Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Saturday, May 14, 2011

Mia La'Zarra :Tragedi(Ep5)

Episode 5: Tragedi
Memori: Empat Puluh Sembilan Peratus










Bos aku yang agak hensempun meninggalakan aku sendirian.
Aku masih tercari-cari siapa yang akan pergi bersama aku ke Pulau Semporna.

"Erm Encik Indra ke?"

Tiba-tiba suara dari belakang menegurku.

Kelihatan wanita yang ayu berada disampingku.
Rambutnya hitam bersinar seperti Aishwarya Rai
Kulitnya licin seperti Lisa Surihani.
Serta gebu seperti Blair Waldorf.
Siapa Blair Waldorf?
Haha, alah musuh kepada Serena van der Woodsen dalam cerita xoxo tu.
Peh! Memang lawalah dia.

"Encik Indra kan?"

"Aaaa.. ye saya Indra."
"Indra cukup."

Perempuan tadi tu tergelak kecil.

Eee.. comellah dia gelak.

"Ermm saya Shamia Zahar
Penulis dari Majalah Bye.
Tapi, lebih senang panggil Mia je."

"Mia?"

"Macam pelik je name tuh?
Boleh tak saya panggil Shasha.
Senang sikit."

Shasha hanya tersenyum sipu sahaja.
"Suka hatilah."
"Salam perkenalan"

Shasha menghulurkan tanganya.
Aku menyambutnya dengan perasaan bangga sambil berkata.

"Salam perkenalan, saya Indra."
"Indra Zaat."

Kami berdua meneruskan perjalanan yang mungkin permulaan pada cerita yang baru.
Ahh, ape aku merepek nih.
Kami melepasi operasi selongkar pihak berkuasa.
Dan kaki terus melangkah ke pintu E12.
Tiket penerbangan telah pun diberikan kepada pramugari yang agak lawa.
Dan kami sudah masuk ke dalam pesawat MH1203 yang akan bertolak ke lapangan terbang Sabah dalam masa 15 minit lagi.

Mata kami tertumpu kepada nombor yang berada di tempat duduk, untuk mencari tempat kami. Pencarian kami berakhir apabila kami menjumpai nombor D-12 dan D-13.
Dengan gentlemanya aku menyuruh Shasha duduk dahulu.
Shasha dengan muka manisnya duduk dan menjemputku duduk sekali.
Aku meletakan punggungku yang anjal di tempat duduk yang empuk.

Pada mulanya kami berdua berasa kaku untuk bertegur sapa.
Kedua-duanya berasa malu yang sebenarnya mahu untuk berbicara, tetapi hanya mampu berdiam diri.

Dengan beraninya aku cuba memecahkan tembok yang ada dengan pertanyaan.
"Sudah lama ke Shasha berkecimpung dalam penulisan ni?"

Shasah memandang ke arahku.
"Erm. Sebenarnya baru 3 tahun. Tetapi sudah mula menulis secara sendiri hampir 6 tahun."

"Ouh. Sebelum tu menulis dekat mane?"

Shasha tertawa kecil.
"Sebelum jadi penulis majalah saya menulis di blog sahaja.
Tak tahu pulak bende ni boleh buat kerjaya.
Rezeki orang kata.
Awak macam mana pulak ?
Dah lame ke main-main dengan lensa awak ?

"Haa, main-main?"
Aku tertawa kecil yang macho.
"Tak lama jugak.
Dalam 3 tahun lebih dua bulan."

Perbualan kami diganggu oleh pramugari
Nasib baik lawa. Kalo tak...


"Encik maaf meganggu.
Boleh saya tahu encik nak cofee ke tea?"

Shasha menjawab 'tea'.
Aku..
Belum pasti nak yang mana.
Sebab dari pagi tadi aku tak minum neslo.
Lalu aku dengan slumbernya menjawab.
"Kalau saya nak neslo boleh tak?"

Muka pramugari yang manis itu bertukar menjadi tua apabila dahinya mengerut seribu menandakan pelik dengan permintaan aku.

"Mmm. maaf encik kami hanya mampu membuat air 'cofee' atau 'tea' je."

"Ouh, saya tahu sebenarnya, mana alah tahu kot-kot awak boleh tolong buatkan.
Kalu macam tu bagi saya 'tea' jugak lah."

