Jangan lupa untuk like page ini untuk episod terbaru dari ceritamatapenselku.blogspot
-Generasi La Nouvelle-
Adrina melintasi bangunan A Universiti Setiawan. Hari ini dia keseorangan tanpa ditemani oleh rakanya yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Sebenarnya dia masih lagi belum pulih sepenuhnya. Tetapi dia memberanikan diri untuk berjalan keseorangan.
Langkah demi langkah
Adrina berjalan dengan perasaan yang tenang. Namun, di segenap ruang
hatinya, dia masih memikirkan tentang Danial. Tiba-tiba, dia
merasakan dirinya di ikuti oleh seseorang.Adrina mempercepatkan
langkahnya. Dia tidak berani menolah ke belakang.
“Adrina!”
Kedengaran suara dari arah
belakang memanggil nama Adrina. Dia terus berlari tanpa menghiraukan
suara tersebut. Namun Adrina, sangat mengenali suara tersebut.
“Adrina!”
Suara tadi memanggil lagi.
Langkah Adrina terhenti di
persimpangan. Dia cuba bersembunyi di bilik kuliah yang berdekatan.
Adrina tidak larat untuk meneruskan pelariannya. Dia duduk di sudut
belakang bilik kuliah dan berharap orang tadi tidak dapat menegsan
lokasinya.
Adrina cuba memperlahankan
pernafasanya supaya dirinya tidak di ketahui oleh orang tersebut. Dia
mendengar tapak kaki seseorang sedang memasuki bilik kuliah tersebut.
Jantung Adrina berdegup laju.
Namun, orang tadi hanya
singgah sekejap sahaja. Mungkin dia tidak mengetahui Adrina berada di
situ. Dia terus meninggal bilik kuliah tersebut.
Adrina sudah tidak
mendengar lagi tapak kaki orang tersebut dan Adrina beranggapan orang
tadi sudah meninggalkan bilik tersebut. Dia cuba meninjau sedikit
untuk memastikan tanggapannya benar. Ya, memang benar, tiada sesiapa
yang berada di bilik kuliah tersebut. Adrina sudah berjaya melepaskan
diri dari orang yang menegejarnya tadi.
Dia meninggalkan bilik
tersebut. Adrina terus berjalan dan cuba keluar dari bangunan ini
secepat mungkin. Tetapi dia berhati-hati dengan pergerakannya kerana
takut orang tadi muncul kembali. Adrina menekan butang lif untuk
turun ke bawah.
Tidak lama kemudian, lif
sudah tiba dan bersedia untuk melakukan perkhidmatanya. Pintu lif
terbuka dengan perlahan. Danial tersenyum. Adrina pula terkejut dan
melarikan diri. Namun, Danial sempat memegang tangan kiri Adrina.
Adrina cuba melepaskan
genggaman Danial. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Kesabaran
Danial sudah hilang. Dia menampar Adrina dengan kuat. Adrina terjatuh
ke dinding. Kepalanya terhantuk dan mengalami pendarahan besar.
“Kau nak lari mana lagi.
Dah muak aku kejar kau.”
“Kau nak ape ah?
Tak cukup apa yang kau dah
buat pada aku?”
“Kurang ajar!”
Danial menjerit.
Dia mencekik Adrina dan
menamparnya beberapa kali. Adrina sukar untuk bernafas. Kesakitan di
bahagian leher tidak dapat ditahan lagi. Danial mencampakan Adrina ke
lantai dan dengan perasaan marah yang memuncak, dia memijak Adrina
berkali-kali.
Genarasi La Nouvelle: Episod
Akhir-Segalanya
“Asal pulak tiba-tiba
pasal Danial nih.
Siapa pulak Danial tuh?”
Sarah menggaru-garu
kepalanya.
“Tulah, pasal aku pun
dah jadi tak faham dah, tiba-tiba pulak cerita pasal rogol.
Tapikan kalau kau baca
balik, yang masa dorang pergi kem hari tuh.
Adrina dengan Eaz ada
bincang pasal Danial jugak tau.
Sebab dorangkan sebelum
nih pernah pergi kat hutan rimba tuh.
Lepas tuh, Adrina ada
cakap dekat situlah dia kenal Danial.
Tapi Eaz macam tak suka,
Adrina cakap pasal Danial.
Mungkin sebab Danial tuh
orang jahat kot.”
“Aahhh, yes.. yes..
Aku ingat.
