Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Saturday, January 28, 2012

Generasi La Nouvelle:Babak Kesepuluh-Episod Akhir(Segalanya)


Jangan lupa untuk like page ini untuk episod terbaru dari ceritamatapenselku.blogspot






-Generasi La Nouvelle-




Adrina melintasi bangunan A Universiti Setiawan. Hari ini dia keseorangan tanpa ditemani oleh rakanya yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Sebenarnya dia masih lagi belum pulih sepenuhnya. Tetapi dia memberanikan diri untuk berjalan keseorangan.

Langkah demi langkah Adrina berjalan dengan perasaan yang tenang. Namun, di segenap ruang hatinya, dia masih memikirkan tentang Danial. Tiba-tiba, dia merasakan dirinya di ikuti oleh seseorang.Adrina mempercepatkan langkahnya. Dia tidak berani menolah ke belakang.

“Adrina!”

Kedengaran suara dari arah belakang memanggil nama Adrina. Dia terus berlari tanpa menghiraukan suara tersebut. Namun Adrina, sangat mengenali suara tersebut.

“Adrina!”
Suara tadi memanggil lagi.

Langkah Adrina terhenti di persimpangan. Dia cuba bersembunyi di bilik kuliah yang berdekatan. Adrina tidak larat untuk meneruskan pelariannya. Dia duduk di sudut belakang bilik kuliah dan berharap orang tadi tidak dapat menegsan lokasinya.

Adrina cuba memperlahankan pernafasanya supaya dirinya tidak di ketahui oleh orang tersebut. Dia mendengar tapak kaki seseorang sedang memasuki bilik kuliah tersebut. Jantung Adrina berdegup laju.
Namun, orang tadi hanya singgah sekejap sahaja. Mungkin dia tidak mengetahui Adrina berada di situ. Dia terus meninggal bilik kuliah tersebut.

Adrina sudah tidak mendengar lagi tapak kaki orang tersebut dan Adrina beranggapan orang tadi sudah meninggalkan bilik tersebut. Dia cuba meninjau sedikit untuk memastikan tanggapannya benar. Ya, memang benar, tiada sesiapa yang berada di bilik kuliah tersebut. Adrina sudah berjaya melepaskan diri dari orang yang menegejarnya tadi.

Dia meninggalkan bilik tersebut. Adrina terus berjalan dan cuba keluar dari bangunan ini secepat mungkin. Tetapi dia berhati-hati dengan pergerakannya kerana takut orang tadi muncul kembali. Adrina menekan butang lif untuk turun ke bawah.

Tidak lama kemudian, lif sudah tiba dan bersedia untuk melakukan perkhidmatanya. Pintu lif terbuka dengan perlahan. Danial tersenyum. Adrina pula terkejut dan melarikan diri. Namun, Danial sempat memegang tangan kiri Adrina.

Adrina cuba melepaskan genggaman Danial. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Kesabaran Danial sudah hilang. Dia menampar Adrina dengan kuat. Adrina terjatuh ke dinding. Kepalanya terhantuk dan mengalami pendarahan besar.

“Kau nak lari mana lagi.
Dah muak aku kejar kau.”

“Kau nak ape ah?
Tak cukup apa yang kau dah buat pada aku?”

“Kurang ajar!”
Danial menjerit.

Dia mencekik Adrina dan menamparnya beberapa kali. Adrina sukar untuk bernafas. Kesakitan di bahagian leher tidak dapat ditahan lagi. Danial mencampakan Adrina ke lantai dan dengan perasaan marah yang memuncak, dia memijak Adrina berkali-kali.






Genarasi La Nouvelle: Episod Akhir-Segalanya

“Asal pulak tiba-tiba pasal Danial nih.
Siapa pulak Danial tuh?”
Sarah menggaru-garu kepalanya.

“Tulah, pasal aku pun dah jadi tak faham dah, tiba-tiba pulak cerita pasal rogol.
Tapikan kalau kau baca balik, yang masa dorang pergi kem hari tuh.
Adrina dengan Eaz ada bincang pasal Danial jugak tau.
Sebab dorangkan sebelum nih pernah pergi kat hutan rimba tuh.
Lepas tuh, Adrina ada cakap dekat situlah dia kenal Danial.
Tapi Eaz macam tak suka, Adrina cakap pasal Danial.
Mungkin sebab Danial tuh orang jahat kot.”

