Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Monday, April 18, 2011

Mia La'Zarra :Zarra Zaat(Ep2)

sila like page kami (klik disini)









Episode 2:Zarra Zaat
Memori:Dua Puluh Lima Peratus










"Pergi kerja lah, nanti lambat."
Dengan lembut Bunga menyuruhku. Itulah perwatakan Bunga membuatkan aku tertawan.

"Yelah cik adik Bunga oi!"
Kataku dan terus melangkah kehadapan menuju ke tempat kerja.

"Abang Indra!"
Bunga menjerit.

Aku menoleh kebelakang.

"Cuba lagi ye!"
Jerit Bunga sambil tersenyum.

Akupun hanya tersenyum mengenangkan kegagalanku mengambil gambar Bunga.
Senyuman masih lagi terukir di bibirku mengigatkan kembali kenangan lalu, kegagalan aku mengambil gambar Bunga. Memang Bunga mempunyai gerak hati yang kuat. Walaupun mempunyai kekurangan dalam penglihatan, tetapi mendapat kekuatan dalam gerak hatinya.

Aku duduk di atas meja pejabatku, kelihatan masih lagi banyak projek yang perlu di uruskan dalam minggu ini. Sedang sibuk memikirkan hal kerja,
aku di tegur oleh rakanku, Ali.

"Sedap Mee Rebus semalam?"

"Sedap! Memang terbaiklah wok! Kau tahu-tahu je 'favorite' makanan aku."
"Nanti makan tengah hari, aku bawak kau dekat satu tempat ni, okey?"

"Pun boleh!"

Aku tergelak kecil. Orang nak belanjakan? Siapa yang tak nak. Selalunya makanan yang di belanja ini lebih sedap berbanding dengan di beli sendiri. Akupun tak tahu kenapa.

Aku membuka salah satu fail projek untuk di buat penilaian terakhir sebelum dilaksanakan dalam proses penyuntingan.
Fokusku hilang apabila Mak Mah menghantar air minuman pagi, Neslo Tabo.





Mak Mah memang akan menghantar air minuman pagi kepadaku setiap hari.
Sekejap.Sekejap. Aku bukan membuli orang-orang remaja purba, seperti Mak Mah ni.
Aku bayar okey. Lagipun bukan aku seorang sahaja yang memesan minuman hari-hari, Zainal, Siti, Abidin, Nurhaliza dan  Rosyam dengan Norpun pesan juga.Mak Mah yang baik sangat. Dia yang nak hantar. Kami semua setuju jelah. Dah semuanya  pemalas, apa boleh buat.

Akupun mengambil air Neslo Tabo dan menghampirkan ke bibirku. Aku minum sedikit untuk membasahkan tekaku.Ternyata air tangan Mak Mah sememangnya ummph! Terangkat!
Air Neslo Tabo Mak Mah lain dari yang lain kerana aisnya kurang dan airnya lebih.
Tetapi setiap kali aku minum air Neslo ni, aku terasa sakit kepala.Tetapi aku tidak memperdulikanya kerana nafsu minum punya pasal. Air Neslo ini yang akan menjadi tenagaku untuk melaksanakan segala tanggungjawab yangku pikul di pejabat ini.

Mataku masih lagi tertumpu di kaca komputer. Masih lagi menambah baik gambar yang telah diambil untuk di muatkan dalam majalah Hai keluaran terbaru. Sedang sibuk meletakan dua ratus peratus tumpuan terhadap kerja, aku di sapa oleh Ali.
"Sibuk ye bang~!"

Mataku beralih kepada Ali sambil berkata.
"Yelah bang~"

"Dahlah tu, berhenti sekejap. Jom pergi bantai Mee Rebus."

Aku merenung Ali dengan renungan yang mendalam.





Kaki kami sudah menjejaki pintu masuk kedai makan yang berada dua puluh kilometer dari pejabat aku.

"Jauhnya kau bawak aku makan Ali."

"Sekali-sekala, bukan selalu."

"Aku tahu lah, tapi sampai keras bontot aku duduk dalam kereta, siapa boleh tahan."

"Lepas kau dah menyental Mee Rebus dia, lembut baliklah bontot kau tuh."
Ali, sambil menepuk bontot aku.

"Yelah Ali."
Aku berkata.

"Tak rugi punya datang sini."
Ali, sambil menunjukan tempat untuk kami duduk.



Kami tidak terburu-buru untuk memesan makanan kerana kelihatan ramai pelaggan dan pelayan pula sibuk melayan pelaggan yang terlebih dahulu datang daripada kami.
Tetapi kelihatan aneh di sudut seberang sana. Terdapat sekumpulan pekerja bersama ketuanya berbincang dan kadang-kala melihat kami di sini.
Perasaan pelik semakin kuat apabila ketua, atau mungkin pemilik kedai ini menghampiri kami berdua.

"Zar!"
Jerit lelaki botak itu.
Selamat datang! Kau sudah sihat ya !
Dengan gembira lelaki botak itu berkata, manakala aku semakin gelisah
Dalam hatiku berbisik,
"Apahallah pakcik botak ni."

Lelaki itu sudah sampai di tempat kami.
"Aku tahu tak payah nak cakap.
Nah aku bawakan makanan gemaran kau, mesti kau dah lama tak makan ni.
Mee Rebus dan tidak lupa Neslo tabo kurang ais lebih air."
Riak muka lelaki itu sangat gembira.




























Selepas itu aku mula bersuara membetulakan segala kesilapan.




































"Er, pakcik saya bukan Zar. Saya Indra, Indra Zaat."



















Lelaki botak itu membuat reaksi pelik.

























































Lalu berkata,





































"Kau bukan Zarra Zaat?"




No comments:

Post a Comment