Ouh, sebab tulah, Adrina
cakap,
Danial datang untuk balas
dendam.
Tapikan, apa yang Adrina
dah buat sampai Danial jadi ganas macam tu sekali.”
Sarah memandang ke arah
Lisa dan mereka berdua memandang sesama sendiri.
Eaz menegguk air tin yang
baru dibeli sebentar tadi.
Dia berjalan menghampiri
seseorang.
“Air?”
Eaz menghulurkan air.
“Terima kasih.”
“Asal mata kau lebam
nih.
Mimpi lagi eh?”
Eaz bertanya.
Adrina mengangguk sahaja.
“Rileks lah, mimpi je.”
“Aku takutlah.
Sekarang ni pula, Kira
jauhkan diri dari aku.”
Adrina berkata sambil
memandang ke arah Kira yang sedang makan bersama Ady.
Kira memandang Adrina,
namun dia terus mengalihkan pandanganya seakan- akan tidak menyukai
Adrina.
Tidak lama kemudian, Kira
mengajak Ady untuk beredar dari tempat mereka.
“Kau nampak tak tuh?”
Adrina mengeluh.
“Takpelah, benda nih
semua amik masa.
Mungkin dia tak boleh
percaya lagi kot.
Lama-lama okelah tuh.”
Eaz memegang bahu Adrina.
“Eh, apa cita kes rogol
kat kolej kita nih.
Dah 5 hari tak boleh
keluar.”
Aku nampak polis hari-hari
keluar masuk.
Tapi, takde apa-apa
perubahan pun.
Sama je.”
Eaz menyambung
percakapanya.
“Kenapa aku rasa macam
tak sedap hati je, bila dengar pasal kes rogol nih.”
Adrina masih dalam
ketakutan
“Takde apa-apa lah.
Perasaan kau je tuh.”
“Tapi aku ada rasa
something.
Something yang mungkin
buruk.
Kata Adrina.
Eaz memandang ke arah
Adrina.
Berbualan Eaz dengan
Adrina didatangi oleh seorang perempuan yang tidak dikenali.
Perempuan mengambil tangan Adrina dan meletakan sebuah bungkusan yang
dibalut dengan kertas warna. Selepas itu perempuan tadi terus
meninggalkan Adrina dan Eaz dalam keadaan yang tegesa-gesa.
Adrina tidak pasti apakah
yang ada dalam bungkusan itu. Dia membuka dengan perlahan.
Di dalm bugkusan itu
terdapat sebuah kotak yang berwarna merah. Tanpa membuang masa,
Adrina membuka kotak merah tersebut.Adrina terkejut lalu membaling
kotak tersebut. Kelihatan sehelai tuala yang berlipat rapi di dalam
kotak.
“Kenapa Adrina?”
“Tuala tuh.”
“Kenapa dengan tuala
tuh.”
“Tuala tuh Danial pernah
kasi dekat aku, masa kita orang kenal dulu.”
“Kalau tuala tuh ada
dekat sini,
Maknanya..”
Tiba-tiba kedengaran suara
perempuan menjerit.
Adrina dan Eaz memandang
ke arah suara itu.
Kelihatan perempuan yang
memberi bungkusan kepada Adrina tadi yang sedang menjerit ketakutan.
Pelajar yang lain, cuba
membantu perempuan tersebut.
Adrina mengajak Eaz untuk
mendekati perempuan ya.
Suasan di situ agak tegang
kerana perempuan tadi masih lagi menjerit.
“Sekejap Eaz,
Aku nak cuba tenangkan
dia.”
Kata Adrina.
Eaz cuba menghalang,
tetapi Adrina tetap dengan keputusanya.
Adrina cuba mendekati
perempuan tadi.
Secara tiba-tiba perempuan
tadi memandang Adrina dengan pandangan yang tajam.
Dia berhenti menjerit
seketika.
Selepas itu, dia menjerit
semula sambil menuding jari ke arah Adrina.
“Kau!!!
Kau!!!
Kau yang dia cari..
Kau!!!!”
Kata perempuan itu sambil
menjerit.
Adrina megeringkan
rambutnya di bilik. Dia masih tidak dapat melupakan peristiwa yang
berlaku petang tadi. Muka perempuan tadi, masih membayangi Adrina.
Begitu juga dengan ayat yang dikeluarkan oleh perempuan itu, sangat
menakutkan Adrina.