“Aahhh, yes.. yes..
Aku ingat.
Ouh, sebab tulah, Adrina cakap,
Danial datang untuk balas dendam.
Tapikan, apa yang Adrina dah buat sampai Danial jadi ganas macam tu sekali.”
Sarah memandang ke arah Lisa dan mereka berdua memandang sesama sendiri.


Eaz menegguk air tin yang baru dibeli sebentar tadi.
Dia berjalan menghampiri seseorang.

“Air?”
Eaz menghulurkan air.

“Terima kasih.”

“Asal mata kau lebam nih.
Mimpi lagi eh?”
Eaz bertanya.

Adrina mengangguk sahaja.

“Rileks lah, mimpi je.”

“Aku takutlah.
Sekarang ni pula, Kira jauhkan diri dari aku.”
Adrina berkata sambil memandang ke arah Kira yang sedang makan bersama Ady.
Kira memandang Adrina, namun dia terus mengalihkan pandanganya seakan- akan tidak menyukai Adrina.
Tidak lama kemudian, Kira mengajak Ady untuk beredar dari tempat mereka.

“Kau nampak tak tuh?”
Adrina mengeluh.

“Takpelah, benda nih semua amik masa.
Mungkin dia tak boleh percaya lagi kot.
Lama-lama okelah tuh.”
Eaz memegang bahu Adrina.

“Eh, apa cita kes rogol kat kolej kita nih.
Dah 5 hari tak boleh keluar.”
Aku nampak polis hari-hari keluar masuk.
Tapi, takde apa-apa perubahan pun.
Sama je.”
Eaz menyambung percakapanya.

“Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je, bila dengar pasal kes rogol nih.”
Adrina masih dalam ketakutan

“Takde apa-apa lah.
Perasaan kau je tuh.”

“Tapi aku ada rasa something.
Something yang mungkin buruk.
Kata Adrina.
Eaz memandang ke arah Adrina.

Berbualan Eaz dengan Adrina didatangi oleh seorang perempuan yang tidak dikenali. Perempuan mengambil tangan Adrina dan meletakan sebuah bungkusan yang dibalut dengan kertas warna. Selepas itu perempuan tadi terus meninggalkan Adrina dan Eaz dalam keadaan yang tegesa-gesa.

Adrina tidak pasti apakah yang ada dalam bungkusan itu. Dia membuka dengan perlahan.
Di dalm bugkusan itu terdapat sebuah kotak yang berwarna merah. Tanpa membuang masa, Adrina membuka kotak merah tersebut.Adrina terkejut lalu membaling kotak tersebut. Kelihatan sehelai tuala yang berlipat rapi di dalam kotak.

“Kenapa Adrina?”

“Tuala tuh.”

“Kenapa dengan tuala tuh.”

“Tuala tuh Danial pernah kasi dekat aku, masa kita orang kenal dulu.”

“Kalau tuala tuh ada dekat sini,
Maknanya..”

Tiba-tiba kedengaran suara perempuan menjerit.
Adrina dan Eaz memandang ke arah suara itu.
Kelihatan perempuan yang memberi bungkusan kepada Adrina tadi yang sedang menjerit ketakutan.

Pelajar yang lain, cuba membantu perempuan tersebut.
Adrina mengajak Eaz untuk mendekati perempuan ya.
Suasan di situ agak tegang kerana perempuan tadi masih lagi menjerit.

“Sekejap Eaz,
Aku nak cuba tenangkan dia.”
Kata Adrina.

Eaz cuba menghalang, tetapi Adrina tetap dengan keputusanya.

Adrina cuba mendekati perempuan tadi.
Secara tiba-tiba perempuan tadi memandang Adrina dengan pandangan yang tajam.
Dia berhenti menjerit seketika.
Selepas itu, dia menjerit semula sambil menuding jari ke arah Adrina.

“Kau!!!
Kau!!!
Kau yang dia cari..
Kau!!!!”
Kata perempuan itu sambil menjerit.



Adrina megeringkan rambutnya di bilik. Dia masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku petang tadi. Muka perempuan tadi, masih membayangi Adrina. Begitu juga dengan ayat yang dikeluarkan oleh perempuan itu, sangat menakutkan Adrina.

