Epilog
11.00
Pagi
3
April 2012
Hari
Perbicaraan
Istana
Kehakima Putrajaya
Suasana
hari ini tidak seperti hari-hari yang lain. Hari yang kebiasaanya ceria
ditemani suria mentari yang indah dengan kicauan burung-burung yang bebas
terbang di laman biru. Awan sekawan membawa sembayu udara yang mampu membawa
kesegaran kepada segenap umat manusia. Namun awan yang disanjung dahulu, kini
memudar seolah-olah memahani situasi hari ini. Kesedihan yang tidak terdaya
lagi untuk disimpan dan hanya mampu untuk di luahkan. Dia-Zuhairi Razak duduk
bersama dua puluh orang yang lain untuk bersama-sama melihat dan membongkar
keadilan yang lama ditunggu-tunggu. Di sudut tepi istana kehakiman ini kelihatan
keluarga Intan Suraya duduk dengan penuh harapan, kebenaran akan muncul dan
memihak kepada mereka. Walaubagaimanapun mereka akan tetap tabah untuk
menghadapi segala kemungkinan.
Lembaran Pertama
4
jam sebelum
Rumah
Kediaman, Shah Alam.
Zuhairi Razak duduk di sofa rumahnya
sambil mengamati pemandangn di luar. Sebelum itu dia menunaikan solat subuh bersendirian
di kamar tidurnya. Selesai solat subuh Zuhairi hanya menghabiskan masanya di
ruang tamu rumah. Lelaki yang berumur 30 tahun itu dikejutkan oleh bunyi
berpunca dari jug elektriknya yang membawa petanda bahawa air yang dimasak
sudah boleh diminum. Zuhairi membawa dirinya ke dapur rumah dan segera menyediakan
minuman untuk dijadikan sebagai alas perut di pagi hari. Dia kembali semula ke
ruang tamu dan minuman tadi diletakan di atas ‘round table’ yang di penuhi oleh
gambar-gambar lama. Mata Zuhairi tertarik kepada sebuah gambar seorang budak
lelaki yang lengkap berpakaian seragam seklolah. Gambar sewaktu dia berumur 12
tahun.
9.30
pagi
24
Oktober 1994
Sekolah
Kebangsaan Ampangan
Loceng yang berada di setiap badan
kelas sudah berbunyi menandakan semua pelajar di benarkan rehat. Satu persatu
pelajar meninggalkan bilik darjah. Di sudut tepi kelas tinggal seorang pelajar
yang masih temanggu di tempat duduknya. Dia-Zuhairi memang gemar menyendiri.
Seorang kanak-kanak yang pendiam dan sukar untuk berkawan. Semua sudah tertulis
untuk dirinya. Zuhairi bangun dari tempatnya dan cuba melangkah ke hadapan
pintu untuk melihat fotografis di luar. Sememangnya waktu sebegini semua
pelajar akan mengunakan masa mereka untuk mengisi perut dengan bekalan yang di
bawa dari rumah. Ada juga lebih suka menghiburkan hati dengan mainan-mainan
seperti galah panjang serta batu seremban tetapi bagi Zuhairi dia lebih suka
bersendiri.
Dia berjalan melintasi makmal
komputer dan kini melalui hadapan kantin yang mula dipenuhi oleh pelajar. Dia
memang tidak kesah tentang pemakanannya. Duit yang diberi selalu disimpan di
dalam tabung yang berbentuk kereta di rumah. Zuhairi memang kanak-kanak yang
pandai berjimat. Ini mungkin kerana di asuh oleh keluarganya dengan baik.
Sudah lama berjalan dia kini berada
di bahagian belakang sekolah.Zuhairi melabuhkan punggungnya di permukaan tanah.
Permandangan yang indah boleh di amati dari tempat ini. Keindahan kawasan
kampung dengan jelas kelihatan dan turut di serikan dengan pemandangan sawah
padi yang luas saujana mata memandang. Burung-burung bertebangan melepaskan
sayapnya di ruangan biru yang nun tinggi untuk di gapai. Sememangnya ciptaan
Tuhan cukup indah dan sempurna. Zuhairi menarik nafasnya dengan perlahan. Dia
dapat merasakan angin yang segar memasuki rongga hidung dan terus bergerak ke
bahagian dadanya.