Pramugari tadi menagangguk sedikit dan meninggalakan kami.
Mungkin hari ini menjadi pengalaman yang buruk untuk pramugari itu.

"Awak suka minum neslo ke?"
Shasha bertanya.

"Erm.. ye dan menjadi pelengkap hidup.
Kalau tak dapat neslo sehari.
Lemah satu badan."

"Ouh yeke, sama dengan boyfriend saya."

Aku dengan pantasnya bertanya
"Awak dah ada boyfriend?"

"Maksud saya ex-boyfriend.."
Kami dah putus.

"Ouh, sorry.."

"Takpe."

Lalu aku bertanya lagi.
"Sekarang ni kira singlelah kan?"

Shasha hanya tersenyum dan terus menghadap ke tingkap.


Aku memandang ke arah Shasha.
Kelihatan dia sedang lena tidur di buai mimpi siang hari agaknya.
Aku merenung dia dengan khusyuk.
Ish! Dosa-dosa.
Tapi agak comellah dia tidur.


Tapi, dari bag tangan hingga ke bag galas dia semua warna hijau.
Mungkin dia suka warna hijau kot.

Aku cuba melelapkan mata aku.

"Zarra.. Zarra
Asal tak habis air neslo nih?
Membazir jelah.
Meh saya minumkan untuk awak.
Zarra.. kenapa senyap.
Merajuk eh, sebab saya habiskan mee rebus awak.
Nanti saya masakan okey.
Jangan lah macam nih.
Zarra..Zarra
Zarra!"

Uh,
Mata aku terbuka.
Huh, mimpi rupanya.

"Indra, awak okey ke?"
Shasha bertanya.

"Ouh okey-okey."

"Kita dah sampai."
Jom turun.

"Yeke. Jom!"
Akupun mencapai bag galas yang dibawa tadi dan berjalan untuk meninggalkan kapal terbang ini.

Kenapa aku mimpi Shasha panggil nama aku Zarra.
Pelik betul!



Kami keluar dari lapangan terbang Sabah.
Huh, dinggin suasana di sini.
Kami menaiki kerata yang di sewa khas oleh syarikat aku,Majalah Hai.

Perjalanan yang agak jauh dari lapangan terbang.
Kami melalui jalan-jalan kampung,
Dan tentulah pemandangan di sekeliling adalah pemandangan kampung.
Pokok kelapa, budak-budak main layang-layang.
Jarang benda-benda macam ni ada dekat bandar.
Memang takde pun.

Kaki kami sudah menjejaki Pulau Semporna.
Udaranya bersih, awan nanonya biru
Angin bertiup sayup-sayup manja.

Kami berjalan ke arah laut yang terbentang luas.
Lautnya..peh jernih.
Boleh nampak kehidupan laut dengan jelas.
Ikan Nemo pun boleh nampak.

"Erm. Saya masuk bilik dulu."
Kata Shasha sambil tersenyum.

"Okey, nanti kita jumpa
Masa makan malam."

"Okey."
Aku nampak Shasha pergi meninggalakn aku.

"Tiba-tiba aku rasa macam dah lama kenal Shasha. Rasa macam dah rapat je.
Huh, dunia-dunia. Kenapalah perlu jatuh cinta.."







"Saya nak mee rebus dengan ais nelso ais."
"Awak Shasha?"

"Erm. Bagi saya Mee goring udang dengan Milo goyang panas."

"Milo goyang panas?"
Aku bertanya.

Shasha tergelak kecil.
"Saya ikut menu je."

"So kita nak buat artikal apa untuk projek kta nih?"
Aku kembali kepada tujuan asal kami disini.

"Kita akan cerita pasal keindahan Pulau Semporna, tentang keunikan minuman di sini contonhya milo goyang, erm.. lagi pasal rutin seharian orang laut di sini.
"Okey tak?"

"Okey, nampak macam menarik.
Saya takde masalahlah.
Saya just clik, gambar dah siap.
Awaklah kene perah otak sampai kering nak buat artikel."

"Tulah pasal.
Awaklah yang buat.
Biar saya tangkap gambar."

"Boleh je.
Tapi awak pegang camera pun gegil."

Shasha buat muka.
Aku hanya ketawa kecil.

