Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Saturday, September 24, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak Keempat-Hari Mulia

“Saya suka awak”
Miss Amanda memandang Eaz dengan pandangan yang agak menggoda.

“Tapi sayakan muda,
macam tak sesuai je dengan miss.”
Dengan tenang Eaz menjelaskan.

“Lagi muda, lagi bagus.”

“Er.. tapi saya taklah bagus mana pun.”

“Awak tengok datuk siti dengan suami dia,
walaupun ade perbezaan umur,
tapi bahagia je.
Mungkin kita pun macam tu.”

“Ape miss cakapkan nih, saya tak faham.”

Miss Amanda tersenyum dan terus mencium Eaz.

“Arrrrggghhh!!!!!!”

Eaz membuka matanya. Air peluh Eaz mengalir-ngalir dan dia kelihatan tercungap-cungap.

“Huh, mimpi buruk aku hari ni.”
Bisik Eaz sendirian.

Eaz memandang ke arah jamnya.

“Pukul 7.00 pagi”

Eaz memandang ke arah kiri dan kananya. Seperti dia ingin mencari sesuatu. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada air mineral yang berada di atas meja belajarnya. Eaz membuka penutup botol dan terus menegguk air tersebut.

“Oi!!! tak puasa ke?”
Tegur rakan sebiliknya.

Terkeluar air dari mulut Eaz.

Babak keempat(Generasi La Nouvelle Edisi Raya)


1 0gos 2011
Pagi-pagi lagi tekak kehausan mencari air. Lupa pulak hari ni puasa. Tulah, kantoi pulak tak pergi terawih semalam sebab tulah terlupa hari ni puasa. Semoga hari ini akan di penuhi keberkatan. Amin..
Wah, ayat aku tak tahan betulah..


Minggu pertama Ramadhan.

“Asal pulak minah nih suruh aku jumpa dia kat cafe.
Kan hari puasa.
Cutilah tu.”
Leter Eaz sendirian sambil memerhati jam di tanganya.

“Assalamualaikum..”
Kedengaran suara yang mendayu memberi salam.

“Walaikumusalam.”
jawab Eaz sambil menoleh pandangannya ke arah suara itu.

Mata Eaz tidak berkelip memerhati wanita yang memberi salam tadi.
Glumm..
Kedengaran air liur yang ditelan oleh Eaz.

“Wah cantik gila kau Adrina.”
Eaz memuji.

Kelihatan Adrina bertudung berkonsepkan tudung Hana Tajima dengan lengkap berpakaian baju kurung moden serba hijau.

“Terima Kasih,
Minta Maaf kerana lama menunggu.”

“Wah, sekarang cakap pun dah lain.
Kenapa kau bertudung nih?”

“Alhamdulillah, semuanya hidayah Allah.”
Dengan sopan Adrina menjawab.

“Alhamdulillah..
Ke kau malas nak sikat rambut.”

“Eh, kau cakap baik-baik sikit eh.
Aku sekeh kepala ko kang.”
Adrina bertukar ganas.

“Eh, Adrina... Adrina.... kawal..Adrina..
Kau kan dah dapat hidayah mana boleh marah- marah.
Aku saja gurau-gurau dengan kau tadi.”

“Eh, lupa pulak..
Erm..
Tak, aku saja nak try..try..
mana tahu terus pakai pulak ke.
Kau doa-doakanlah eh.”


“Amin..
InsyaAllah aku akan kenang kau dalam doaku.
Asal kau nak jumpa aku nih.”

“Aku nak suruh kau tangoklah menampilan terbaru aku.
Okaykan?”

“Okay..
Terbaik!!”

“Kalau macam tuh,
Okaylah aku nak pergi kelas dulu.
Bye..
Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.”
Eaz tersenyum.


Dikelas Adrina..

“Kejayaan..
Kejayaan adalah satu anugerah Allah yang patut manusia hargai.”
Ustaz Zamri memulakan pelajaranya.

“Okay, kelas siapa yang membantu dan sering memberi dorongan kepada kita untuk mencapai kejayaan?”

“Ibu bapa”

“Betul.
Lagi?”

“Rakan-rakan,
ustaz.”

