Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Thursday, December 1, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak Kelapan- Ikatan semakin rapuh.


“Memang betullah, Fifi yang amik baju tuh.”

“Taklah, ini semua Kira yang rancang.”

“Mana kau tahu?”
Sarah memandang ke arah Lisa.

“Okay, kau tengok betul betul eh.
Adrina nampak Fifi pakai baju dia.
Kalaulah Fifi yang amik baju tuh.
Berani pulak dia pakai baju curi dekat majlis yang ramai orang macam tuh.
Dan for sure Adrina akan ada dekat tempat tuh.
Dia tak takut ke Adrina bogelkan dia dan rampas baju tuh.”
Lisa jawab dengan penuh keyakinan.

“Mana tahu dia saje je nak cari pasal dengan Adrina.
Dia saje je nak buat kecoh.
Lepas tu, masa kem, dia yang duduk sekhemah dengan Adrina.
Dia je yang tahu Adrina bawa apa, kat mana Adrina letak.
Kan.. ?”

“Tapi dia kan kawan Adrina.
Lagipun takde motif dia nak curi, lepas tuh buat kecoh.
Diakan kawan baik Adrina.
Takanlah dia buat macam tuh”
Kata, Lisa.

“Ini semua Kira punya rancangan.
Dia saje je nak bagi Adrina gaduh dengan semua kan dia.
First, dia keluarkan Eaz dari hidup Adrina dengan cara menghalang Eaz dari berjumpa dengan Adrina.
Sekarang pulak dia cuba keluarkan Fifi dengan cara Fifi dipersalahkan atas kehilangan barang Adrina, walaupun Fifi tak buat semua tuh.”

“Betul jugak eh.
Tapi Adrina kan baik.
Takan dia nak buang kawan dia macam tuh je.
Lagipun Adrina masih ada keraguan dengan kebaikan Kira.”


Dewan Balairungseri di lengkapkan dengan hiasan yang memukau. Mereka di hidangkan dengan makanan mewah yang tersedia di meja bulat serta dihamparkan dengan kain putih sesuci burung merpati supaya tampak elegen. Meja bulat tersebut di sempurnakan dengan sekuntum mawar merah yang segar dan sedap saujana mata memandang. Di dinding-dinding dewan, turut di hiasankan dengan lampu-lampu yang mempunyai neon indah.

Tetamu majlis makan malam tersebut yang terdiri daripada dif-dif terhormat, kakitangan universiti dan para pelajar Setiawan sendiri turut memeriahkan majlis dengan pakaian yang sememangnya mengancam nafsu. Namun ada segelintir manusia yang masih melanggar undang-undang fesyen.


Kira dan Adrina masuk ke pintu utama dengan megahnya. Sememang benar, ini kerana mereka mendapat perhatian yang lebih dari para tetamu yang lain terutamanya kaum Adam.
Kira dan Adrina duduk di meja yang sudah diletakan nama mereka berdua.

“Weh, Adrina tengok tuh,
kawan kau Eaz dengan Fifi.”
Kira menujuk ke arah mereka.

“Mana?”
Adrina bertanya.

Adrina memandang ke arah Fifi.

“Oh my g-string..”
Adrina berkata.

“Kenapa?”

“Fifi pakai baju aku yang hilang tu.”

Adrina bangun dari kerusinya. Dengan perasan amarah yang memuncak, Adrina cuba untuk mendapatkan Fifi yang tidak jauh darinya. Namun sempat di tahan oleh Kira.

“Kau nak pergi mana Adrina?”

Adrina memandang ke arah Kira.

“Kau nampak tak tuh.
Fifi pakai baju aku.
Takan aku nak jadi orang bodoh je duduk kat sini tengok baju aku budak tuh yang pakai.”

Kira tersenyum.

“Adrina, kau pandang muka aku jap.”

Adrina akur dengan arahan Kira.

“Cuba kau bawa bertenang.
Kau duduk jap.”

“Kau tuh orang berpelajaran.
Takan senang senang je kau nak jatuhkan air muka kau
nak pergi bergaduh dekat depan orang ramai.
Itupun kalau betul itu baju kau.
Buatnya itu bukan baju kau.
Tak ke kau malu.”
Kira menasihati Adrina.

Adrina terdiam dan terus terduduk.