Adrina mencari telefon
bimbit di dalam beg tangannya. Sedang dia meraba-raba beg tangannya,
dia terpegang sekeping kad yang keras. Tedapat beberapa baris ayat
yang terukir di permukaan kad.
'Masih kau ingat lagi tuala
tuh sayang?
Bilakah kita berjumpa?
Aku akan tunggu kehadiran
kau.'
ikhlas,
Danial
Dengan pantas Adrina terus
mengoyak-goyak kertas tersebut dan segera membuangnya ke dalam tong
sampah. Adrina terus duduk di atas katil dan memeluk bantalnya. Dia
semakin rungsing dengan keadaan yang tidak terkawal ini.
Keesokan harinya Eaz dan
Adrina makan di tempat biasa. Adrina sangat bergantung kepada Eaz
dalam situasi begini. Itu yang dinamakan pergorbanan seorang kawan.
Eaz sedaya upaya cuba melindungi Adrina. Keadaan ini memang sukar
untuk diterima oleh sesiapapun.
“Adrina kau tunggu sini,
Aku nak beli makanan jap.
Jangan pergi mana-mana,
selagi aku tak sampai.”
Eaz dengan muka yang
serius
Adrina hanya mengangguk
sahaja. Dia melihat sekeliling cafe secara rawak. Matanya tertumpu
kepada seseorang. Kira dan Ady sedang berjalan ke arah cafe. Adrina
terus bangun dan cuba mendapatkan Kira.
“Kira!!
Kira!! Tunggu!!”
Adrina menjerit.
Kira memandang ke arah
Adrina lalu dia cepat-cepat melarikan diri.
“Kira!!
Tungguu!!”
Adrina menjerit lagi.
Kira tidak menghiraukan
suara tersebut dan terus mempercepatkan langkahnya. Adrina cuba
mengejar. Setelah Kira dan Ady jauh meninggalkanya, dia sudah tidak
mampu untuk meneruskan perjalananya.
“Kenapa kau buat aku
macam ni Kira.
Aku tak bersalahpun.”
Adrina mengeluh.
Tiba-tiba Adrina baru
tesedar dia sudah jauh daripada cafe tadi dan berada di kawasan yang
tiada orang. Adrina pantas cuba kembali ke cafe tadi. Mungkin Eaz
sedang mencarinnya.
Adrina merasakan ada
sesuatu yang sejuk di lehernya. Benda itu membuatkan Adrina, terpaksa
menahan nafasnya.
“Sebelum pisau ini
putuskan leher kau.
Lebih baik kau ikut aku.”
“Mana budak ni?
Aku dah kata jangan
jalan-jalan.
Degil betul budak ini.”
Eaz mencari Adrina di
sekeliling cafe.
“Hai Eaz, cari siapa?”
“Eh, Miss Amanda.
Tak, saya cari Adrina.
Mana entah budak nih.”
“Ouh, dah baik balik?”
Eaz ketawa kecil.
“Gaduh budak-budak miss.
Sekejap je.”
Adrina memerhatikan
gerak-geri Danial di hadapannya.
Dia sudah pun di bawa ke bilik yang agak sunyi dan gelap
Dia sudah pun di bawa ke bilik yang agak sunyi dan gelap
Adrina tidak dapat begerak
kerana dia duduk di atas kerusi dan kaki serta tangannya di ikat.
“Puas aku cari kau
Adrina.
Kenapa kau lari dari MSU.”
Danial mula berbicara
“Sebab aku benci tengok
muka kau.
Lepaskan akulah!”
Adrina cuba memberontak.
“Shh.. shh..
Janganlah macam ni sayang.
Abangkan ada.”
Danial meletakan jarinya
di bibir Adrina.
Adrina cuba melawan.
“Sebabkan kau, aku di
gantung universiti 4 semester
Sebabkan kau jugak aku
dengan keluarga aku tanggung malu bertahun lamanya.”
Danial mula berkeras.
“Padan dengan muka kau.
Itupun, nasib baik aku tak
beritahu perkara yang sebenar.
Kalau aku bagi tahu yang
kau dengan kawaan-kawan kau rogol aku.
Tentu kau dah mengemis
dalam penjara.
“Eh, hello!
Siapa yang rogol kau.
Kita orang cuma
ringan-ringan je, tak sempat nak masuk pun.
Lepas tu kau terus
pengsan.
Yelah mungkin badan kau
lebam, itupun sebab kau melawan
So terpaksalah berkasar
sikit.”
Jelas Danial.