“Betul juga.
Tapi ada segelintir masyarakat ataupun seseorang yang telah membantu kita untuk mencapai kejayaan tanpa kita sedari..
Nak tahu semua?”
Ustaz Zamri memandang pelajar-pelajarnya termasuk Adrina.

“Adakah kamu semua sedari makcik-makcik, pakcik-pakcik yang menyediakan makanan dan kamu membelinya membantu kamu dalam mengapai kejayaan?
Kalau mereka semua tak masak..
alamatnya mati kelaparanlah kamu semua.
Kalau kamu tinggal di kolej,
toilet kamu..
siapa yang bersihkan?
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tua-tua tuhlah yang tolong kamu bersihkan.
Kalau nak harapkan kamu semua..
memang taklah..kan..
bayangkan kalau mereka semua tak bersihkan bilik air kamu..
lepas tu bilik air kamu semua kotor..
kamu malas nak pergi mandi sebab kotor
lepas tu kamu semua jatuh sakit sebab tak mandi, kuman merebak..
adakah kamu akan mencapai kejayaan?
Tentu tidak.

Begitu jugak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tolong kamu semua bersihkan koridor bilik kamu semua.
Tolong susunkan selipar dan kasut kamu.
Tolong sapu..tolong mop...
tapi kamu tak pernah ucapkan terima kasih dekat mereka
tak tegur mereka, tanyalah khabar ke ape ke..
ini tak... berselisih dengan mereka buat muka
senyumpun tak.
Merekapun ada perasaan juga.

Saya harap lepas nih kamu semua akan lebih menghargai golongan-golongan ini kerana tanpa kita sedari golongan-golongan inilah sedikit sebanyak membantu kita dalam mencapai kejayaan.
Sebelum saya teruskan lagi ada sebarang pertanyaan?
Ustaz Zamri membuka soalan.

“Haaa ustaz saya ada satu soalan?”
Kira, sambil mengangkat tanganya.

“Ye teruskan.”

“Soalan ini macam takde kene mengene sikitlah dengan tajuk perbincangan kita hari ni.
Tapi memandangkan ini bulan yang mulia dan jarang kami jumpa ustaz,
jadi eloklah saya tanya soalan ini..
dengar ye ustaz.
Adakah seseorang itu dikatakan munafik..
jika dia tidak pernah melakukan perkara tersebut..
tapi pada bulan yang mulia ini dia berpura-pura buat..
ahh.. contohnya pakai tudung ketika bulan puasa.”
Dengan slumbernya Kira bertanya sambil memandang ke arah Adrina.

Adrina tunduk ke bawah.

“Kalau berubah kepada kebaikan apa salahnya.”

“Tapi bukankah itu berpura-pura namanya.”

“Itu semua tak jadi masalah.
Asalkan dia cuba berubah menjadi baik.
Yang penting ada niat untuk berubah..
bukan pandai berkata-kata sahaja.”
Ustaz Zamri merenung tajam ke arah Kira.

Adrina berjalan di lobby kolejnya. Matanya tertumpu kepada makcik yang sedang mop lantai di lobby kolejnya.
Dia teringat kembali kata-kata Ustaz Zamri.



Begitu jugak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tolong kamu semua bersihkan koridor bilik kamu semua.
Tolong susunkan selipar dan kasut kamu.
Tolong sapu..tolong mop...
tapi kamu tak pernah ucapkan terima kasih dekat mereka
tak tegur mereka, tanyalah khabar ke ape ke..
ini tak... berselisih dengan mereka buat muka
senyumpun tak.
Merekapun ada perasaan juga.


“Maaf makcik tumpang lalu.”
Adrina berkata kepada makcik yang sibuk membersihkan lantai tersebut.

Makcik tersebut tekejut dan terus memandang ke arah Adrina.
Adrina tersenyum.
Makcik itu pun membalas senyuman Adrina dan melihat Adrina berlalu pergi.

Adrina membuka pintu biliknya dan terus meninggalkan kasutnya di luar.
Kelihatan pintu dibuka kembali.
Adrina mengambil kasutnya dan dia menyusun kasutnya di rak yang di sediakan.


Minggu kedua Ramadhan

“What tiket bas dah habis?”
Adrina semacam tidak percaya statement yang dikeluarkan oleh Eaz.