Pelayan membawa makanan yang dipesan.
Mee gorang, mee rebus.
Dihiasi dengan udang-udang yang segar.
Bau yang menyentuh nafsu makan.
Mee kuning bersinar.
Ummph, nampak macam menyelerakan.
Yang paling menarik milo goyang.
Kalau korang boleh lihat.
Susunya pekat dan bergoyang dibawah.
Boleh bayangkan tak?
Kalau tak boleh, bayangkan jelah air tuh bergoyang macam  punggung Inul.

Shasha merapatkan bibirnya ke straw dan berhajat untuk meminum air milo goyangnya.
Namun hajatnya terbantut apabila aku menahanya dari minum.

"Ops. Stop jap
Pose sikit
Pose baik punya nak masuk dalam majalah nih.
Nak tunujkan pada dunia,
inilah air milo goyang Inul Pulau Semporna."
Shasha hanya mampu tersenyum.

Kamipun menikmati makanan enak dan terangkat.
Aku boleh melincinkan mangkuk mee rebusku.
Rasa macam nak jilat je mangkuk nih.
Tapi kenalah cover sikit depan awek.

"Alah, panas lagi lah milo nih."
Tiba-tiba Shasha bersuara.

"Tiuplah.
Kalau tak, meh sini saya tiupkan."
Aku cuba meg-gentlementkan diri.

"Eh takpe-takpe, saya ada idea yang lebih menarik."

Shasha mengambil piring dari makcik kedai.
Lalu dia menuangkan air milo goyang sedikit ke atas piring tersebut.
Dengan slumbernya dan dengan muka tak bersalahnya dia menghirup air di piring tersebut.

Punyalah aku cover taknak jilat mangkuk nih.
Dia slumber anjing je hirup piring tuh.

"Ahh, sejuk sikit."
"Nak cuba."
Shasha mengajak aku.

Aku mula-mula rasa malu.
Tapi dia nih pulak buat muka comel.
Tak tahan gua beb!

Akupun bangun mendapatkan piring dan cuba aksi gila nih.
Ternyata, best doh.
Kamu semua cubalah buat kat umah.

Malam tuh memang malam suka hati.
Kami buat macam kedai tuh kedai pakcik anak tiri punye mak sedara kami yang punya. Aku memang tak sangka Shasha bersikap slumber sedemikian rupa.
Tapi okeylah dari dia diam membisukan.

Malam tu terpaksa menjadi kenangan sebab aku rasa mata aku tak boleh nak bukak,
Mungkin sebab kepenatan. Lagipun esok aku dan Shasha kena mulakan tugas.
Akupun balik kebilik.

Aku melemparkan badan ke katil.
Aku teringat semasa Shasha tergelak terbahak-bahak apabila
Air milo termasuk dalam hidung aku sewaktu aku cuba meminum air di piring tadi.
Walaupun dia gelak macam pontianak kena sawan babi.
But still, ada kecantikan yang masih lagi bersinar di mukanya.

Aku ni mungkin mabuk cinta kot.
Baru sehari kenal dengan dia dah fikir macam-macam.
Entah-entah dia dah ada anak tiga.
Huh, harap-harap janganlah.







































Tiba-tiba kepala aku rasa pening.
Mungkin aku minum neslo tadi kot.
Tapi. Aku rasa pening aku ni melampau-lampau pulak malam nih.
Aku cuba meraba beg galas aku untuk cari panadol.

Aku membuka penutup botol
Dan memasukan panadol ke dalam mulutku
Lalu minum air.
Aku menutup botol dan meletakan botol tersebut ke bawah katil.

"Zarra.. Zarra
Kenapa dengan you ni?
You okey tak.
You pening eh?
Tulah minun neslo banyak."

"Zarra!"

"Zarra!"




























































"Haaa!"
Air peluhku mengalir.
Jantungku berdegup laju.

Aku mimpi lagi.
Malam tuh.
Malam kejadian.
Aku ingat aku bawak kereta bersama dengan seorang yang gayanya seperti wanita.
Malam tu aku pening.
Mungkin sebab aku kot kemlangan tu berlaku.
Memang sebab aku.
Kesian wanita tu.
Di sebab kecuain aku satu nyawa melayang.

Tapi aku rasa macam kenal je suara dia.
Dalam mimpi aku kurang jelas rupa sebenarnya.
Suara dia macam..

Bersambung...


episode 4 part1 & part2     

No comments:

Post a Comment