Adrina mencari telefon bimbit di dalam beg tangannya. Sedang dia meraba-raba beg tangannya, dia terpegang sekeping kad yang keras. Tedapat beberapa baris ayat yang terukir di permukaan kad.

'Masih kau ingat lagi tuala tuh sayang?
Bilakah kita berjumpa?
Aku akan tunggu kehadiran kau.'

ikhlas,
Danial

Dengan pantas Adrina terus mengoyak-goyak kertas tersebut dan segera membuangnya ke dalam tong sampah. Adrina terus duduk di atas katil dan memeluk bantalnya. Dia semakin rungsing dengan keadaan yang tidak terkawal ini.


Keesokan harinya Eaz dan Adrina makan di tempat biasa. Adrina sangat bergantung kepada Eaz dalam situasi begini. Itu yang dinamakan pergorbanan seorang kawan. Eaz sedaya upaya cuba melindungi Adrina. Keadaan ini memang sukar untuk diterima oleh sesiapapun.

“Adrina kau tunggu sini,
Aku nak beli makanan jap.
Jangan pergi mana-mana, selagi aku tak sampai.”
Eaz dengan muka yang serius

Adrina hanya mengangguk sahaja. Dia melihat sekeliling cafe secara rawak. Matanya tertumpu kepada seseorang. Kira dan Ady sedang berjalan ke arah cafe. Adrina terus bangun dan cuba mendapatkan Kira.

“Kira!!
Kira!! Tunggu!!”
Adrina menjerit.

Kira memandang ke arah Adrina lalu dia cepat-cepat melarikan diri.

“Kira!!
Tungguu!!”
Adrina menjerit lagi.

Kira tidak menghiraukan suara tersebut dan terus mempercepatkan langkahnya. Adrina cuba mengejar. Setelah Kira dan Ady jauh meninggalkanya, dia sudah tidak mampu untuk meneruskan perjalananya.

“Kenapa kau buat aku macam ni Kira.
Aku tak bersalahpun.”
Adrina mengeluh.

Tiba-tiba Adrina baru tesedar dia sudah jauh daripada cafe tadi dan berada di kawasan yang tiada orang. Adrina pantas cuba kembali ke cafe tadi. Mungkin Eaz sedang mencarinnya.

Adrina merasakan ada sesuatu yang sejuk di lehernya. Benda itu membuatkan Adrina, terpaksa menahan nafasnya.

“Sebelum pisau ini putuskan leher kau.
Lebih baik kau ikut aku.”


“Mana budak ni?
Aku dah kata jangan jalan-jalan.
Degil betul budak ini.”
Eaz mencari Adrina di sekeliling cafe.

“Hai Eaz, cari siapa?”

“Eh, Miss Amanda.
Tak, saya cari Adrina.
Mana entah budak nih.”

“Ouh, dah baik balik?”

Eaz ketawa kecil.
“Gaduh budak-budak miss.
Sekejap je.”


Adrina memerhatikan gerak-geri Danial di hadapannya.
Dia sudah pun di bawa ke bilik yang agak sunyi dan gelap
Adrina tidak dapat begerak kerana dia duduk di atas kerusi dan kaki serta tangannya di ikat.

“Puas aku cari kau Adrina.
Kenapa kau lari dari MSU.”
Danial mula berbicara

“Sebab aku benci tengok muka kau.
Lepaskan akulah!”
Adrina cuba memberontak.

“Shh.. shh..
Janganlah macam ni sayang.
Abangkan ada.”
Danial meletakan jarinya di bibir Adrina.

Adrina cuba melawan.

“Sebabkan kau, aku di gantung universiti 4 semester
Sebabkan kau jugak aku dengan keluarga aku tanggung malu bertahun lamanya.”
Danial mula berkeras.

“Padan dengan muka kau.
Itupun, nasib baik aku tak beritahu perkara yang sebenar.
Kalau aku bagi tahu yang kau dengan kawaan-kawan kau rogol aku.
Tentu kau dah mengemis dalam penjara.

“Eh, hello!
Siapa yang rogol kau.
Kita orang cuma ringan-ringan je, tak sempat nak masuk pun.
Lepas tu kau terus pengsan.
Yelah mungkin badan kau lebam, itupun sebab kau melawan
So terpaksalah berkasar sikit.”
Jelas Danial.

