Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Monday, September 12, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak ketiga-Game Over!

Pesan Penaja:
Pihak Ceritapatapenselku memohon maaf atas tidak mengupdate blog ini hampir sebulan, disebabkan penulis sibuk dengan aktiviti sosialnya. Dia kata juga dia tengah menghadapi minggu-minggu final dalam pelajarannya.
Diharap anda semua akan terhibur dengan episod 3 Generasi La nouvelle.





________________________________________________________________
“Glamorous tu dia ke?”
Tanya Fifi
“Yelah kot”
Jawab Adrina.
“Ouh macam susah je lawan kita kali nih.”
“Agak lah.”
“Kau cakap macam kenal je.”
“Memang kenal sangat.”
Adrina memandang ke arah Kirana.


“Mestilah, jom makan, saya bawakan sandwich dengan minuman isotonik.”
Eaz hanya mampu tersenyum. Dia membuka penutup 'tupperware' dan mengambil sandwich yang tampak  sedap.”
“Rasanye kita tidak sempat berkenalan lagi. Awak boleh panggil saya Eaz dan awak..?”
Tanya Eaz sambil mengunyah makananya.
“Panggil je Suraya”
“Hah, lagi satu, kenape awak selalu ade dekat mane saya ade?”
Eaz menegrutkan dahinya.
“Entahlah, kebetulan kot.”
“Boleh pulak kebetulan, takan sandwich nie kebetulan gak kot...
by the way macam mane awak boleh tahu saya yang basahkan kertas quiz kelas?”
Suraya merenung ke mata Eaz.
“Kalau awak nak tahu sebenarnya saya ada dekat tempat kejadian.”
Eaz terkejut mendengar kata-kata Suraya.
“Mesti awak nampak muka cuak saya kan,”
Suraya ketawa kecil.
“Awak tak kesah ke kene repeat balik quiz tuh?”
“Actually, saya memang suka quiz tu repeat balik sebab that day saya datang lambat, then Miss Amanda tak kasi masuk,
kertas tu basah sebab kene karma saya kot.”


Adrina dan rakanya melakukan stretching sebagai persedian terakhir untuk berlawan dengan pasukan Glamorous.
Manakala kumpulan glamorous,
“Hey Kirana aku tengok dorang tu macam hebat je”
Suki menegur Kirana.
“Apa kau panggil aku tadi? Kirana? Ouh no.. no.. mulai hari ini korang tidak dibenarkan sama sekali memanggil aku Kirana sebab tetiba pulak aku rase macam nak muntah bile teringat budak gedik tuh, korang just call Kira okey, barulah glamorous sikit.
Ek eleh budak hingusan macam tu pun korang nak takut,
korang rileks je,aku masuk game tak pernah kalah,
just wait and see.”
“Ouh betul lah cakap kau. Tapikan aku tak perasan pulak nama kau nak dekat same dengan budak gedik tuh.
Kira memandang Suki dengan renungan yang tajam.
“Okey-okey aku gurau je tadi.”
“Dah.. dah jangan nak merepek cepat stretching.”
Kira menjerit dan mengarah rakanya melakukan stretching sambil memerhatikan kumpulan Adrina.

Masa yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Kini beradu dua tenaga, pasukan Glamorous menetang pasukan AKB. Sepak mula berpihak kepada pasukan Glamorous. Bola yang bulat itu berada di kaki kiri Kira dan Kira cuba membawa bola tersebut ke gawang gol pasukan AKB. Namun pasukan pertahan AKB yang diwakili oleh Mira dan Kiki memberi halangan yang mantap kepada Kira. Namun Kira dapat melepasi halangan tersebut. Cubaan pertama dari Kira gagal kerana dapat diselamatkan oleh penjaga gol pasukan AKB yang berbadan gempal dan comel.

Kini tiba giliran Adrina untuk mengatur langkah dan cuba menjadi pendahulu perlawanan. Harapan setinggi gunung yang diidamkan oleh Adrina musah sama sekali apabila Kira merampas bola darinya dan menolak Adrina sehingga jatuh dan tersungkur. “Padan muka!” perkataan yang sempat di lemparkan oleh Kira kepada Adrina. Kelihatan Adrina tertiarap di lanti. Dia bangun dan menyapu-yapu lututnya. Kira dengan ghairahnya cuba menjaringkan gol, namun sekali lagi penjaga gol AKB menjadi penyelamat keadaan.

Kali ini Adrina cuba merebut bola dari Kira. Dia hanya tertendang sedikit kaki Kira,
Namun, effect yang dilakukan oleh Kira sangat dasyat. Dia terjauh bagai nak rak dan menjerit menyerupai seseorang nampak hantu. Dia melakukan aksi sakit yang melampau mengalahkan pelakon terhebat Malaysia Lisa Surihani. Pengadil pula terpedaya dan meniupkan wisel serta menangguhkan perlawanan. Kelihatan pasukan pertolongan cemas bergegas lari ke arah Kira. Kelihatan juga, situasi di luar gelanggang, Edy dengan riak muka risau sambil memerhatikan kekasihnya Kira.

