(sila tekan play untuk menambah kesan dalam pembacaaan)
*gambar-gambar di bawah hanyalah gambar hiasan sahaja.
Epilog
10.35
Pagi
3
April 2012
Hari
Perbicaraan
Istana
Kehakiman Putrajaya
Zuhairi sudah sampai ke destinasi yang ingin di
tuju. Dia melangkah keluar dari kenderaan
yang telah membawanya ke Istana Kehakiman Putrajaya. Lelaki yang
mempunyai susuk badan yang tegap itu masuk ke dalam ruang legar mahkamah
tersebut. Perjalananya di iringi oleh dua orang polis yang bertugas. Sampai
sahaja di pintu utama bilik perbicaraan, polis yang menemani Zuhairi tadi
memberhentikan langkahnya. Salah seorang polis yang bertugas tadi menghalakan
tangan kananya ke arah pintu utama untuk menyuruh Zuhairi masuk ke bilik
perbicaraan. Zuhairi melangkah masuk tanpa sebarang bantahan. Seorang lelaki
yang berpakaian kemas menyambut kedatanganya.
“Sudah bersedia Encik
Zuhairi ?”
Ucap lelaki itu dengan muka yang agak serius.
Zuhairi
hanya menundukan kepalanya sedikit sebagai tanda bersedia dan sebagai jawapan
kepada pertanyaan yang di tanya. Lelaki tadi terus menemani Zuhairi hingga ke
tempat duduknya. Di tempat duduk Zuhairi, dia di tegur oleh seseorang.
Lembaran Kedua
9.30
pagi
31
Oktober 1994
Sekolah
Kebangsaan Ampangan
Zuhairi datang semula ke tempat
tersebut dengan harapan yang baru. Pergerakan diperlahankan kerana destinasi
yang dituju hampir tiba. Matanya merenung dinding yang berada tepat di
hadapanya. Dia mula menyedari ada sesuatu yang pelik yang berada di dinding
tersebut. Zuhairi mula mengerutkan dahinya. Langkahnya terhenti serta merta
untuk memumpukan seratus peratus kepada pandanganya. Bebola mata Zuhairi
tertumpu kepada sebaris ayat yang tercatat di dinding. Jelas, sebaris ayat
tersebut bukan tulisanya.
“Mana
sambungannya?.”
Reaksi yang pertama dikeluarkan oleh Zuhairi
ialah, ketawa sopan. Dia kembali serius. Sebaris ayat yang menjadi tanda tanya.
Zuhairi meneliti tulisan tersebut. Tulisan yang tampak kering dan jelas tulisan
tersebut sudah lama berada di situ. Mungkin sejak semalam. Zuhairi membuat
analisa.
“Entah-entah
tulisan ini.. tulisan..”
Mula
tanggapan negatif menular masuk ke dalam fikiran.
Zuhairi cepat-cepat membersihkan
fikiranya. Dia cuba melihat kawasan sekeliling. Zuhairi sedang mencari sesuatu.
Mata bulatnya terpancing ke arah daun yang besar dan kasar serta cocok di
jadikan sebagai alat pemadam. Dengan segera Zuhairi mendapatkan daun tersebut.
Segala tenaga dikerah untuk
memadamkan tulisan asing tersebut. Kelihatan setitik peluh mengalir lancar di
permukaan pipi Zuhairi. Keletihan sudah menguasai diri. Dia berhenti sebentar
dan duduk di tepi longkang yang sepi tanpa air. Badan disandarkan ke dinding
dalam masa yang sama Zuhairi menghelar nafas panjang.
Dia memegang tekaknya kerana
kehausan semakin dirasai. Tekaknya menjadi kering dan air diperlukan untuk
membasahkannya. Kepala Zuhairi ditolehkan ke kiri. Laju bayangan hitam
menghilangkan diri. Zuhairi terkejut dengan pandanganya tadi. Dia cuba
mengosok-gosok matanya untuk memastikan pandanganya. Jelas tiada sesiapa yang
berada di hujung penjuru blok.
“Perasaan
kot.”
Kata
Zuhairi.
Dia menghelar nafas panjang.
Perasaan ditenangkan semula. Pejalanan darahnya kembali normal kerana degupan
jantung berdenyut serata. Zuhairi bangun dari tempat duduk untuk kembali ke
kelasnya kerana waktu rehat sudah tamat. Dia meneruskan perjalanan hingga ke
hujung blok. Bayangan hitam tadi muncul kembali. Serta merta sekujur badan
Zuhairi menggigil ketakutan akibat dari kejutan yang diterima.