Adrina terdiam.

“Eh, aku nak tanya kau.
Kenapa kau tak bagi tahu je polis yang kau kene rogol?
Kau tak bagi tahukan, kau buat statement yang ada cubaan merogol.
Sebab kaupun tak pasti yang kau di rogol atau pun tak.
Betul tak?”

Adrina terus membisu.

“Haa, kenapa diam.
Betulkan apa yang aku kata.
Kita orang buat macam tu pun sebab kau Adrina..
Sebab kau penipu, kau suka mempermainkan perasaan lelaki.”
Danial melepaskan kemarahannya.

“Cukup-cukup!
Aku tak nak dengar semua nih lagi.”
Adrina menjerit sambil menangis

“Kenapa?,
kau takut dengan kisah silam kau sendiri?”

“Itu, dulu Danial...
Itu dulu..
Sekarang aku dah berubah..
Please Danial..”

“Dah terlambat Adrina...
Semuanya sudah terlambat.”
Danial merendahkan suaranya.

“Kenapa, baru sekarang Danial.
Kenapa sekarang...”

“Sebenarnya, aku dah lama perhatikan kau.”
Danial tersenyum sinis.

“Apa maksud kau?”
Adrina cuba mencari merungkai persoalan.

“Kau rasa, siapa curi barang kau,
baju.. hand phone.. duit...
masa kau dekat kem hari tuh.”
Danial merenung Adrina.


Adrina terkejut.

“Rupa-rupanya ini semua kerja kau.
Kau memang tak guna Danial.

Danial ketawa dengan bangga.

“Aku amik barang kau, masa kau pergi tolong Suraya yang kononya nampak hantu.
Aku saje je kacau Suraya tu, sebab aku tahu dia penakut.
Kebetulan pulak, Fifi lalu. Memang senanglah kerja aku.
Aku yakin yang Fifi akan minta bantuan dari kau, sebab dia tak rapat dengan Suraya.
So, bila kau dengan Fifi pergi ke khemah Suraya, khemah kau akan kosong.
Masa tu aku gunakan untuk amik barang-barang kau.”
Danial tersenyum sinis.

Muka Adrina berubah.
“So, macam mana pulak baju aku boleh ada pada Fifi.”

“Jawapannya sangat senang Adrina.
Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan aku.
Macam tulah jugak si Fifi tu cair tengok muka aku yang jambu nih.
Aku sahaja cuba nak keroh lagi keadaan dan cuba membuat seolah-olah baju tu Fifi yang curi.
So, aku cuba berkenalan dengan dia, lama-lama kita orang rapat.
Aku bagi baju tu sebagai tanda cinta dan kasih aku kepada Fifi.
Kebetulan dia sangat memerlukan baju untuk majlis makan malam tuh.”

“Kau memang seorang yang kejam Danial.”

“Adrina..
Adrina..
Kau nak tahu tak sebenarnya kau yang membuat aku jadi kejam.
Kau sedar tak tuh?”
Danial memegang rambut Adrina.

“Apa yang kau sebenarnya dari aku?”
Adrina cuba melawan.

Danial ketawa kejam.

“Alang-alang aku kau tuduh sebagai perogol.
Padahal aku tak buat benda tu semua.
So, hari ni kita kan lakukanya bersama.”
Kata Danial sambil membuka satu persatu butangnya.

Adrina menjerit ketakutan. Danial sudahpun melucutkan bajunya. Dia semakin menghampiri Adrina. Tangan Danial menyentuh pipi Adrina.

“Jangan bergerak
Letakkan senjata anda.”
Danial terus memandang ke arah suara tersebut.
Kelihatan dua orang yang lengkap berpakaian uniform polis mengacukan pistol ke arah Danial.
Sejerus selepas itu, Kira dan Ady memasuki bilik tersebut.
Kira memandang ke arah Adrina.

“So, awak dengan Adrina dah baik lah ni?”

“Macam tulah,
Miss dah makan ke?”

“Dah,
tadi dengan kawan saya.”
Miss Amanda menjawab.

Eaz merasakan suatu gegeran di peha kirinya. Dia mengambil telefon bimbit dan melihat di skrin telefonya.