Adrina dan rakan-rakanya berkumpul.
“Asal drama queen sangat perempuan tuh?”
Rasa  ketidak puashatian  Mira terhadap Kira.
“Biar jelah dia, woi korang lepas ni aku nak korang semua main betul-betul,
Fifi mane magika kau,
kau kan bekas juara, aggresif lah sikit.”
Tegas Adrina.
“Kalau nak harapkan aku sorang yang lain semua kaki bangku macam kayu buat ape!”
Balas Fifi dan terus keluar gelanggang.

Adrina rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya berkata sedemikian. Tetapi gaya Fifi marah tahap gaban, itu yang membuatkan Adrina rasa terus bersalah. Perlawanan terpaksa ditangguhkan angkara Kira selama 15 minit. Masa itu digunakan oleh Adrina untuk meminta maaf kepada Fifi.

“Fifi, sorry eh aku tertekan tadi.”
“Diamlah kau.”
Kata Fifi secara keras dan terus meninggalkan Adrina.
Sentap Adrina dan hanya mampu melihat Fifi meninggalkanya.

“ Are you okey baby?”
Kata Edy sambil memegang bahu Kira.
“Tak youu..
Sakit sangat..
I rase kaki I macam patah je..
Dia tendang kuat sangat macam nak wrestling I je.”
“Okey-okey, you cool down
You rehat..
I belikan air untuk you jap.”

Edy masuk ke kedai yang berdekat dan terus mencari air kesukaan Kira, 'Ice Lemon Tea'. Selesai membeli air, Edy melangkah keluar dari kedai tersebut dan langkahnya terhenti apabila Adrina yang sedang duduk sambil memeriksa lukanya akibat terjatuh. Edy masuk kedai semula. Adrina sedang memeriksa lukanya. Kelihatan kulit di bahagian kakinya terkoyak dan menyebabkan pendarahan kecil.

“ I think you need this.”
Kelihatan Edy menghulurkan plaster kepada Adrina dengan mukanya yang cukup manis. Adrina memandang ke arah Edy.

“Terima kasih banyak-banyak..Encik Edy,
saya rase drama queen awak tu lagi memerlukan.”
Adriana terus meninggalkan Edy.
Edy terdiam dan hampa, sambil memerhati Adrina pergi meninggalkanya.

Adrina mendekati kumpulanya.
“Okey guys aku nak minta maaf sebab aku cakap kasar dengan korang tadi.
Aku tension tadi,
dengan game kene tangguh then, si pompuan drama tu lagi.. please guys.. I mean my powerpuffgilrs..
Adrina mengaku kesilapanya. Fifi dengan bengangnya memerhati dari jauh.
“ Cuba kita ingat semula kita masuk game ni, untuk suka-sukakan,
nak eratkan hubungan kita as friend.
Takan pasal bende ni kita nak gaduh.
Kitakan kawan mane boleh gaduh.”
Adrina, sambil memerhatikan Fifi.

“Aku minta maaf sangat..sangat.”
Adrina, sambil memeluk tiga rakanya yang lain.

Tidak lama kemudian, Fifi mendekati Adrina.
“Wei Adrina akupun nak minta maaf..
akupun tak patut cakap macam tu.”
Fifi memeluk Adrina.

“Okey girlfriend, kalah ke, menang ke,
semua tu belakang cita,
yang penting kita enjoy!”

“Siapa kita?”
Jerit Adrina.

“A.K.B
Awas Kaki Bangku..
oooo yeeah.”
Dengan semangat Adrina dan rakan-rakanya menyebut nama pasukan mereka.

“Patutlah main macam kambing main bola,
rupanya kaki bangku.”
Sindir Kira.

“Eh budak nih, aku hentak kang,
baru patah kaki tu betul-betul.”
Marah Mira sambil di tenangkan oleh Fifi.

Pengadil memanggil kedua-dua pasukan bagi meneruskan perlawanan yang tertangguh hampir 15 minit. Kumpulan Adrina tampil dengan semangat yang baharu.
Kumpulan Glamorous yang diketuai oleh Kira masih lagi dalam kesombongan mereka.

Perlawanan diteruskan tanpa sebarang jaringan. Perlawanan di antara meraka hanya berbaki 2 minit lagi untuk kedua-dua pasukan menjaringkan gol. Salah seorang dari pasukan Glamorous dengan pantasnya membawa bola tersebut ke arah gawang pasukan AKB. Kira dapat menembusi tembok pertahan AKB. Dia terus menyepak bola dengan kencang ke arah gawang gol pasukan AKB.

Priitttt!!
Wisel berbunyi.

Eaz tendengar bunyi wisel.
“ Eh Suraya saya terlupa kawan saya ade game sekarang.
I got to go now,
Awak duduk sini, jangan nakal-nakal saya nak pergi tangok jap.”

