Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Friday, August 12, 2011

Generasi La Nouvelle:Babak Kedua-Macam Bagus!

"Kalau dia pegang tangan kau sekali pun, kau takyahlah nak menggedik lebih-lebih."

"Okey kau dengar sini, kau terimalah hakikat bahawasanya dia dah menyampah tengok perangai kau yang gila  nih"

"Kurang ajar."
Tangan perempuan yang menggila itu hampir menghinggap ke muka Adrina. Tetapi, seseorang telah menghalangnya.

"Ape you buat nih? Kenape you nak selamatkan perempuan gedik ni."
Perempuan gila memarahi lelaki yang menahan tanganya tadi.

"You tak sedar ke perempuan ni mengedik-gedik dengan you tadi?"

"I tahu, I dah marah dah dia tadi, Dah you jangan layan perempuan ni,
jom kita pergi makan.. I belanje."
Lelaki tadi berjaya memujuk perempuan yang menggila dan terus membawanya berjauhan dari Adrina.

Adrina memandang ke arah mereka yang sudah pergi meinggalkanya. Tiba-tiba lelaki tadi menoleh ke arah Adrina dan mengenyit matanya yang agak comel. Perbuatan lelaki itu dilakukan tanpa disedari oleh perempuan menggila tadi. Adrina hanya mampu tersenyum.

"Amboi senyum sampai ke telinga."
Eaz menegur Adrina.

"Sibuklah kau Eaz."

"Adrina, ingat kita datang sini nak berubah. Jangan biarkan kisah lalu berulang kembali."

"Aku nak suka-suka jelah."

"Yelah, yang suka-suka yang bahaya tu, mula-mula suka-suka, pastu duka-duka."

"Okey-okey aku faham, macam mana kelas hari ni okey?"

"Kau nak tahu tak air kau telah membuatkan aku derita."

"Air aku?"

"Air yang kita tumpahkan tadi telah membasahkan kertas quiz kelas aku, pastu quiz tu kene buat balik. yang tak bestnye aku pun kene buat quiz tu.
Tapi aku da pergi minta maaf dekat miss tuh."

"Dia marah tak?"

Eaz hanya tersenyum. Mereka berjalan meninggalkan bangunan pembelajaran Universiti Setiawan. Di persimpangan jalan Eaz dan Adrina berpisah kerana kolej mereka berlainan. Adrina telah memasuki laman utama kolej Mawar Berduri. Dia menekan butang lif untuk mendapatkan perkhidmatan lif yang boleh membawanya ke aras 6. Combol pintu bilik di buka oleh bernombor 5 dibuka oleh Adrina. Dia terus mengambil komputer ribanya untuk masuk ke laman bukunya atau lebih dikenali sebagai 'Facebook'.

Adrina membuka notificationnya.


'Puan Syarifah posted in Universiti Setiawan'

"Macam best je, ape bende yang dia postkan nih?"


Puan Syarifah
Perhatian kepada semua pelajar tahun satu Universiti Setiawan, Hari Sabtu ini merupakan 'Hari Generasi Baru' pelbagai aktiviti akan di adakan termasuk sukan dan permainan seperti futsal dan bola jaring. Penyertaan pelajar tahun satu amat di galakan. Sekian terima kasih.

Like                                                Comment                                        Unsubcribe

"Wah futsal! bestnya." Adrina berkata sendirian. Adrina menekan chat boxnya dan mencari nama Eazkandar is Handsomeman.

You:          Weh Eaz jom masuk futsal?
Eazkandar: Sejak bila kau main futsal?
You:          Alah, futsal semua orang pandai main yang penting kene semangat.
Eazkandar:Yelah tu, Tadi roomate aku baru ajak, So aku join jelah.
You:          Itu yang menjadi masalahnye aku tak tahu nak ajak sape?
Eazkandar:Kau ajak jelah perempaun gila tu?
You:          Lawak ape? ajak gaduh boleh lah.
Eazkandar :)

__________

Hari Generasi Baru merupakan hari yang meraikan pelajar baru di Universiti Setiawan. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan untuk menarik perhatian orang ramai. Salah satunya akan diadakan pertandingan sukan. Kerana sukan dapat merapatkan dan meratkan ikatan persahabatan antara pelajar.

"So Harimau Teruna first match kita?"
Tanya Eaz kepada rakan sepasukannya, Amir.