'1 message received'

Eaz tekan butang untuk membaca SMS yang diterimanya.

I need you, please


Suraya
23.9.2011
2:20pm

“Suraya..”


“Terima kasih, Kira.”
Adrina cuba memeluk Kira, tetapi Kira menepisnya ke tepi.

“You, jom balik.”
Kira mengajak Ady pergi.

Kira melangkah keluar dari bilik tersebut.
Ady berdiri dihadapan Adrina.

“Take care.”
Kata Ady kepada Adrina sambil memegang bahunya.

“Cik Adrina, sila ikut kami ke balai untuk membuat laporan.
Dan selepas itu, kita akan pergi ke klinik untuk merawat luka cik Adrinia.
Mari.”
Kata pegawai polis yang bertugas.

Kira masih ingat lagi situasi beberapa minit yang lepas.
Semasa Adrina memanggil namanya.

“Kira!!
Tunggu!!”

“You, Adrina panggil tuh”
Ady memberitahu kepada Kira.

“Biarlah dia.
I taknak jumpa dia.”
Kata Kira.

“Kesianlah dia,
Diakan kawan you.”
Ady merenung mata Kira.

Kira terdiam dan menoleh kebelakang.
Kelihatan seorang lelaki sedang meletakan pisau di leher Adrina.
Lelaki itu terus membawa Adrina ke suatu tempat
Kira tekejut dan cuba untuk menjerit.
Namun Ady sempat menutup mulutnya.

“Senyap you,
You tenang jap.
I telefon polis.”

Ady mengambil telefonnya.

“Hello polis.”


“Sampai bila you tak nak tegur Adrina?”
Tanya Ady.

“Entahlah you.
I pun tak tahu kenapa I tak boleh tegur dia.
Mungkin sukar untuk terima hakikat.”
Kira sambil memandang ke arah Ady.

“Its okay baby.”
Ady memeluk Kira untuk menenangkannya.






Eaz membuka pintu bilik wad 27. Kelihatan Suraya terbaring di atas katil.
Mukanya pucat dan tidak bermaya.

“Kenapa sekarang baru awak beritahu saya.”
Eaz berjalan perlahan menuju ke arah Suraya.

Suraya hanya membisu.
Mata Suraya mula berkaca.
Tidak lama kemudian, air matanya mula mengalir.

“Tolong saya Eaz.”
Dengan nada perlahan Suraya bersuara.

Seminggu selepas kejadian tersebut Adrina di panggil ke balai polis berkaitan dengan kes Danial.

“Emm, macam ni lah Cik Adrina.
Kami sudahpun membuat siasatan mengenai encik Danial di atas tuduhan cuba menculik awak.
Tindakan sudahpun diambil dan dendapun sudah di keluarkan.”
Pegawai polis memberi keterangan.

“So, bagaimana dengan encik Danial.”

“Ouh, sekarang ini encik Danial telah pun di bebaskan, kerana telah pun di ikat jamin.
Lagi pun kes encik Danial ini ringan kerana, ianya hanya cubaan menculik dan cik Adrina hanya luka ringan sahaja.”

“Bagaimana pula kes rogol yang berlaku di universiti saya.
Tidak ada kena mengena dengan encik Danial ke tuan?”

“Tidak, kami tidak mendapat satu buktipun yang mengatakan dia adalah pelaku kepada kes rogol di universiti cik.”

Adrina terdiam.

Tamat Genarasi La Nouvelle Musim Pertama
Untuk mengetahui kisah silam Adrina sila klik di sini

_________________________________________________________________________________

"Aku rasa nak bawak balik je dairi Eaz dengan Adrina nih.
Boleh tak?"
Lisa memeluk dairi tersebut.
"Mengadalah kau."
Sarah mengambil dairi tersebut dan menyimpannya ke tempat rak.

"Lagipun kita tak sempat habis baca lagi.
Apa jadi dekat Suraya?
Kira dengan Adrina macam mana?
Danial pulak dah dibebaskan.
Banyak lagilah."
Lisa merungut.

"Kau nak baca sangatkan.
Lepas cuti sem kita baca balik ye.
Sekarang nih, kau dah kemas barang ke belum?
Nanti bapak kau sampai, pasal tak pasal aku sekali kena marah."

