Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Monday, May 2, 2011

Mia La'Zarra :Episode 4 (part 1)

Episode 4:Aku ialah ‘Indra Zaat’

Memori: Empat Puluh Empat Peratus


"Indra, tolong ambilkan ubat mak dalam laci tu."

Aku pun beralih arah ke bilik mak aku.
"Laci yang mana mak?"
Aku bertanya.

Ada dalam laci tuh.

Memang ada satu laci je dalam bilik ni.
Bisiku sendirian.
Bantai jelah.

Aku membuka laci yang berada di bawah alamari.
Tanagan kirikumembukanya dengan perlahan.
Aku meneliti satu persatu barang yang ada di dalam laci alamari tersebut.
Mata aku terpaku apabila melihat sebuah dokumen.
Aku cuba menarik dokumen tersebut perlahan-lahan.
Tanpa membuang masa aku cuba membaca dokumen tersebut.

Nama pesakit: Zarra Zaat


"Indra!"

Suara dari belakang menegurku.

"Indra jumpa tak ?"

Aku menoleh pandangan kepada mak aku.

"Lah, cari dekat laci tu memang tak jumpa lah. Mane ade orang letak ubat dekat laci pakaian. Sotong kering adalah."

Mak aku membuka laci yang berada di meja solek.

"Dekat sinilah"

Emak aku berkata sambil menunjukan ubat yang diambilnya.

Aku hanya mengiyakan sahaja.
Lalu terus  masuk kedalam bilikku.
dan aku terus meletakan punggungku ke atas katil.
Nama pesakit Zarra Zaat.
Bicaraku sendirian.
Kenapa pulak si Zarra Zaat ni sakit.
Yang paling penting kenapa dokumen sakit dia boleh ada dalam rumah aku.

Aku mengeluarkan dokumen tadi dari dalam bajuku.
Ya, aku sempat memasukan dokumen tadi tanpa pengetahuan makku.
Akupun membuka semula dokumen tersebut.
Satu persatu butir maklumat aku meneliti.

Nama pesakit: Zarra Zaat
Umur:19 tahun
Tarikh Rawatan:23/2/2008-19/12/2008
Tempat Rawatan: Hospital Mawar Seri Mersing.
Doktor:Suhaimi Saleem.

Lah, mane muka surat lagi satu.
Macam mana aku nak tahu dia amik rawatan apa.
Aduh susahlah macam ni
Bebola mata tertumpu kepada tempat rawatan, Hospital Mawar Seri Mersing.





Kakiku sudah melangkah masuk di Hospital Mawar Seri Mersing.
Mataku berlegar-legar mencari kaunter pendaftaran.
Dan akhirnya mataku terpaku di atas perkataan...
 "Kaunter Pendaftaran."

"Encik boleh saya berjumpa dengan Doktor Suhaimi Saleem?"

"Erm Doktor Suhaimi dah lama berhenti kerja."

"Yeke?, 
boleh saya dapatkan alamatnya."

"Maaf, encik...."

"Uh, Encik Indra."
Aku memperkenalkan namaku.

:Ye encik Indra, maklumat peribadi doktor perlu di rasiakan.
Melainkan...."

"Melainkan???"
Aku mencelah.

"Melainkan Encik Indra, boleh buktikan encik ahli keluarganya."

"Ouh, yeke..
Takpelah."

Aku melangkah pergi.
Macam mana aku nak cari Doktor Suhaimi ni.
Mungkin dia sahaja boleh jelaskan siapa Zarra Zaat.

"Erm, Encik Indra!"
Suara dari belakang memanggilku.

Aku menoleh kebelakang.

"Boleh saya tahu, kenapa encik mahu berjumpa dengan Doktor Suhaimi."

Aku mengeluarkan dokumen mengenai Zarra Zaat.






Aku cuba mencari bahagian sumber maklumat.
Menurut wanita kaunter tadi, dekat sini aku boleh semak butiran pesakit.
Jadi, aku bolehlah cari butiran Zarra Zaat.
Yang paling penting muka dia.

Aku masih meneruskan perjalanan untuk ke bahagian sumber maklumat.
Kaki kanan ku sudah melangkah masuk kebahagian sumber maklumat.
Mataku meliar mencari tempat untuk bertanya.
Akhirnya aku bertanya kepada seseorang jejaka berkacamata di situ.

"Erm, tumpang tanya?"
Aku bertanya kepada seorang lelaki yang menjaga kaunter sumber maklumat tersebut.

"Boleh, tanya apa tu?"

"Boleh tak saya mendapatkan maklumat tentang pesakit yang bernama Zarra Zaat?"

"Boleh saya tahu tahun bilakah dia mendapat rawatan di sini?"
tanya lelaki itu.

"Tahun.. 2008"

"Ouh, okey.. lagi saya satu, saya ingin tahu apa kaitaannya awak dengan Zarra Zaat, sebab kami tidak boleh memdedahkan maklumat pesakit sesuka hati."

"Er..sebenarnya Zarra Zaat tu adik saya.
Tapi lain bapa. Saya cuba untuk mengesan dimanakah adik saya berada.Kami sudah terpisah jauh
Aku menjawab dengan muka tidak bersalah."

"Sekejap ye."

Dalam hati aku berkata.
Pandai juga aku berlakon.

"Erm, ini maklumat yang encik cari."

Aku mengambil dokumen yang diberikan oleh lelaki itu.
Bersambung

No comments:

Post a Comment