini. Pelbagai tanggapan negatif mula menyelinap masuk di pemikiran Zuhairi.

           
Masuk minit ke40 Zuhairi menunggu, dia membuat keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut. Walaupun berat untuk kaki melangkah, namun keadaan telah memaksanya. Dia merenung ke arah hadiah yang ingin di beri kepada Intan Suraya. Ianya merupakan sebuah telefon bimbit yang di belinya menggunakan duit tabung. Telefon bimbit menjadi pilihan kerana untuk mengekalkan hubungan mereka berdua agar tidak terputus walaupun bersekolah di berlainan tempat nanti. Zuhairi sangat menghargai Intan Suraya kerana dia adalah kawan pertama Zuhairi dan banyak membantu dirinya. Mungkin tiada jodoh untuk mereka berdua. Keindahan yang sementara itu kini tinggal kenangan dalam cacatan hidup Zuhairi. Sejak dari hari itu, Zuhairi tidak bertemu lagi dengan Intan Suraya dan masih tertanya-tanya di mana Intan Suraya berada.

Bersambung...