"Alamak.
yelah baju aku tak kemas lagi.
Jom.. jom.."



Sunday, January 15, 2012

Generasi La Nouvelle: Babak Kesembilan-Episod Kemuncak

Daniel memegang tangan Adrina.
Mereka masuk ke dalam kereta.

"Adrina, you sayangkan i kan?"
Tanya Daniel sambil merenung tepat ke arah Adrina.

"Mestilah sayang,
Kenapa? You tak percaya dekat I ke?"

"Percaya.."
Daniel, sambil memegang tangan Erina.

Adrina pula hanya tersenyum.Tetapi pergerakan tangan Daniel semakin membuatkan Adrina menjadi tidak selesa.Tangan Daniel semakin liar apabila sudah singgah di badan Adrina.

"Daniel!"
Jerit Adrnia.

"Please Daniel, you buat ape ni?"
Tanya Adrina .

"Youkan cintakan I,
Sekarang buktikanlah cinta you."

Daniel, sambil mendekatkan bibirnya ke leher Adrina.
Adrina dengan pantas menolak Daniel dan terus berlari keluar dari kereta.

Adrina berpeluh

Adrina..
Adrina..
Adrina..

Adrina membuka matanya. Mukanya kelihatan pucat. Peluhnya tidak berhenti mengalir. Adrina di tenangkan oleh rakan sebiliknya.

''Adrina..
Kau okay ke tak?''

Adrina memandang ke arah muka rakanya dengan pandangan yang amat menakutkan.

''Aku takut weh''


Di pagi hari, Adrina cuba menguatkan dirinya untuk menghadiri kuliah. Muka Adrina kelihatan pucat dan matanya lebam kerana hampir setengah malam tidurnya di ganggu oleh mimpi yang sangat menakutkan. Wajah Danial masih segar di mindanya.
Miss Rosa melangkah masuk ke dalam bilik kuliah. Dia kelihatan serius. Miss Rosa melangkah dengan cepat. Dia meletakan barang-barangnya dan terus memulakan kelas.

''Selamat pagi kelas!
Sebelum saya mulakan kelas.
Saya akan bacakan surat perintah berkurung dari pengarah universiti.''
Dengan nada yang tegas, Miss Rosa berkata.

Semua pelajar memberikan riaksi yang pelik dan tertanya-tanya mengapa perintah berkurung dikeluarkan.

''Okay diam semua.
Dengar sini.
Saya nak baca surat ini.''

''Assalamualaikum.
Di harap semua pelajar dalam keadaan yang baik.
Pagi tadi saya dikejutkan dengan kabar berita yang kurang baik mengenai salah seorang pelajar universiti ini. Pelajar tersebut telah diserang di dalam kawasan universiti.
Saya berharap para pelajar tidak keluar dari kawasan universiti kerana kes pelajar tersebut belum selesai. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan mengeluarkan arahan supaya semua pelajar tidak meninggalkan universiti sehingga siasiatan habis dilakukan. Justeru itu, saya selaku pengarah universiti memerintahkan perintah berkurung ke atas semua pelajar Universiti Setiawan. Harap maklum.''

Muka Adrina berubah.


Selepas kelas Miss Ros, Kira cuba mendapatkan Adrina.
Sampai sahaja di meja Adrina, Kira memberikan sebotol air mineral kepadanya.
Adrina meneguk air yang diberikan oleh Kira.

''Kenapa dengan kau hari ni, babe.
Aku tengok muka kau tak bermaya je.
Matapun bengkak-bengkak.''
Kira bertanya sambil meneliti muka Adrina.

''Aku mimpi buruk semalam.
Lepas tu tak boleh tidur.''

''Lah, kenapa kau datang kuliah juga?''

''Takde papelah, sikit je ni.''

''Eh, kau tahukan pasal perintah berkurung tuh?''
Kira bertanya.

Adrina hanya menundukan kepalanya sahaja.
''Kau nak tahu kenapa pengarah buat arahan sampai macam tuh sekali.
Aku dengar budak yang kene serang tuh, sebenarnya kene rogol.
Lepas tu, aku dengar orang yang rogol budak tuh, budak universiti kita sendiri.
Sebab tulah polis keluarkan arahan jangan keluar kampus.
Sebab dorang masih tak jumpa lagi siapa yang buat keje tuh semua.
Lepas tu, kau tak perasan ke pak guard semua dah buat rondaaan setiap satu jam kat kolej kita.
Aku rasa takut pulak nak keluar jalan jalan.
Rasa nak lepak dalam bilik je.''
Dengan serius Kira berkata.