“Itu yang aku dengarlah.
Tapi kita boleh check dulukan.”

“Kalo dah habis macam mana?”

“Raya je lah dekat sini..”



“Kau ni semua bende nak buat main-main.
Seriouslah sikit.
Macam mana nak jadi bapak nih.”

“Ouh, okay-okay..
Macam nih, petang nih kita cuba pergi tengok.
Okay?”

“Erm..
okay-okay..
jap..jap kau takde kelas ke?”

“Jap...
Allah...
petang nih aku ade kelas kitchen lah.
Adoii.. memang tak dapat baliklah jawabnya.”

Adrina mengerutkan dahinya.


Kelas Kitchen Eaz

“Okay guys, hari ni kelas pertama kita di bulan puasa.
So, kita cuba kurangkanlah apa yang patut ye.
Kita kurangkan recipe kita dan kita cuba balik awal.
But guys, korang nak buka kat kicthen ke nak kat cafe masing-masing?”

“Dekat sinilah chef.
Mewah sikit.”

“Ouh okay.
Saya akan cuba masak untuk kamu semua.
But kamu semua kena janji habiskan semua makanan, jangan membazir.
Okay. So hari nih saya nak ajar kamu semua buat stock and thickening agent serta mother sauce.
Dari sini segala basic sauce, soup yang ade kat dunia terlahir.
Tak mainlah pakai ready made okay.
Untuk sem satu nih awak belajar basic je.
We back to basic.”

“But sebelum tuh saya pernah bagi tahu belum sejarah dunia masakan nih?”

“Belum lagi”

“Ouh ye ke?
Sejarahnya bermula dari zaman dulu-dulu lagi.
Zaman batu dulu.
Orang dulu buru binatangkan?
So satu hari musim kemarau berpanjangan telah berlaku .
Panaspun berpanjanganlah.
Hutanpun terbakar.
Habis semua binatang semua terbakar.
So, orang dulu-dulupun testlah makan binatang yang terbakar tuh.
Dia makan-makan, last sekali dia buat rumusan
Binatang apabila terkena api lebih sedap.
Dari situlah bermuanya perkembangan dunia masakan.
Nampak macam tak logiklan.
Tapi itulah faktanya.”

Teruja para pelajar mendengar Chef Fauzan menceritakan sejarah dunia masakan.

“Okay saya akan buat demo sikit.
Awak salin lah apa yang patut.
Siapa nak tangkap gambar pun boleh.
Nanti masuk facebook tag kat saya.
Okay mula-mula kita....”

“Panaslah kat sini.”
Eaz berkata kepada rakanya

“Tulah, sampai basah ketiak aku.
Kau tengok Suraya tuh, sampai merah muka dia.”

Eaz memandang ke arah Suraya.
Kelihatan muka Suraya kemerah-merahan, mungkin sebab terlampau panas agaknya.

Sedang Chef Fauzan membuat demo, tiba-tiba ada bunyi hentakan yang kuat.

Suasana menjadi senyap seketika.

“Chef Suraya pengsan.”

Semua orang menumpukan pandangannya kepada Suraya.
Kelihatan Suraya tertiarap di atas lantai.

“Kamu dua orang tolong saya angkat dia pergi ke bilik rawatan.”
Chef Fauzan menyuruh Eaz dan seorang lagi rakanya untuk membantu.

“Err.. takpe ke saya pegang dia Chef?”
Tanya Eaz
Chef Fauzan memandang Eaz.

“Haa kamu Siti tolong angkat bahagian badan yang lain angkat bahagian kaki dan kepala.
Cepat..cepat”

Eaz melakukan tugasnya dengan mengangkat Suraya badan bahagian kaki.
Suraya dibawa ke bilik rawatan.

Dua puluh minit kemudian, kelas kicthen berjalan seperti biasa dan Suraya sudah sedar dan kini berada di biliknya.

Waktu berbuka puasa di kitchen
Rambang mata Eaz melihat lautan masakan yang tersedia di atas meja makan.

“Wah, makan besar kita hari ni.”
Kata Eaz.

Azan sudah berkumandang menandakan sudah masuknya waktu berbuka puasa di Setiawan dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kelihatan mereka bersemangat makan makanan yang telah disediakan oleh mereka sendiri dan Chef Fauzan. Sudah menjadi kebiasaan, Chef Fauzan masak untuk mereka semua selepas tamat waktu pembelajaran.

