Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Monday, October 17, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak Kelima-Adrina memuncak,Eaz bahagia,Kira menderita


“Wah, mee goreng dengan air rebina
Kelaslah kauLisa.”

“Apa yang kelasnya?
Mee goreng je pun.”
Lisa sambil duduk disebelah Sarah.

“Weh, kau tahu tak aku punya tut hilang..”

“Tut?”
Lisa kebinggungan.

“Alah lah kau ni loading-lah.
Aku punya tutlah..”
Sarah, sambil membuat aksi memakai.

“Apa?
Cakap jelah, bukan ada orang nak dengar pun.”
Kata Lisa sambil makan mee gorengnya sedikit.

“Ish, aku punya bra hilanglah.”
Dengan slumber Sarah berkata.

Tersedak Lisa lalu dia menepuk-nepuk dadanya.

“Tekejut aku.
Kau ni, itu pun nak cerita ke.”

“Ye lah mahal kot aku beli.
Eh, nanti kalau aku tak cukup stok,
aku pinjam kau punya eh?”

“Otak kau,
share..share boleh kene kanser.
Dah..dah kau cita apa nih,
Lebih baik kau ambik dairi Adrina dalam beg aku tuh
Aku dengar cerita Adrina lagi bagus.”

“Yelah, cerita Adrina jelah bagus.
Cerita aku tak bagus.
Nanti aku nak tulis kat dairi aku
yang kau tak nak dengar cerita aku.
Biar semua junior kita tahu yang kau ni jahat.”

“Cerita pasal bra kau hilang
tak nak tulis?”

“Betul gak eh,
okay-okay nanti aku tulis.”

“Dahlah, cepat baca untuk aku apa yang Adrina tulis dalam dairi dia.”

Entah mengapa mata ini tak mahu dilelapkan. Mungkin pelbagai perkara yang difikirkan sehingga mata ini susah ditutupkan. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun untuk bersiap ke Hutan Rimba Sehijau Taman Pawana. Kami akan ber-camping di tempat ini selama tiga hari. Aku pulak kena berhadapan dengan musuh ketat sepanjang zaman Kira. Aku perlu membuat persiapan fizikal dan mental untuk berhadapan dengan makhluk ni..
Generasi La Nouvelle:
Babak Kelima-Adrina memuncak,Eaz bahagia,Kira menderita

Adrina keluar dari kereta bapanya dan terus membawa beg yang mengandungi pelbagai keperluan untuk berkhemah di Hutan Rimba Sehijau Taman Pawana selama tiga hari. Dia menyalam bapanya untuk meminta restu dengan harapan segala urusannya di sana nanti akan berjalan lancar. Adrina berjalan ke arah orang ramai.
Masing-masing tengah bersiap untuk berkhemah. Ada yang sibuk membuat pendaftaran. Ada juga yang masih terbelenggu dengan keputusan sendiri.

Kem Generasi Baru ini diadakan bertujuaan untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan di antara semua penuntut-penuntut Universiti Setiawan. Memang eloklah Adrina Dan Kira berada di dalam kumpulan yang sama.

“Hello Eaz!
Kau kat mana?”

“Cepatlah aku tunggu dekat dataran nih.”

Adrina menyimpan telefon bimbitnya dan mengeluarkan senaskah surat khabar untuk dibaca. Sedang khusyuk membaca nama Adrina dipanggil.”

“Adrina.”

Kelihatan Eaz dengan lengkap berpakaian sukan berwarna hitam dan memakai seluar tiga suku. Dengan senyuman yang manis dia memandang ke arah Adrina.

“Hai girlfriend
Asal mata kau bengkak nih?”

“Tak cukup tidur.”
Dengan nada yang rendah Adrina menjawab.

“Ouh, aku tahu sebab apa.
Kau main Angry Bird sampai tak leh tidurkan.”

“Ish kau nih mana ada.
Aku risau pasal aku satu group dengan Kira.”


“Kau nak risau apa.
Diapun manusia gak.”

“Sikit gila barang kau.”

“Laki biasalah, mana bawa banyak barang.
Kau nih tukar topik pulak.

“Biarlah dengan dia tuh.”