Badan Adrina tiba-tiba mengeletar.

''Malam ni aku nak tidur bilik kau.''
Suara Adrina menjadi bergetar kerana dia menggigil.

''Kenapa dengan kau ni?''

''Kira please, tolong aku.''

''Okay okay.
Kau tidur dengan aku malam nih.''

''Thank you Kira.''
Dengan pantasnya Adrina memeluk Kira.

Kira berasa pelik dengan kelakukan Adrina.


''Sorang je ke?''
Suara yang sangat dikenali oleh Eaz menegurnya dari belakang.

''Mestilah, takde orang nak temankan.''
Eaz tersenyum dan menarik tangan Miss Amanda untuk bersama di sebelahnya.

Miss Amanda tersenyum.

''Bukan awak selalu dengan Adrina ke?''
Miss Amanda bertanya.

Eaz meneguk airnya.

''Itu dulu miss.''

''Apa maksud awak, dengan dulu?''
Miss Amanda tidak mengerti.

''Takde papelah.
Ni, miss dah makan belum?''
Eaz mengangkat kepalanya.

''Belum.
Takde siapa nak suapkan.''
Miss Amanda cuba memandang ke langit.

Dengan perlahanya, Eaz cuba menyuapkan makananya di mulut Miss Amanda.
Miss Amanda menerimanya dengan hati terbuka.

''Sedap tak?''
Eaz bertanya.

Miss Amanda hanya tersenyum.

“Em, miss ada jumpa Suraya.
Dah lama saya tak jumpa dengan dia?”
Eaz cuba bertanya mengenai Suraya.

Muka Miss Amanda terus berubah.
Tiba-tiba dia rasa bersalah.

“Entahlah, sayapun tak tahu mana perginya budak tuh.”
Miss Amanda dengan suara yang tidak lancar

Eaz mengangguk dan terus kembali kepada makananya.


Di malam hari, Adrina sudah berada di bilik Kira. Mungkin Adrina akan tinggal lama di bilik Kira. Hatinya masih tidak tenang. Minda masih tidak pulih sepenuhnya. Fikiranya masih lagi bersama dengan Danial.

Kira cuba menenangkan Adrina dengan mengajak dia menonton televisyen. Mungkin Kira tersalah memilih program di televisyen. Di kaca televisyen sedang memaparkan aksi seseorang yang sedang menjadi mangsa rogol.

Secara tiba-tiba Adrina menjerit. Dia menjerit dengan kuat tanpa kawalan. Kira menjadi panik. Tetapi dia cuba menguatkan diri untuk menenangkan Adrina.

''Adrina..
Kenapa ni.
Bawak bersabar.''

''Lepaskan aku!
Lepaskan aku!''
Adrina terus menjerit.

Keadaan Adrina yang tidak stabil dan menjerit-jerit telah menarik perhatian penghuni kolej yang lain. Ada yang cuba menolong, ada juga hanya mampu melihat.
  Malam itu Adrina di tenang oleh Ustazah Jannah yang merupakan ustazah yang bertugas pada minggu tersebut.

'Eaz aku nak jumpa kau.
Penting sangat'
Eaz membaca khidmat pesanan ringkas yang di berikan oleh Adrina.
Tetapi Eaz tidak memperdulikan pesanan tersebut. Mungkin dia masih marah lagi dengan Adrina kerana perbuatan Adrina yang lampau. Tetapi Adrina kini betul betul memerlukan Eaz.

Tiba-tiba Eaz memikirkan tentang Suraya. Sudah lama Eaz tidak mendengar khabar berita dari Suraya. Eaz cuba menelefon Suraya namun cubaan Eaz gagal kerana Suraya mungkin mematikan telefon bimbitnya.


''Adrina..
Adrina..''

Adrina cuba membuka matanya. Dia mendengar suara yang sayup sayup memanggil namanya. Penglihatannya semakin terang. Kelihatan Kira melemparkan senyum yang manis ke arahnya.