Adrina terdiam.
“Eh, aku nak tanya kau.
Kenapa kau tak bagi tahu
je polis yang kau kene rogol?
Kau tak bagi tahukan, kau
buat statement yang ada cubaan merogol.
Sebab kaupun tak pasti
yang kau di rogol atau pun tak.
Betul tak?”
Adrina terus membisu.
“Haa, kenapa diam.
Betulkan apa yang aku
kata.
Kita orang buat macam tu
pun sebab kau Adrina..
Sebab kau penipu, kau suka
mempermainkan perasaan lelaki.”
Danial melepaskan
kemarahannya.
“Cukup-cukup!
Aku tak nak dengar semua
nih lagi.”
Adrina menjerit sambil
menangis
“Kenapa?,
kau takut dengan kisah
silam kau sendiri?”
“Itu, dulu Danial...
Itu dulu..
Sekarang aku dah berubah..
Please Danial..”
“Dah terlambat Adrina...
Semuanya sudah terlambat.”
Danial merendahkan
suaranya.
“Kenapa, baru sekarang
Danial.
Kenapa sekarang...”
“Sebenarnya, aku dah
lama perhatikan kau.”
Danial tersenyum sinis.
“Apa maksud kau?”
Adrina cuba mencari
merungkai persoalan.
“Kau rasa, siapa curi
barang kau,
baju.. hand phone..
duit...
masa kau dekat kem hari
tuh.”
Danial merenung Adrina.
Adrina terkejut.
“Rupa-rupanya ini semua
kerja kau.
Kau memang tak guna
Danial.
Danial ketawa dengan
bangga.
“Aku amik barang kau,
masa kau pergi tolong Suraya yang kononya nampak hantu.
Aku saje je kacau Suraya
tu, sebab aku tahu dia penakut.
Kebetulan pulak, Fifi
lalu. Memang senanglah kerja aku.
Aku yakin yang Fifi akan
minta bantuan dari kau, sebab dia tak rapat dengan Suraya.
So, bila kau dengan Fifi
pergi ke khemah Suraya, khemah kau akan kosong.
Masa tu aku gunakan untuk
amik barang-barang kau.”
Danial tersenyum sinis.
Muka Adrina berubah.
“So, macam mana pulak
baju aku boleh ada pada Fifi.”
“Jawapannya sangat
senang Adrina.
Macam mana kau boleh jatuh
cinta dengan aku.
Macam tulah jugak si Fifi
tu cair tengok muka aku yang jambu nih.
Aku sahaja cuba nak keroh
lagi keadaan dan cuba membuat seolah-olah baju tu Fifi yang curi.
So, aku cuba berkenalan
dengan dia, lama-lama kita orang rapat.
Aku bagi baju tu sebagai
tanda cinta dan kasih aku kepada Fifi.
Kebetulan dia sangat
memerlukan baju untuk majlis makan malam tuh.”
“Kau memang seorang yang
kejam Danial.”
“Adrina..
Adrina..
Kau nak tahu tak
sebenarnya kau yang membuat aku jadi kejam.
Kau sedar tak tuh?”
Danial memegang rambut
Adrina.
“Apa yang kau sebenarnya
dari aku?”
Adrina cuba melawan.
Danial ketawa kejam.
“Alang-alang aku kau
tuduh sebagai perogol.
Padahal aku tak buat benda
tu semua.
So, hari ni kita kan
lakukanya bersama.”
Kata Danial sambil membuka
satu persatu butangnya.
Adrina menjerit ketakutan.
Danial sudahpun melucutkan bajunya. Dia semakin menghampiri Adrina.
Tangan Danial menyentuh pipi Adrina.
“Jangan bergerak
Letakkan senjata anda.”
Danial terus memandang ke
arah suara tersebut.
Kelihatan dua orang yang
lengkap berpakaian uniform polis mengacukan pistol ke arah Danial.
Sejerus selepas itu, Kira
dan Ady memasuki bilik tersebut.
Kira memandang ke arah
Adrina.
“So, awak dengan Adrina
dah baik lah ni?”
“Macam tulah,
Miss dah makan ke?”
“Dah,
tadi dengan kawan saya.”
Miss Amanda menjawab.
Eaz merasakan suatu
gegeran di peha kirinya. Dia mengambil telefon bimbit dan melihat di
skrin telefonya.
'1 message received'
Eaz tekan butang untuk
membaca SMS yang diterimanya.