“Habis kau nak aku buat apa?”

“Kau tanya dia betul betul.
Tanya dia baik baik.
Bukannya pergi terus serang macam orang gila.
Betul tak?”

Adrina merenung jauh.

“Tapi aku rasa itu bukan baju kau.
Takan dia berani pakai baju curi datang majlis macam nih.”
Kira cuba meyakinkan Adrina.

Adrina memandang ke arah Kira.
Kira mengangkat kening dan bahunya sambil membuat mulut.


Eaz terjaga akibat dari cahaya matahari terang terpancar dari tingkap biliknya yang baru sahaja di buka oleh rakan sebilik, Amir.

“Hey kawan.”

Eaz mengecikan matanya kerana teralalu silau.

“Jom makan.”
Amir, yang sedang membetulakan rambutnya di hadapan cermin.

“Aku tak bersedia lagilah nak makan pagi pagi macam nih.”
Eaz berkata sambil menguap.

“Pagi?
Sekarang dah pukul dua setengah, takan pagi lagi kot.”

“What?
Ouh, asal kau tak kejut aku awal awal.”
Eaz mengaru garu kepalanya.

“Tak kejut kau kata.
Sampai bengkaklah tangan aku nih pukul kau nak kejutkan kau bangun subuh tadi,
kau kata aku tak kejut.”

“Ouh yeke.
Kau nak pergi mana nih.”

“Makanlah.
Jom arr, kita tak pernah lepak makan sama-sama,
Kau asyik berkepit je dengan perempuan tuh.
Sape nama dia.
Kiah..
Entah.”

“Adrinalah.”
Eaz membetulkan Amir.

“Haaa, Adrina.”

“Itu dulu sekarang..
Entahlah.”

“Asal?
Kau dah putus ke?”

“Putus ape bende nya.
Sambung pun tak penah.
Dia tu kawan jelah.”

“Ouh yeke?
Ape ape jelah.
Kau nak ikut tak nih.
Jom arr.”

“Jap aku check phone jap.”

'1 message received'

Weh Eaz aku tunggu kau kat Ria Cafe
Cepat sikit
Aku lapar nih.

Adrina
23 okt 2011
2.00 pm

“Alamak, aku tak boleh gerak dengan kau lah.”
Eaz berkata.

“Takpe.
Aku faham.
Aku gerak dulu ahh.”



“Mana budah nih.
Selalu macam nih.”
Adrina sedang melihat jam Guess berwarna merah sambil mengerutkan dahinya.

Adrina dengan sendirinya merasakan gegaran yang amat layan. Pusat gegaran tersebut berada di pehanya. Dia terus menegluarkan telefon bimbit capuknya dan cuba mengangkat panggilan tersebut.

“Hello Adrina speaking.”

“Adrina!
Jom lah lepak bilik aku.
Aku baru je order pizza.
Banyak gila.
Aku ingat roommate aku layan pizza.
Sekali semua on diet pulak.
Jom lah lepak bilik aku.
Makan pizza sambil tengok korea.
Hero dia hensem kot.”

“Loh, yeke.
Okaylah tu.
Aku pun sedang kebuluran ibarat bunga mekar di siang hari.”

“Apa kene mengene bunga mekar dengan lapar kau.”

“Kau tak tahu ke?”

“Tak.”

“Itulah tandanya aku dah lapar
Jom.
Bilik kau tinggkat lima kan?”

“Yup, ada nama aku lah, Kira dengan gamba yang comel tuh.”

“Baguslah.
Jap lagi aku terpacak di depan bilik kau.”
.
Adrina mematikan panggilanya bersama Kira dan terus bergegas di blok Tanjung Tertunjang.
Mungkin Adrina sudah terlupa temujanjinya dengan Eaz.
Eaz pula baru sahaja memunculkan dirinya selepas Adrina beredar dari Ria Cafe.
Mata kuyu Eaz meliar mencari dan mengesan kelibat Adrina ibarat GPS, di cafe tersebut.
Namun pencarianya gagal dan sudah terang tidak perlu disuluh lagi, Adrina telah pergi ber-korea bersama dengan kawan barunya Kira.