Zuhairi melihat kawasan sekitar
dengan pergerakan yang perlahan. Matanya beralih dari satu pandangan ke
pandangan yang lain. Kali ini, pandangannya tertumpu ke arah sebuah dinding
yang berada tidak jauh dari tempat dia berada. Dia berfikir sejenak. Serta
merta dahi dikerutkan. Dia berasa hairan kerana sepanjang kehadirannya di
tempat ini, dia tidak pernah melihat dinding tersebut.
Dia mengambil keputusan untuk
melihat dinding tersebut dengan lebih jelas lagi. Serta merta semua anggota
badanya baggun dan kakinya mula melangkah. Kawasan dinding yang kabur dari pandangn
Zuhairi tadi, mula menampakan bentuk fizikalnya yang jelas. Sampai sahaja di
kawasan dinding tersebut, tangan kanannya menyentuh permukaan dinding.
Tangannya menjalar keseluruh badan dinding. Pada masa yang sama Zuhairi telah
mendapat suatu idea sejerus melihat dinding yang di sentuhnya. Dia tersenyum
sendirian.
Keesokan harinya dia datang semula
di tempat yang sama. Hari ini, tidak seperti hari-hari yang lain. Zuhairi
datang dengan satu tujuan yang pasti tidak seperti semalam. Dia bergerak ke
arah dinding tersebut dengan membawa sebatang kapur yang di ambil di kelas.
Zuhairi kini berada di hadapan dinding tersebut tanpa melakukan sebarang
pergerakan.
Dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu
yang cuba dikeluarkan oleh mindanya. Sesuatu yang datang dengan sendiri.
Sejerus selepas itu, tangan kanannya diletakan di atas permukaan dinding dan
menulis sebuah cerita. Mungkin cara ini sahaja yang boleh dilakukan oleh
Zuhairi untuk menghilangkan rasa kesunyiannya dan rasa kebosanan yang di alami.
Bukan tidak ingin berkawan. Tetapi dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk
berhadapan dengan orang lain. Oleh itu, Zuhairi memilih untuk berdiam diri.
Tetapi kini dia mempunyai teman. Teman yang kaku dan tidak bernyawa.
Mulai hari itu, Zuhairi akan datang
ke sini untuk menulis segala idea ataupun ilham yang mengalir di mindanya.
Dinding yang dulu kosong kini penuh
dengan bekas putih dan tulisan. Tidak seperti hari yang lain, kali ini Zuhairi
hadir ke tempat yang selalu memberinya ilham yang indah tetapi sekarang ini dia
di penuhi dengan rasa kebuntuaan yang mendalam. Dia hanya duduk bersebelahan dinding
tersebut. Entah kenapa hari ini idea tidak memihak kepadanya. Kanak-kanak yang
memiliki tona warna yang cerah itu menoleh kepalanya ke kiri untuk membaca
semula semua yang ditulis.
Zuhairi menulis sebuah cerita
mengenai seorang budak lelaki yang mempunyai sifat pemalu dan sukar untuk
berkawan. Suatu hari budak lelaki itu telah menjumpai sebuah dinding di
belakang sekolahnya. Budak lelaki itu selalu menulis di dinding tersebut. Dia
telah berhajat untuk berjumpa dengan seorang teman dan telah ditulis hajatnya
itu di dinding tersebut. Akhirnya budak lelaki itu telah berjumpa dengan
seorang budak perempuan yang dijumpai secara tidak sengaja. Seterusnya mereka...
Zuhairi mengeluh kerana idea ceritanya terhenti di situ. Dia menghembus panjang
nafasnya. Kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu bangun dari tempat duduknya
dengan perasaan hampa dan terus meninggalakan tempat tersebut. Hari itu dia
tidak menyambung ceritanya dan membiarkan sahaja cerita itu tergantung di situ.
No comments:
Post a Comment