Zuhairi rebah ke bumi. Penglihatan
semakin kabur. Kegelapan menguasai penglihatan dan akhirnya Zuhairi tidak
menyedarkan diri.
“Alamak!
Asal dia
pengsan pulak ni.
Nak buat
apa sekarang.”
Seorang
kanak-kanak perempuan berada di hadapan Zuhairi.
Mata
terkbil-kebil dan cuba untuk membuka kelopaknya. Pandangan Zuhairi semakin jelas.
Kelihatan jururawat yang mempunyai rupa paras yang cantik berada di sisi
Zuhairi. Kanak-kanak yang masih dalam keadaan separuh sedar itu mengerutkan
dahinya kerana masih dalam kecelaruan.
“Haa. Dah
sedar pun.
Lepas ni
jangan main lain dekat belakang tu. Bahaya.”
Kata
jururawat yang bertugas di bilik sakit sekolah. Dia akan pembantu pihak sekolah
merawat penyakit-penyakit ringan seperti batuk dan demam.
“Nama siapa
?”
Jururawat
itu bertanya lagi.
Balas
Zuhairi dengan suara yang tersekat-sekat.
“Haa.
Nakai?
Kenapa
pelik sangat nama. Nasib baik tak sakai.”
Jururawat
tadi ketawa kecil.
“ Nak air!”
Kali ini,
suara ditinggikan dan kedengaran lebih jelas.
“Ouh, sorry
dik.
Sekejap
ye.”
Jururawat
tadi menuang air dari jug yang berwarna merah jambu ke dalam gelas kaca yang
berada di atas meja kecil bersebelahan katil Zuhairi. Dengan perlahan Zuhairi
menegguk air tersebut.
“Siapa yang
hantar saya ke sini ?”
Zuhairi
bertanyakan soalan.
“Ouh, dia
tak mampu kot nak hantar awak ke sini. ”
“Kenapa
pulak ?”
“Diakan
perempuan.”
“Perempuan
?”
Bisik
Zuhairi sendirian.
“Dia yang
bagi tahu kami, yang awak pengsan dekat belakang sekolah tadi.
“Maknanya
yang dekat belakang tadi manusia. Bukan hantu?”
“Hantu apa
pulak nih.”
Zuhairi semacam
pelik. Bagaimana mana perempuan itu boleh berada situ. Mungkin perempuan sudah
lama mengintip aku. Banyak persoalan yang timbul dan merumitkan keadaan.
Mungkin juga pemilik tulisan itu milik perempuan tersebut. Satu konklusi
ringkas dibuat oleh Zuhairi.
12.00
tengah hari
1
September 1994
Sekolah
Kebangsaan Ampangan
Zuhairi
sekali lagi menjejak kaki di tempat yang sama untuk mendapatkan kepastian. Dia
berjalan dengan penuh harapan untuk berjumpa dengan gadis misteri tersebut.
Pada permulaanya dia hanyak mengintai dari jauh. Seorang kanak-kanak perempuan
berlegar-legar di sikitar kawasan dinding. Rambutnya bertocang tiga yang
lengkap berpakain skirt seragam sekolah serta menyelendang botol air berwarna
merah jambu disisi tepi badanya.
Memang tepat sangkaan Zuhairi. Dia
sengaja datang ke tempat tersebut lambat, selepas habis waktu persekolahan.
Faktor utama membuat dia bertindak sedemikian kerana waktu yang dibenarkan
keluar kelas adalah waktu rehat dan waktu balik. Tidak mungkin kanak-kanak perempuan tersebut akan datang semasa waktu
rehat kerana sudah pasti Zuhairi berada di situ. Sudah pasti dia dia tidak
ingin bertemu dengan Zuhairi. Mungkin semalam kanak-kanak itu muncul kerana
tidak sabar untuk mengetahui kesinambungan cerita yang berada di dinding
tersebut. Zuhairi jugak sudah lama tidak menyambung ceritanya dan ini juga
menjadi dorangan utama yang membawa kanak-kanak perempuan itu ke tempat ini
ketika waktu rehat.
Zuhair membongkokkan badanya. Dia
ingin mencapai sesuatu. Tangan kananya pantas mengambil batu kecil dan seraya
tangan Zuhairi membaling batu tersebut kearah kanak-kanak perempuan berkulit hitam manis itu. Lalu batu
tersebut berpusing memecah udara dan terkena pada bahu si dia.
Jeritan
comel yang dikeluarkan oleh kanak-kanak tersebut.
Dia
menggaru-garu bahunya dengan menggunakan tangan kanan.
Secara
spontan dia menoleh kebelakang.
“Siapa tu?