"Yup"
Jawapan yang ringkas diberikan oleh Amir.
Mereka sedang melakuakan stretching sebagi persediaan untuk perlawanan pertama. Tidak lama kemudian tiga lagi rakan sepasukan meraka datang yang merupakan rakan sepermainan Amir. Mereka bersalaman dan memperkenalkan diri masing-masing.

"Aku Tahran" 
Kata jejaka yang paling tiinggi.

"Din" 
Sambung jejaka yang memiliki badan tegap.

"Paan"
  Seterusnya jejaka yang memiliki kulit cerah berkata.

Mereka bertiga bersiap sedia untuk melakukan stretching. Paan menukar kasutnya kepada kasut futsal. Tahran pula sedang melakukan lari setempat Manakala Din sedang membuka seluarnya. Di dalam seluarnya, dia sudah memakai seluar pendek yang lebih sesuai untuk bermain futsal.

Eaz meniggalkan mereka dan menuju ke sesuatu tempat. Eaz membuka pintu bilik air yang berdekatan dengan gelangan futsal tersebut. Kepala paip dibuka oleh Eaz untuk membasuh tanganya. Di singki sebelah seseorang yang dikenali oleh Eaz sedang membasuh mukanya.


"Sorry bro, kau bukan hero hari tu ke?"
Tegur Eaz.

"Yeah."
Lelaki itu tersenyum.

"Aku Eaz, kau?"

"Aku Syahfendi tapi kau panggil je Edy."
"Aku kawan Adrina."
Mendengar sahaja nama Adrina Edy terus memandang ke arah Eaz.

"Kau tolong cakap dekat dia, aku minta maaf.
Aku terpaksa buat macam tuh"
"Dia faham kot, perempuan gil.. erm.. yang gaduh dengan Adrina tu girlfreind kau?"

"Hmm.. yeah, Kirana nama dia. Dia memang macam tuh jelous melampau."

"Nampak. erm.. got to go, jumpa dekat game."
"Sure."

Eaz keluar dari bilik air dan ingin menuju ke arah rakannya.Mata Eaz tertumpu kepada sekumpulan pelajar perempuan yang sedang melakuakan tarian poco-poco. Alangkah tekejutnya Eaz kumpulan itu diketuai oleh Adrina. Eaz menghampiri kumpulan tersebut Kedengaran mereka menari sambil menyayikan lagu poco-poco.


Balenggang pata-pata,
(Jalannya berlenggang)

Ngana pe goyang... pica-pica,
(Goyangan badan mu... lincah)

Ngana pe bodi... poco-poco,
(Tubuhmu yang berisi dan lincah)

"Kau buat ape nih Adrina?"

"Lah buat ape lagi, stretching.!"

"Sejak bila pulak orang stretching buat tarian poco-poco"

"Aku saje je nak buat innovasi baru."

"Kau nie jangan buat malu aku. Kau kene jaga nama baik aku."

"Malu konon, asal kau ikut sekali?"

Kelihatan Eaz sedang melakukan tarian poco-poco bersama-sama dengan Adrina. Eaz malu tak terkata. Tiba-tiba suara yang agak lantang kedengaran dari arah hadapan mereka.

"Anaklah ayam..
anak ayam..menari-nari.."

Kelibat Kirana dan rakan-rakanya berjalan di hadapan Eaz dan Adrina.

"Kalau dah gedik tu, dekat mana-manapun nak mengedik."
Kirana bersuara lagi.

Adrina hanya mampu terdiam dan terus membisu. Dia hanya memerhati tingkah laku Kirana yang mengutuk dirinya dan pergi begitu sahaja.

"Kau rileks je Adrina perempuan tu memang macam tuh.Aku nak gerak dulu ah.
By the way, Edy mintak maaf"

Hati Adrina yang baru disakiti tadi telah terubat apabila mendengar nama Edy. Eaz pergi meninggalkan Adrina.


_________________________________________________________________________________


Wisel berbunyi menandakan permainan telah bermula di antara pasukan Eaz menentang pasukan Harimau Teruna. Bagi mereka yang sudah biasa bermain futsal tiada masalah yang berlaku. Tapi bagaimana pula dengan Adrina yang baru sahaja berjinak-jinak dalam arena ini.