I need you, please
Suraya
23.9.2011
2:20pm
“Suraya..”
“Terima kasih, Kira.”
Adrina cuba memeluk Kira,
tetapi Kira menepisnya ke tepi.
“You, jom balik.”
Kira mengajak Ady pergi.
Kira melangkah keluar dari
bilik tersebut.
Ady berdiri dihadapan
Adrina.
“Take care.”
Kata Ady kepada Adrina
sambil memegang bahunya.
“Cik Adrina, sila ikut
kami ke balai untuk membuat laporan.
Dan selepas itu, kita akan
pergi ke klinik untuk merawat luka cik Adrinia.
Mari.”
Kata pegawai polis yang
bertugas.
Kira masih ingat lagi
situasi beberapa minit yang lepas.
Semasa Adrina memanggil
namanya.
“Kira!!
Tunggu!!”
“You, Adrina panggil
tuh”
Ady memberitahu kepada
Kira.
“Biarlah dia.
I taknak jumpa dia.”
Kata Kira.
“Kesianlah dia,
Diakan kawan you.”
Ady merenung mata Kira.
Kira terdiam dan menoleh
kebelakang.
Kelihatan seorang lelaki
sedang meletakan pisau di leher Adrina.
Lelaki itu terus membawa
Adrina ke suatu tempat
Kira tekejut dan cuba
untuk menjerit.
Namun Ady sempat menutup
mulutnya.
“Senyap you,
You tenang jap.
I telefon polis.”
Ady mengambil telefonnya.
“Hello polis.”
“Sampai bila you tak nak
tegur Adrina?”
Tanya Ady.
“Entahlah you.
I pun tak tahu kenapa I
tak boleh tegur dia.
Mungkin sukar untuk terima
hakikat.”
Kira sambil memandang ke
arah Ady.
“Its okay baby.”
Ady memeluk Kira untuk
menenangkannya.
Eaz membuka pintu bilik
wad 27. Kelihatan Suraya terbaring di atas katil.
Mukanya pucat dan tidak
bermaya.
“Kenapa sekarang baru
awak beritahu saya.”
Eaz berjalan perlahan
menuju ke arah Suraya.
Suraya hanya membisu.
Mata Suraya mula berkaca.
Tidak lama kemudian, air
matanya mula mengalir.
“Tolong saya Eaz.”
Dengan nada perlahan
Suraya bersuara.
Seminggu selepas kejadian
tersebut Adrina di panggil ke balai polis berkaitan dengan kes
Danial.
“Emm, macam ni lah Cik
Adrina.
Kami sudahpun membuat
siasatan mengenai encik Danial di atas tuduhan cuba menculik awak.
Tindakan sudahpun diambil
dan dendapun sudah di keluarkan.”
Pegawai polis memberi
keterangan.
“So, bagaimana dengan
encik Danial.”
“Ouh, sekarang ini encik
Danial telah pun di bebaskan, kerana telah pun di ikat jamin.
Lagi pun kes encik Danial
ini ringan kerana, ianya hanya cubaan menculik dan cik Adrina hanya
luka ringan sahaja.”
“Bagaimana pula kes
rogol yang berlaku di universiti saya.
Tidak ada kena mengena
dengan encik Danial ke tuan?”
“Tidak, kami tidak
mendapat satu buktipun yang mengatakan dia adalah pelaku kepada kes
rogol di universiti cik.”
Adrina terdiam.
Tamat Genarasi La Nouvelle
Musim Pertama
Untuk mengetahui kisah silam Adrina sila klik di sini
Untuk mengetahui kisah silam Adrina sila klik di sini
_________________________________________________________________________________
"Aku rasa nak bawak balik je dairi Eaz dengan Adrina nih.
Boleh tak?"
Lisa memeluk dairi tersebut.
"Mengadalah kau."
Sarah mengambil dairi tersebut dan menyimpannya ke tempat rak.
"Lagipun kita tak sempat habis baca lagi.
Apa jadi dekat Suraya?
Kira dengan Adrina macam mana?
Danial pulak dah dibebaskan.
Banyak lagilah."
Lisa merungut.
"Kau nak baca sangatkan.
Lepas cuti sem kita baca balik ye.
Sekarang nih, kau dah kemas barang ke belum?
Nanti bapak kau sampai, pasal tak pasal aku sekali kena marah."
"Alamak.
yelah baju aku tak kemas lagi.
Jom.. jom.."
No comments:
Post a Comment