“
Jeritan
yang tampak tegas tetapi degupan jantung semakin laju akibat dari ketakutan
yang semakin menguasai diri. Namun dapat dikawal dari reaksi muka kanak-kanak
yang baru setahun jagung itu.
“Em.. saya
tak takutlah.
Mak.. mak..
saya dah ajar macam mana nak tendang bu..burung.. aa..
Lagipun,
saya ada belajar silat dengan Hj. Leman, jiran sebelah rumah.. tali pingang
‘pink’ lagi tau.
Kalau
berani keluarlah.”
Dengan
lancar kanak-kanak perempaun itu berkata, sambil memasang kekuda yang tampak
sumbang.
Zuhairi tidak berhenti ketawa. Dia
tidak dapat menahan desakan dari dadanya. Tangan di letakkan di perut untuk
mengurankan daya getaran. Dia cuba untuk mengurangkan bunyi ketawa agar tidak
di dengar oleh si dia di sana yang masih dalam seribu persoalan. Tegang pipi
Zuhairi akibat dari ketawa yang berlebihan.
Zuhairi melangkah kehadapan dan kini
dia telah mendedahkan identiti diri kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Dia
membawa dirinya kepada si dia yang masih dalam keadaan terkejut dengan situasi
yang berlaku.
Si dia mula
berbicara.
Tetapi
Zuhairi hanya mendiamkan diri. Mulalah penyakit malu Zuhairi menguasai diri.
“Kenapa
awak diam Zuhairi?”
Zuhairi
memandang ke arah kanak-kanak misteri itu.
“A..awak
tahu nama saya?”
Dengan
nafas tersekat-sekat Zuhairi bersuara.
“Mestilah,
awakan selalu contang dinding dekat sini.”
Zuhairi
menjadi malu. Pipinya mula kemerah-merahan. Dia juga sempat memandang ke arah
tanda nama perempuan misteri itu. Intan Suraya gerangan si dia.
“Eeii, awak
ni memang pendiam kan.
Sekarang
nih saya nak laporkan dekat guru displin yang awak conteng dinding sekolah.”
“Haa.
Kenapa pulak?”
“Yelah,
sebab awak telah merosakan harta benda awam.. maksud saya harta benda sekolah.”
“Mana boleh
macam tuh.”
Zuhairi
menjadi serius.
“Kalau
macam tuh.
Cepat
habiskan cerita awak.”
“Haa?”
Zuhairi
kebingungngan.
“Cepatlah.
Ke nak saya laporkan dekat guru displin.?
Cikgu ! Ada
orang ka....
Tiba-tiba
Intan Suraya menjerit. Namun dapat diberhentikan oleh Zuhairi.
“Okay-okay,
saya ceritakan.
Em.. lepas
tu, budak lelaki.. tu.. a..”
Kata-kata
Zuhairi ternoktah secara tiba-tiba. Dia mengeluh panjang.
“Kenapa
Zuhairi?”
“Sebenarnya
saya tak tahu macam mana nak sambung cerita tu.
Sebab tulah
saya tak sambung cerita tuh.
Lagipun
saya tulis tu suka-suka, tak tahu pulak ada orang baca.”
“Ouh,
okay.”
Intan
Suraya melabuhkan punggungnya ke tanah. Dia memanggil Zuhairi untuk duduk
bersamanya.
Kini mereka
menghadap pemandangan indah di hadapan mereka.
“Em, akhir
sekali lelaki tuh bertemu dengan perempuan tu kan.”
Intan
Suraya cuba membantu Zuhairi untuk menyambung ceritanya.
Zuhairi
hanya mengangguk sahaja.
“Lepas tu
mereka berkawanlah.”
Intan
melemparkan senyuman kepada Zuhairi.
“Berkawan?”
“Yelah,
mereka berkawan.
Macam
kita.”
Intan
memandang ke arah Zuhairi.
Zuhairi
hanya tersenyum.
Dalam tidak sedar, Zuhairi kini
sudah menemui kawanya. Mungkin pertemuan ini tidak di rancang oleh mereka,
tetapi ianya sudah tertulis di lembaran hidup mereka berdua. Selepas bersetuju
dengan pengakhiran cerita yang dibincang bersama, Zuhairi menyambung semula
ceritanya dan itu merupakan cacatan terakhir Zuhairi di dinding tersebut kerana
dia sudah menemui teman baru dan bukan lagi kaku tanpa nyawa.
Selepas pertemuan mereka, Zuhairi
berlari ke pagar sekolah untuk menemui ibunya yang mungkin sudah lama
menunggunya. Di depan pagar sekolah kelihatan ibu Zuhairi sedang mencekak
pinggangnya. Tanpa berkata apa-apa, dia terus masuk ke dalam kereta.