Cuba kau tengok tuh.”

Kelihatan Kira, lengkap berpakaian sukan dan dia memilih untuk warna 'pink' sebagai warna temanya. Dari beg hingga ke kasutnya semua 'pink'. Dia berjalan ala ala diva bersama tiga rakanya yang lain. Berjalan dengan megah sambil membawa kipas dan berkaca mata hitam. Semua tumpuan di kawasan itu di beri penuh kepada aksi Kira.

Tiba-tiba dia menjerit.

“Ahhhhhhhhhhh”

Semua orang memandang ke arahnya.

“Asal Kira.”

“Cuba kau tengok tuh.”
Kira sambil menunjukan sesuatu.

“Omj, Omar buka baju.
Wow, tergoda mak..”

“Bukanlah,
Kau tengok kucing tuh.
Kesianya dia.. sorang-sorang.”
Kira mengambil kucing tersebut dan mengusap ngusap kepalanya.

“Comelnya dia.”

Kira memandang ke kiri dan ke kanan semacam mencari sesuatu. Dia mengambil bekas kosong yang kebetulan berada disitu. Dia mengeluarkan air mineralnya lalu di tuangkan ke bekas tersebut. Kira mengambil kucing tadi dan mendekat bibir kucing tersebut ke dalam air yang berada di dalam bekas.

“Aku dah agak dah dia haus.”

“Macam mana kau tahu?”





“Ikut naluri kasih sayanglah.
Tolong ambik kan aku hand sanitizer.”
Rima memberi hand sanitizer kepada Kira dan Kira meletak sedikit di tanganya.

“Kau nampak tak tuh Adrina.”
Eaz bertanya.

“Nampak.”

“Apa yang kau nampak?”

“Aku nampak Kira sayang gila dengan kucing.”

“Maksudnya..”
Eaz bertanya.

“Maksudnya, walaupun dia tu kasar, bongkak, takbur..
Dia masih lagi ada belas kasihan dan ada perasaan kasih sayang macam manusia lain.”

“Pandai pun.”
Kata Eaz sambil memandang ke arah kirinya.

Kelihatan Suraya dengan memakai sweater biru berjalan sambil melemparkan senyuman manis ke arah Eaz. Eaz pula terpaku dengan senyuman tersebut. Eaz berjalan ke arah Suraya untuk menyapanya.

“Eaz..”
Miss Amanda tiba-tiba muncul dihadapan Eaz.

“Miss..
Awal sampai.”
Kata Eaz sambil memandang ke arah Suraya.

Suraya tersenyum dan berlalu pergi.

“Amboi perli nampak.
Saya terbangun lewat tadi.”

“Tulah, asyik dok call saya sampai pagi.
Lepas tuh tidur lewat.
Bangunlah pun mestilah lah lewatkan.”
Eaz tersenyum sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Miss Amanda tersenyum.
“Okay tak baju ni.”
Miss Amanda memegang baju Eaz.

“Okay, muat-muat.
Taklah besar sangat.”

“Ouh, pandai saya pilih baju untuk awak.
Nasib baik awak pakai..
Kalau tidak.. saya gigit awak.

“Ish, main gigit gigit pulak.
Mestilah saya pakai.
Miss yang belikan.”
Kata Eaz.

“Eaz.”
Adrina memanggil.

Eaz memandang ke arah Adrina.

“We have to go.
Bus dah sampai.”

“Okay, sweetheart.
Okay, Miss..
Saya gerak dulu.
Jumpa dekat kem nanti.”
Eaz dan Adrina meniggalkan Miss Amanda.

“Amboi, rapat nampak.
Ada pape ke?”
Adrina bertanya.

“Kalau ada apa apa..
Apa salahnya.”
Eaz tersenyum.

Adrina memandang ke arah Eaz.

“Dia itu tua dari kau,
Tau tak.”

“Orang yang lebih tua selalunya lebih pengalaman.
Siti dengan suami dia okay je.
Mengapa tak saya?”

“What the?”


Suraya memandang keindahan flora dan fauna di luar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.



“1 massage received.”

'Hello, sorry. Tak dapat jumpa.
Nanti kita jumpa dekat kem
okay.'