Sudah berkali kali Adrina mendustakan janjinya dan hanya bermanis bicara. Terlintas di fikiran Eaz, bahawa Adrina tidak memerlukan dirinya lagi. Dia sudah ada pengganti. Gantian yang lebih baik dan mungkin akan menjadi gantian kekal abadi.

“Lebih cocoklah Adrina berkawan dengan kaum yang serumpun denganya. Kerana mereka lebih mengetahui kehendak diri masing-masing.”
Eaz berfikiran positif.

Eaz terus melupakan hal tersebut kerana tidak mahu membebankan fikiranya. Dia terus fokus kepada kehendak nafusnya yang sedang membuak buak untuk makan.
Eaz mula membuat pilihan. Dia sebernarnya mempunyai masalah yang tersendiri untuk memilih makanan yang hendak dimakan. Setelah kaki penat berdiri dan desakan yang kuat dari bahagian perut dia terus membuat pilihan untuk makan di gerai Pak Cik Bakar.

“Aa~ bang, nasi goreng bujang satu dengan air sirap limau satu.”

Pak Cik Bakar hanya mengangguk tanda mengerti apa yang dimaksudkan oleh Eaz. Pak Cik tersebut mengarahkan anak buahnya untuk menyediakan pesanan Eaz tadi. Dengan megahnya, anak buah Pak Cik Bakar tersebut tidak mencuci tangan kerana dia baru sahaja memendekan jangka hayat hidupnya dengan menghisap rokok. Niat di hati Eaz ingin menegur, namun apakan daya bertahan cuma di pinggiran yang memilukan. Jika kita pandang dari sudut kebersihanya, memang tindakan anak buah Pak Cik Bakar tersebut di anggap tidak bersih dan boleh membawa penyakit kepada pengguna. Mungkin dia malu untuk menegur.

Setelah beberapa minit berlalu, makanan yang dipesan sudahpun siap, dan dengan lafaz Bismillah, Eaz menjamu makanan tersebut. Sedang khusyuk Eaz menikmati makananya,

“Oi, sorang je?”
Amir menegur.

“Yup, biasalah jejaka sepi.”

“Tadi aku ajak makan sama tak nak.
Nak jugak makana dengan sape nama dia tuh.. Bedah kan?”

“Adrina lah.”

“Ahh, Adrina.
Aku asyik lupa je nama dia.
Mana dia nih?”
Amir bertanya.


Kelihatan setitis air mata Kira mengalir.

“Kira! Kau nangis.”
Tegur Adrina.

“Mestilah, sedih kau tahu tak.
Kenapa dorang tak boleh bersama, kenapa kena berpisah.”


“Alah kau nih, biasalah drama korea.
Last-last nanti, dorang akan bersama jugak.
Memang typical drama korea, hero akan bersama dengan heroinnya.
Takyah nak sedih sangatlah.”

“Yelah,
Eh, esok ada pesta buahkan?
Jom pergi, nak tak?”

“Pesta buah?
Macam best je.”

“Mestilah best.
Kau bayar 20 ringgit je, lepas tuh makan sampai lebam.”

“Wow, bestnya.
Esok kita pergi ye.”


Tidur Eaz terganggu. Dia terpaksa membuka matanya. Dia merasakan sesuatu yang menucuk-nucuk dirinya. Detik demi detik rasa sakit tersebut bertambah dan menjadi parah. Eaz tidak dapat menahan kesakitan tersebut. Dia terus bergegas meninggalakn biliknya. Eaz berlari menuju ke suatu tempat dan sampai sahaja di tempat tersebut, dia terus menutup pintu yang berda di hadapanya.

Putttt~

Dengan lajunya cecair keluar dari dubur Eaz. Sakitnya tidak terkata. Eaz mula memikir, apakah penyebabnya dia mendapat sakit yang sebegini rupa. Terlintas di fikirnya, anak buah Pak Cik Bakar yang tidak membasuh tangannya selepas menghisap rokok dan Eaz terus membuat kesimpulan bahawa itulah penyebab dia mendapat sakit yang di alami sekarang.

Cecair tersebut terus mengalir, dan kadang kala ianya tersekat, seterusnya di ikuti oleh bunyi yang sangat kuat.