“Pergi mana
tadi, lama ibu tunggu kat sini.”
Kata ibu
Zuhairi sambil menutup pintu kereta.
“Jumpa
kawan.”
Zuhairi
berkata dengan perlahan.
Ibunya
terdiam seketika.
“Ibu, esok
tolong buatkan dua bekalan makanan.
Satu untuk
Hairi lagi satu untuk kawan Hairi.”
Kata
Zuhairi.
Ibunya hanya tersenyum. Mungkin dia
gembira kerana anaknya kini sudah pandai berkawan. Mula dari saat itu, hubungan
Zuhairi dengan Intan menjadi rapat. Setiap hari mereka akan makan bekalan yang
di bekalkan oleh ibu Zuhairi bersama-sama di tempat pertemuan mereka. Mungkin
Zuhairi menghentikan penulisannya di dinding tersebut tetapi di saat itu juga
adalah satu permulaan episod perkenalan mereka berdua. Mula-mula agak sukar dan
kekok Zuhairi untuk berkawan kerana tiada pengalaman mengenai perkara tersebut.
Hasil bantuan dari Intan Suraya lama kelamaan Zuhairi dapat membiasakan diri.
“Cepat
betul masa berlalu.”
Intan
Suraya, sambil memandang ke arah Zuhairi.
“Tulah,
minggu depan minggu UPSR.
Lepas tu,
cuti. Lepas cuti masuk sekolah menengah pulak.”
“Bestkan
dah besar.
Lepas ni
saya nak masuk asramalah. Nak jauh-jauh sikit.”
“Ouh yeke.
Kalau macam
tuh awak kena janji dengan saya, masa hari terakhir sekolah jumpa saya dahulu
tau sebelum balik. Mungkin kita susah nak berjumpa lagi lepas ini. Lagipun saya
ada sesuatu nak bagi dekat awak”
Zuhairi
tersenyum.
“Okay. Saya
janji.”
Intan
Suraya membalas senyuman Zuhairi.
Jari
kelinking mereka berdua bertemu sebagai simbol kepada perjanjian mereka.
28
Oktober 1994
Hari
terakhir persekolahan.
Seperti yang dijanjikan Zuhairi
datang untuk menemui Intan Suraya untuk kali terakhir kerana esok akan bermula
cuti panjang. Selepas itu, mungkin mereka akan mencari haluan masing-masing dan
sukar untuk berjumpa. Zuhairi datang ke tempat biasa di belakang sekolah tempat
yang menjadi detik permulaan perkenalan dia dengan Intan Suraya.
Zuhairi datang ke tempat tersebut lebih
awal kerana ingin melakukan persiapan ringkas. Sampai sahaja di situ, dia terus
mengemaskan kawasan yang di penuhi daun kering untuk dijadikan tempat duduk
mereka berdua nanti. Setelah berkemas, Zuhairi duduk seketika. Dia menjeling ke
arah jam tangannya. Kelihatan jam sudah menunjukan pukul 12.15. Ini bermakna
sudah 10 minit masa persekolahan sudah tamat. Dalam fikiran Zuhairi, mungkin
Intan Suraya dalam perjalananya ke sini. Zuhairi terus menunggu kehadiran Intan
Suraya.
Kini sudah 30 minit berlalu, namun
kelibat Intan Suraya masih tidak kelihatan lagi. Zuhairi semakin risau kerana
ibunya mungkin sudah lama menunggunya di pintu pagar sekolah. Mungkin juga
Intan Suraya lupa akan pertemuan ini. Pelbagai tanggapan negatif mula
menyelinap masuk di pemikiran Zuhairi.
Masuk minit ke40 Zuhairi menunggu,
dia membuat keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut. Walaupun berat untuk
kaki melangkah, namun keadaan telah memaksanya. Dia merenung ke arah hadiah
yang ingin di beri kepada Intan Suraya. Ianya merupakan sebuah telefon bimbit
yang di belinya menggunakan duit tabung. Telefon bimbit menjadi pilihan kerana
untuk mengekalkan hubungan mereka berdua agar tidak terputus walaupun
bersekolah di berlainan tempat nanti. Zuhairi sangat menghargai Intan Suraya
kerana dia adalah kawan pertama Zuhairi dan banyak membantu dirinya. Mungkin
tiada jodoh untuk mereka berdua. Keindahan yang sementara itu kini tinggal
kenangan dalam cacatan hidup Zuhairi. Sejak dari hari itu, Zuhairi tidak
bertemu lagi dengan Intan Suraya dan masih tertanya-tanya di mana Intan Suraya
berada.