Dia tersenyum dan terus meletakan begnya di perut bas. Dia melangkah menaiki bas yang akan bergerak ke tempat kem .Ada tiga buah bas yang akan bertolak ke tempat Kem Generasi Baru.
Miss Amanda, Eaz dan Adrina di dalam satu bas. Manakala Suraya berada bas di belakang mereka. Perjalanan akan mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke destinasi.


Kini tiga buah tersebut telah berhenti di perhentian Sungai Loi untuk berehat seketika.

“Wei Adrina bangun.
Jom ar makan ke ape ke.
Aku lapar nih.”

“Ish, makan je keje.
Kau pergi cari tempat dulu
Aku nak pergi toilet jap.”

Adrina terus meninggalkan Eaz dan terus menghala ke tandas awan yang berada di perhentian Sungai Loi tersebut. Eaz pula berjalan ke arah gerai-gerai yang tersedia. Mata Eaz tertumpu ke arah gerai yang menyediakan buger sebagai jualan utamanya. Eaz mendekati gerai tersebut untuk membeli burger yang sudah menawan nafsu makan Eaz. Sesudah itu, dia terus mencari tempat duduk untuk menikmati burgernya dengan lebih nikmat lagi. Dia memilih untuk duduk di kawasan luar kerana kawasan di dalam sudah penuh. Eaz duduk dan terus menikmati bugernya. Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling. Tiba-tiba matanya berhenti meliar dan tertumpu kepada seorang gadis yang sedang berjalan mencari tempat duduk.

“Suraya.”
Eaz memanggil Suraya.

Suraya tersenyum dan bergerak ke arah Eaz.

“Eh, Eazkandar.
Sorang je.
Boleh saya duduk sini.”
Tiba-tiba Miss Amanda muncul sambil makan ais krim.

“Sure.”
Eaz berkata

Langkah Suraya terhenti.

Eaz cuba mencari Suraya. Namun kelibat Suraya tak dapat dikesan.


“Awak cari siapa tuh?”
Miss Amanda bertanya sambil memerhatikan gerak geri Eaz.

“Aa?
Tak de siapa.”
Eaz menjawab

“Mana Adrina?”
Tanya Miss Amanda.

“Tadi kata dia nak pergi ke tandas.
Entah, lama pulak di dekat dalam tandas tuh.”
Eaz berkata sambil memandang Miss Amanda yang sedang khusyuk menikmati ais krimnya.

“Kot sedap pun ais krim tuh,
Takyah lah sampai comot sangat.”
Kata Eaz sambil menyapu ais krim yang berada di pipi Miss Amanda.

“Ouh, tak sedar pulak.
Sedap sangat ais krim nih.
Nak rasa?”
Miss Amanda mempelawa.

“Boleh jugak,
nampak macam sedap.”

Miss Amanda menyuapkan ais krimnya ke dalam mulut Eaz.
Perbuatan itu diperhatikan oleh Adrina yang baru sahaja sampai di situ.

“Eaz, driver bas dah panggil tuh,
Jomlah gerak.”
Kata Adrina sambil tersenyum tak ikhlas.

“Ouh, yeke.
Jom.”

Mereka bertiga berjalan ke arah bas.


Di dalam bas.

“Kau betul ke serius dengan Miss Amanda tuh.”
Tanya Adrina.

“Entahlah,
Tapi best doh lepak dengan dia.”


“Ingat Eaz,
Dia tuh lecturer kau.”

“Weh Adrina kita nak dekat sampailah.”
Eaz cuba tukar topik.

“Kau ingat lagi tak,
Masa kau, aku, Erina Qusyairi dengan Eman lepak kat tempat nih.
Dekat tempat kem kita tulah.”

“A ah kan..
Dah lama tak lepak dengan dorang.
Hari tuh masa dekat rumah Erina, dorang semua dah gerak awal.
Kaulah nih datang lambat.”

“Ish, aku pulak.
Haa. Kau ingat tak dekat sinilah kereta Qusyairi tersekat masa tuh.
Yang masa tayar kita pancit tuh.”