Putt~

Kesakitan yang amat perit di rasai oleh Eaz di bahagian perutnya. Perutnya memulas mulas seperti kain yang di perah dengan kuat. Namun Eaz dengan tabah mengharungi kesakitan yang amat dasyat.
Berkali-kali Eaz berulang alik dari biliknya ke tandas. Memang perit kesakitan yang di alami.

Di pagi hari, Eaz yang sedang berselimut kerana kesejukan, keadaan ini akan terjadi apabila kesemua cecair di dalam badan dikeluarkan dan perut menjadi kosong. Angin mula menyusup masuk ke dalam perut. Badan pula akan menjadi sejuk. Eaz terasa untuk memakan sesuatu namun mengalami kesulitan kerana badanya lemah dan sukar untuk bergerak.

Dia ingin meminta bantuan dari rakan sebiiknya, Amir tetapi Amir tiada di dalam bilik. Seterusnya dia terus menelefon seseorang.

“Hello Adrina.
Tolong aku.”

“Haaa Eaz.
Apehalnya?”

“Aku sakit doh.
Tolong belikan makanan untuk aku.
Nanti aku tunggu kau dekat bawah blok aku.”

“Alamak Eaz.
Aku kat pesta buah nih.
Aku baru je masuk.
Tak sempat makan lagipun.
Kalau aku keluar burn lah 20 ringgit aku.”

“ Tolonglah weh,
Aku tak tahan nih.
Please.”

“Cuba kau minta tolong roomate kau.”

“Okay lah.”

Eaz terus mematikan telefonya.
Dia tidak dapat menahan kesakitanya.
Dengan sendirinya mata Eaz tertutup.


Eaz.
Eaz..

Kedenganran nama Eaz dipanggil. Dia dengan perlahan membuka matanya. Kelihatan Amir berada di hadapanya.

“Kau macam tak sihat je.
Ni aku ada panadol pastu amik air botol nih.
Kau makan ubat ni,
jangan tak makan pulak.
Dengan prihatinnya Amir berkata.

“Haaa. Amir
Kau boleh tolong belikan makanan untuk aku tak?”
Kata Eaz.

Amir tersenyum.


Eaz tersentuh dengan perbuatan Amir tersebut. Dia juga rasa bersalah kerana ini dia sering menolak permintaan Amir yang ingin makan bersama sama dengannya. Eaz bukan sengaja ingin menolak permintaan tersebut, dia terpaksa membuat sedemikian kerana dia sering memberi keutamaan kepada Adrina dalam semua perkara, Namun tindakan Adrina pada hari ini cukup mengecewakan Eaz.


Tiga selepas kejadian itu berlaku. Mereka dipertemuakan semula setelah tiga hari tidak bersua muka. Adrina sedang menaiki tangga ke cafe Setiawan, anak matanya memandang ke arah seorang lelaki yang agak dikenali. Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah Eaz.
Dia mendekati Eaz.

“Hai Eaz.
Mana kau pergi tiga hari tak nampak?”

“Aku ada je.”

“Ouh, yeke.
Weh cane kau punya sakit perut.
Dah okay belum?”

“Bolehlah.
Weh aku ada class lah.
Aku gerak dulu”
Eaz terus meninggalkan Adrina.

“Aik, hari ni kan sabtu.
Takan ade kelas kot.”
Bisik Adrina sendirian.

Adrina mula menyedari Eaz sudah berubah. Mungkin atas kesilapan dirinya sendiri.

“Hai Adrina!”
Ada suara dari belakang sedang meneggurnya. Adrina menoleh kebelakang.
Kelihatan Fifi melamparkan senyuman kepadanya.
Fifi terus melangkah pergi hanya menegur Adrina dan dia terus bersama dengan rakan-rakanya yang lain.

Adrina memerhati setiap gerak geri Fifi.
Adrina tersentap apabila Fifi mengeluarkan telefon bimbitnya.
Telefon bimbit yang dimiliki oleh Fifi sama seperti telefon bimbit Adrina yang hilang di kem hari itu.








“Aku dah kata, Fifi yang amik.
Kau tak caya .
Hari tu, dia pakai baju sama dengan Adrina punya.
Kali pulak dia pakai telefon Adrina pulak.
Kata Sarah sambil memandang wajah Lisa.


Bersambung..
Nantikan Episod Kemuncak Generasi La Nouvelle pada episod yang akan datang.
 Episod Sebelumnya