“Weh Eaz makanlah..
Termenung pulak dia.
Ni mesti teringat kat Surayalah nih.
Nati habis kelas kau mesejlah.”

“Eaz tersenyum.”


“1 massage received”
Suraya membuka inbox telefon bimbitnya.

Hai, it's me Eaz.
Harap kamu sihat.
Jangan nakal-nakal.
Jumpa kelas esok. Okay.
Bye!

Suraya tersenyum membaca mesej dari Eaz.


Minggu balik kampung..

“What kita balik naik kereta api?”
Adrina menjerit.

“Okelah tuh.
Naik kereta api lagi mahal kot.
Plus, kita tidur kat katil, bukanya kat tempat duduk tuh
lapan jam siapa tahan?
kalau kat katil boleh tidur”
Eaz menjawab.

“Erm, macam menarik.
Bolehlah aku bawak beg tarik.
Nampak macam balik naik flightkan.”

“Apa-apajelah Adrina.
Janji kau jangan lambat.
Pukul lapan dah ade kat bawah.
Bukan pukul lapan baru nak mandi.
Aku tunggu kau kat cafe.”

“Siapa lagi ikut?”

“Kawan aku dua orang.
Tambah kawan kau...
Semua dalam tujuh oranglah.
Nanti dekat tren pompuan bawah,laki atas.
Okay?”

“Memang satu gerabak tuh kita punya.
Okay-okay jumpa nanti.
Aku nak pergi pack barang.”


3.00pagi di Kereta Api Tanah Melayu

Mereka bertujuh memilih untuk tidak tidur malam ini kerana keterujaan untuk balik ke kampung. Oleh itu pelbagai lawak bodoh kedengaran dari mulut-mulut mereka serta perbincangan topik yang tidak masuk akal. Bermula dengan topik anak ikan, kawin muda dan mengapa Malaysia tiada cuti musim panas. Selepas itu mulalah lawak jenaka yang tidak masuk akal dalam erti kata yang lain lawak bodoh.

“Okay...okay aku ada satu teka-teki,
ada satu haiwan ni,
dia unik sexy dan dia hanya mucul setahun sekali.
Kalau kaki dia ada enam
dia akan ada enam biji telur.
Malah lagi panjang, lagi banyak kaki dan lagi banyak telur.
Ce teka..ce teka.”
Eaz dengan bangganya memberi teka teki kepada rakanya yang lain.

“Alah, lipan”

“Salah.”

“Cacing.”

“Memang cacing ada kakipun kan..”

“Maybe, biawak air.”

“Salah, salah ,salah
Satu lagi cobaan.”

“Entah, malas aku nak layan kau nih Eaz.”

“Takanlah teka teki macam nih punya senang tak dapat jawab.
Macam mana nak lahirkan generasi berkepimpinan.
Kita kene berwawasan selaras dengan gagasan 1Malaysia.
Okay, sedia semua dengan jawapanya..


Naga yang ada masa perayaan tahun baru cina.”

“What?
Lucah gila lawak kau nih.”

Mereka bertujuh ketawa terbahak-bahak mendengar teka teki Eaz tadi sehingga tak ingat dunia.

“Kamu tak nampak saya tengah tidur ka?
Hallo kata 1Malaysia..
Bertimbang rasalah sikit..
Tidurlah.. ayooo amma..”
Tegur seorang lelaki yang mungkin tidak tahan mendengar lawak bodoh mereka.

Semua terus terdiam dan pergi ke katil masing-masing.


6.40pagi KL Sentral

“Wah, indahnya suasana di kl.
Dah lama aku tak balik.
Apa khabar Kuala Lumpur?”
Teruja Eaz.

“Kau asal Eaz?
Batak sangat.”



“Rindu, kampung halamanlah.
Okay, nampaknya semua kene mengambil destinasi masing-masing.
So, jumpa lagi
Selamat Hari Raya.”