“Aku ingat...
Masa tulah aku kenal dengan Danial

“Aku dah agak dah,
Kalau dorang nak buat kem untuk u,
mesti dorang buat kat sini.
Sini lawa doh.”
Eaz cuba mengalihkan tumpuan Adrina dari mengingat masa lamapaunya bersama dengan Danial.

“Okay guys, kita nak dekat sampai dah.
So lepas nih, saya nak kamu semua berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.”
Kata Miss Amanda sambil memandang ke arah Eaz.

Ketiga-tiga bas yang membawa 180 orang penuntut Universiti Setiawan termasuk Suraya, Adrina, Eaz, Dan Kira. Semua pelajar sibuk menguruskan beg masing-masing. Mereka mengeluarkan beg mereka dari perut bas dan berkumpul di tempat yang telah di tetapkan.
Ketua Komanda selaku penyelaras Kem Generasi Baru, Encik Samad Sabudin memperkenalakn diri dan memberi ucapan pembukaan. Dia kelihatan agak garang ganas lagi bengis. Seperti biasa perwatakan sebegitu wujud di kem-kem sebegini. Seterusnya dia memberi arahan kepada semua pelajar untuk beratur dalam kumpulan kerana sejurus selepas itu, dia akan memperkenalkan mentor kumpulan masing-masing. Adrina Kira dan Edy di dalam satu kumpulan manakala Suraya dan Eaz di kumpulan yang lain tetapi mereka berdua di dalam satu kumpulan yang sama. Mentor bagi kumpulan Eaz dan Suraya serta 5 orang pelajar yang lain ialah Miss Amanda. Kumpulan Adrina pula Encik Megat di pilah sebagai Mentor.






“Hai semua,
Nama di beri Megat Tajudin,
Saya ialah Mentor kamu semua.”
Kata Encik Megat yang memiliki tona warna yang cerah dan badan yang tegap.

“Okay, tanpa membuang masa saya kamu semua memperkenalkan diri masing-masing.
Sebelum itu saya nak kamu semua pegang tangan masing-masing dan terus memperkenalkan diri bermula dari kakak yang pakai baju 'pink' ni.”
Encik Megat, sambil memandang ke arah Kira.

Semua pelajar terus mengikut arahan yang diberikan oleh encik Megat. Tapi Adrina agak teragak-agak untuk melakukan arahan tersebut. Dia mungkin rasa serba salah kerana sebelah kiri Adrina adalah Edy. Kira memandang Adrina dengan penuh riaksi benci membuatkan Adrina terus rasa bersalah untuk melakukan arahan yang diberikan oleh encik Megat.

“Pegang je saya bukan suruh awak kawin pun.”
Kata Encik Megat.

Tangan Adrina dipegang oleh Edy lalu dia memberikan senyuman kepada Adrina. Panas sungguh hati Kira apabila melihat Edy memegang tangan Adrina.

“Okay, cik adik 'pink' sila mulakan sesi perkenalan kita.”
Encik Megat, sambil mengangkat keningnya.

“Nama saya Kira
Ini boyfriend saya, Edy”
Kira sambil mengangkat tangan Edy.

Edy hanya mampu tersenyum.

“Amaran, jangan sesekali cuba jadi perampas.
Sebab saya benci!”
Kira dengan nada suara yang agak tinggi sambil memandang ke arah Kira.

“Wow, keadaan semakin panas nampaknya.
Tapi ingat jangan gaduh-gaduh.
Kumbang bukan seekor.
Saya ni, dah lama menduda.
Okay, next”
Encik Megat mencelah.

Satu persatu ahli kumpulan Encik Megat memperkenalakan diri masing-masing. Selepas itu, para peserta dibenarkan pulang ke khemah masing-masing untuk berehat. Adrina mengelap peluh sambil berjalan ke arah khemahnya.




“Oi, kau ni tak habis-habis nak kacau Edy.
Kau sedar tak, dia itu boyfriend aku!”
Tengking Kira yang menghalang perjalanan Adrina.

“Apa sebenarnya masalah kau ah.. Kira?”
Kata Adrina sambil menolak bahu Kira.


Bersambung..
episod sebelumnya

No comments:

Post a Comment