''Kau okay?''
Kira bertanya.

''Dah okay sikit.''

''Ni, aku ada bawak kopi panas untuk kau.
Minumlah.''
Kira, sambil menghulurkan secawan kopi untuk Adrina.

''Terima kasih.''

''Macam ni lah Adrina,
Aku risau tengok keaadaaan kau nih.
Cuba kau terus terang dengan aku.
Apa yang menggangu fikiran kau.''

Adrina teridiam. Berat untuk Adrina mengungkapkan kata-kata.

''Sebenarnya, aku ada mimpi pasal aku kena..''
Percakapan Adrina terhenti.

''Kena..''
Kira cuba merungkai persoalan yang menjadi tanda tanya.

''Kena rogol.
Lepas tuh, pagi tuh ada pulak cerita pasal kes rogol.
So aku macam takut.
Aku takut Kira..''

''Okay okay.
Takde papelah itu mimpi je.''
Kira memeluk Adrina.

''Kira kau boleh tolong aku tak?''

''Sure.''

Adrina menatap mata Kira.


Telefon Eaz berdering.
Lalu dia mengangkat paggilan tersebut.

''Ye Kira kenapa dengan Adrina.''

''What?''


Eaz bergegas ke hospital. Perasaanya tidak menentu setelah mendapat paggilan kecemasaan dari Kira sebentar tadi. Kaki Eaz dengan gagah melangkah satu persatu tangga untuk ke tingkat dua. Sekarang ini, dia berada di hadapan bilik rawatan Adrina.

Eaz menatap wajah Adrina yang pucat terlantar di atas katil.
Mata Eaz mula berkaca melihat keadaan Adrina.

''Maafkan aku Adrina.''

Adrina memandang Eaz.

''Aku yang salah Eaz.
Sekarang aku dah sedar.''

Eaz mendekati Adrina.

''Apa yang sebenarnya berlaku ni Adrina?''
Eaz bertanya.

Adrina menegakkan badanya lalu menyadar ke dinding.

''Aku mimpi pasal Danial.''

Dengan pantasnya Eaz memandang ke arah Adrina.

''Ye, Eaz aku mimpi pasal Danial.''

'' Kau cakap apa ni Adrina.''
Eaz cuba mendapatkan kepastian.

''Aku percaya ini semua adalah petanda.
Aku rasa dia ada dekat sini.
Semua yang berlaku, mesti kerja dia.''

''Aku rasa tak.
Mimpi ialah mainan tidur Adrina.
Benda ni berlaku secara kebetulan.''

''Tak.. bukan..
Aku tak rasa bende ni berlaku secara kebetulan..''
Adrina, sambil mengalirkan air mata.

''Aku rasa.. aku nak berterus terang dengan Kira pasal hal ni.''

Kira dari jauh memerhatikan Adrina yang sedang menangis.

''Kau dah gila ke Adrina.
Ni melibatkan pasal maruah.''
Emosi Eaz mula berubah.

Perubahan Eaz di perhatikan oleh Kira.

''Please Eaz,
Aku dah tak tahan.
Lagipun dia patut tahu.''

''Ada perkara ke yang aku patu tahu?''
Tiba-tiba Kira masuk ke bilik dan bersuara.

Eaz dan Adrina memandang ke arah Kira.

''Aku nak bagi tahu kau satu perkara Kira.''
Dengan perlahan Adrina bersuara.

''Please Adrina, kau fikir dulu apa yang kau nak buat.''
Eaz cuba menghalang.

''Sebenarnya, Kira..
Aku dulu..''

'' Kau dulu kenapa Adrina?''
Kira cuba merungkaikan persoalan.

''Aku dulu pernah di rogol.''



''Kau.. What?''
Kira terkejut dengan kata-kata Adrina.

Eaz hanya menundukan pandangannya.

''Dan aku rasa apa yang berlaku di universiti ni ada kene mengena dengan dia.
Dia datang untuk balas dendam.''
Kata Adrina.

Kira masih tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh Adrina.

Eaz terduduk dan memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini.

Dan Adrina masih dalam ketakutan.

Bersambung..
 Nantikan episod akhir generasi la nouvelle pada episod akan datang.
Segala persoalan akan terjawab.