Mereka berpecah dan mengambil haluan tersendiri. Semua pulang ke rumah masing-masing bagi meraikan hari raya yang indah, hari kemenangan umat Islam setelah sebulan kita berpuasa.
Cukup puasa ke dorang tu semua?
Lebih-lebih lagi Adrina..
Eazpun bukan boleh percaya sangat.
Itulah budak-budak zaman sekarang.


Hari Raya Keempat

Satu persatu kuih raya dimasukan di dalam mulut sambil menyaksikan drama di televisyen. Maklumlah hari rayakan semua banyak drama yang menarik di tayangkan di kaca-kaca televisyen.
Tiba-tiba telefon bimbit Eaz berbunyi.

'Adrina calling'

“Hello, asal call aku”

“What?”

“Kekasih lama aku..
Dah lama tak jumpa..”

“Bila?”

“Malam ni..”

“Okay!”


Kereta yang dipandu Eaz diberhentikan di tepi rumah Erin. Eaz dan Adrina keluar dari kereta dan menuju masuk ke pekarangan rumah Erina.

“Adrina, nasib baik Erin buat open house..
Kalau tak aku bosan doh duduk umah.
Dah besar-besar nih tak semangat pulak nak raya umah sedara.”

“Kau memang.
Kalau kau raya umah sedara,
dapat duit raya.
Duduk umah apa dapat?
Taik mata je dapat.”

“Haih, dah besar-besarpun dapat duit raya ke?
Dah lama tak jumpa diakan.
Rindu pulak aku.”

“Tulah.
Jom, masuk cepat.”

Mereka sudah sampai diperkarangan rumah Erin. Sampai sahaja di situ mereka terus mencari Erina namun tidak diketemui. Sedang sibuk mencari, tiba-tiba nama mereka berdua dipanggil oleh seseorang.

“Wei, Eaz, Adrina!
Sinilah.”

Kelihatan seseorang tengah melambai-lambai memanggil mereka berdua.

“Wah, Erin
dah lama tak jumpa.”
Adrina berpelukan dengan Erin.

Selepas itu, Erin memandang Eaz.
Eaz pulak memandang Erin.
Kedua-duanya bertentangan mata.

Haaa, mesti anda semua confusekan.
Siapa Erin sebernarnya..
Jeng..jeng..
Kalau anda semua mengikuti series Apabila Cinta Berbicara
Anda akan dapat mengenali siapakah Erina

“Weh asal kau dah gemuk.”
Kata Eaz sambil tersengih.

“Kau memang takan berubah perangai kau kan.
Macam dulu dulu gak.
Perangai macam budak-budak.”
Kata Erin sambil riak mukanya yang masam

Eaz ketawa.

“By the way,
Lawa doh baju kau.. mesti mahalkan.
Tapi asal kau tak gosok.”
Eaz cuba menyakat Erin lagi.

“Eaz!!!”
Jerit Erin.

Adrina hanya ketawa sahaja melihat telatah mereka yang dari dulu hingga sekarang tak pernah berhenti bergaduh. Mereka berkumpul dan meraikan hari raya bersama.


'1 masssage received'
Eaz membacanya.

Eaz, macam mana nak check group Kem Generasi Baru?
Aku tak tahu lah..
Kau tolong check untuk aku.



Eaz terus membuka komputer ribanya dan membuka laman web rasmi Universiti Setiawan.

“O.m.j”
Eaz berkata sendirian.

Eaz menekan laman chat di facebook untuk berhubung dengan Adrina.

You: Wei kau nak tahu tak kau group dengan sape?
Adrina: Mestilah, kan aku suruh kau tadi.
You: Kau mesti suka group dengan kawan baik kau sendiri.
Adrina: Alah, boring aku group dengan kau, tak de orang lain ke.
You: Sape kata, kau group dengan aku.
Adrina: Habis tu siapa Fifi?
You: Kira dengan boyfriend dia...
Adrina: What??
You: Haha.. Drama swasta bermula..
Adrina: :(

Memang lawak betulah, dalam banyak banyak orang kat u nih, kenapa mereka berdua dipertemukan dengan group yang sama. Aku pulak masih lagi tersekat dalam perjanjian dengan Miss Amanda.
Entahlah. Okay okay aku nak pack barang. nak gerak ke kem esok.
Trimas. Salam 1Malaysia..

Eazkandar


Bersambung

No comments:

Post a Comment