Eaz bergegas berlari mencari gelangang C. Matanya tertumpu ke arah gelanggang tersebut. Kelihatan suasana sunyi tanpa sebarang perlawan. Dia cuba mencari Adrina di sekitar gelanggang namun kelibat Adrina gagal dikesan.
“Ooii Eazkandar!”
Tiba-tiba kedengaran seseorang memanggil nama Eaz.
Kelihatan Adrina melambai-melambaikan tangannya dengan perasan yang gembira.

“Dah habis ke game?”
Tanya Eaz.
“Dah lah, kau lambat sangat.”
“So menang lah ni.”
Adrina hanya terdiam.

“Takan nak bagi kaki bangku menang.”
Kira mencelah perbualan mereka dan berlalu pergi.
Eaz memandang ke arah Adrina.










“Relaxlah, kaukan kaki bangku, kasi lah kaki bola menang.”
Adrina tersenyum dan terus menendang kaki Eaz sekuatnya hatinya.
“Wei sakitlah.”
“Padan muka kau.”
“Kaki kau keras macam bangku doh.
Sakit gila.”
Eaz, sambil memegang kakinya.
Eaz kembali ke tempat dia bersama dengan Suraya. Ternyata Suraya sudah meninggalkan tempat tersebut. Kelihatan sekeping kertas yang ditinggalkan di atas tupperware sandwish. Eaz tersenyum membaca nota tersebut.


Eaz membuka pintu almari di biliknya. Dia mencari baju yang bersesuaian untuk acara malamnya. Bermula dengan baju kemaja hingga ke jaket casualnya dia mencuba. Akhirnya dia memutuskan untuk memakai t-shirt sahaja. Ringkas dan bergaya katanya. Sekarang dia mengayakan rambutnya supaya tampak kemas. Eaz pergi ke Cafe Manger sebagai tempat temujanjinya.
Eaz melihat jarum jamnya. Jam sudah menunjukan tepat pada pukul 8.00 malam.

“Ish mana dia nih, kata pukul lapan.”
Rungut Eaz sendirian.

Tiba-tiba riak muka Eaz apabila orang yang ditunggu-tunggu sudah muncul.
Kelihatan Miss Amanda anggun dengan baju kurung birunya.

Eaz masih ingat syarat yang diberikan oleh Miss Amanda kepada dirinya.
***

“Awak yang buat.?”
“Ye miss, saya yang buat tapi saya tak sengaja...
sorry miss.”
“Senangkan dunia sekarang.
Bila buat salah minta maaf..
buat salah minta maaf...”
Miss Amanda mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Saya boleh maafkan awak,
tapi bersyarat..”
“Bersyarat miss?”
“Ye bersyarat,
syarat yang pertama, awak kene belanja saya tiga hari tiga malam.”
“Miss minta belanje je?
boleh....
“Ada lagi,
awak tak boleh tolak sebarang permintaan dari saya.?”
“Miss ajak kawinpun boleh.”
“Saya ajak kawin betul-betu baru tahu.
Ada lagi satu.”
“Ade lagi?”
“Ade..,
bila orang tanya pasal kejadian nih,kau just senyum tak perlu kata apa-apa..
faham!”
“Faham.”
“Syarat ini akan dikuatkuaasakan bermula hari ini hingga diberitahu kelak.”


“Hai miss, anggun miss hari ni macam puteri gunung ledang.”
“Mana awak tahu puteri ledang tu anggun ke tak?”
“Lah, miss nih nak gurau..gurau manjapun tak boleh.”
“Ada..ada lah awak nih.
Nih awak oder ape untuk saya.”
“ Nasi Goreng Tomyam Gung besertakan budu dan sambal belacan Setiawan.”
“Amboi, panjangnye name.”
'Itu baru sikit
saya ade oder air yang special untuk miss,
nak tahu?
Saya order air suam-suam kuku.
Bajet dah larilah beli makanan,
mahal tu... makanan tu..
sebab tulah name dia panjang.”
“Macam-macam lah awak nih,
nih awak ingat tak syarat kita yang kedua?”
“Ingat,
syarat yang tak boleh tolak permintaan dari miss.”
“Haaaa. Bagus, kalau macam tu,
awak di arahkan untuk ikut saya pergi ke kem Generasi Baru lepas raya nanti.”

“Pergi kem?”
Eaz kebingunngan.


_________________________________________________________________________________
Memang aku dah agak dah aku kalah. namapun kaki bangku. so kenalah kalah.But, hari ni hari yang paling indah untuk aku. 
Jap dari pukul lapan malam aku cube kol Eaz tapi dia tak angkat. Manelah pergi budak gila nih.
Okeylah, sampai disini sahaja dairi Adrina..
Jumpa esok..
yang benar,
Adrina
___________________________________________________________________________________

"Kenapa pulak kene tunggu sampai habis raya?"
Tanya Lisa.

"Mungkin mase tu nak raya kot.
Biarjelah dorang tu. Jom lah balik, aku nak mandi, bau badan dah naik nih."
Jawab Sarah sambil membau ketiaknya.

"Patutlah aku bau macam kambing je. dah jom balik."

Sarah merenung tajam ke arah Lisa.

Bersambung..












No comments:

Post a Comment