Pasukan Seroja merupakan pihak lawan kepada Pasukan AKB yang merupakan pasukan Adrina. Wisel telah berbunyi, seorang penyerang dari pasukan Seroja telah mengatur langkah untuk menembusi gol pasukan Adrina. Adrina ingin menjadi penyelamat tapi apakan daya bertahan cuma di pinggiran. Penyerang Seroja begitu mudah melepasi halangan yang cuba di lakukan oleh Adrina. Adrina hanya mampu melihat bola berlalu pergi dengan mudah. Kini tiba giliran pasukan Adrina memegang bola. Fifi merupakan menyerang utama pasukan Adrina telah mengatur strategi untuk membawa bola ke hadapan gol. Mungkin kerana Fifi merupakan penyerang terbaik sekolah sewaktu dulu, dengan mudah dia merembat bola masuk ke gol pihak lawan.

Papan tanda perlawanan telah berubah angkanya menjadi 1-1 dan menjadikan perlawanan menjadi seri satu sama. Adrina ingin mencuba nasib untuk membawa bola. Sedang ghairah membawa bola dia terjatuh akibat dari ketidakseimbangan badan. Namun Fifi menjadi penyelamat keadaan apabila dapat membawa bola di kotak penalti lawan dan terus rembat masuk ke gawang pihak lawan. Tidak lama kemudian wisel penamat telah berbunyi dan kemenangan berpihak kepada pasukan AKB.Adrina dan rakan-rakanya bergerak ketengah padang lalu membuat sorakan kemenangan.

" Chi..chikechi kebom..
bom..bom.. kami datang..
chi chikechi kebom..
bom..bom.. kami... nak menang."

"Siapa kita?"
Jerit Adrina

"AKB!!
Awas Kaki Bangku huu ahh!"

Mereka begembira dengan kemenangan untuk pusingan pertama. Di luar gelangang Kirana memerhatikan Adrina dan rakn-rakanya.

"Gedik, baru menang sikit dah mengelabah."
Bisik Kirana sendirian.

___________________________________________________________________________________

Eaz keluar dari gelangan futsal apabila permainan pusingan pertama antara kumpulanya dengan Harimau Teruna telahpun tamat. Dia terus pergi ke arah begnya.Dia membuka zip begnya untuk mendapat tuala untuk menglap peluh yang mengalir dengan sihatnya.

"Awak cari bende nih ke?"

Kedengaran suara gayanya seperti perempuan cuba menegur Eaz. Eaz cuba mendongakkan kepalanya untuk mengetahui siapa yang menegurnya tadi. Kelihatan seorang wanita yang sedang memegang tuala. Wanita itu sangat dikenali oleh Eaz.

"Awak nih tahu jekan apa yang saya nak."
Kata Eaz sambil tersenyum.

____________________________________________________________________________________

"Weh, sape pasukan Glamorous?"
Tanya Fifi.

"Entalah, bunyi cam gedik je. Takpe yang penting kita dah menang, so sekarang rehat sekejap jap gi nak masuk lawan."

"Betul..betul..betul, nanti kite tengoklah sape gerangan makcik yang kononye glamorous tuh tapi berkedut. yang ado!"

Mereka ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Fifi.

"Makcik-makcik ni yang akan ajar korang macam mana nak main futsal yang sebenar bukan macam budak-budak kampong!"
Kedengaran suara tiba-tiba mencelah.


Kelihatan Kirana dan rakan-rakanya melintasi di hadapan Adrina dan rakanya yang lain.



Bersambung..










































Generasi La Nouvelle:Babak Kedua

"Mana pulak si Lisa nih."
Bebel Sarah sendirian yang sedang mencari Lisa di padang Setiawan. Dia duduk di bangku yang disediakan oleh pihak universiti dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari nombor Lisa dan menekan butang hijau untuk menghubungi Lisa. Sedang Sarah menelefon, dia menghala matanya ke tepi. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah buku.

"Aku rasa aku tahu budak ni kat mana."
Sarah terus menyimpan telefonya dan terus bergerak ke suatu tempat.

___________________________________________________________________________________


"Oi budak kat sini rupanya."
Sarah menegur Lisa yang khusyuk membaca Dairi Adrina.

"Kau lambat sangatlah, aku boring, tak tahu nak buat apa."

"Boring? Aku suruh masuk pertandingan futsal tak nak.
Kaki sakitlah konon.
Buat penat je pihak universiti buat hari generasi baru nih."

"Kau ni bising je lah, meh sini duduk, baca apa jadi dekat Adrina."


Dear Dairy
Aku memang tak puas hati betul dengan perempuan gila tuh. Kalau nak ikut kan hati aku nak sumbat je kasut aku saiz lapan nih. huh nasib baik Ady ada...