Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Tuesday, October 25, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak Keenam-Konspirasi Miss Amanda,Suraya Dan Keegoan Kira Terhakis


“Oi, kau ni tak habis-habis nak kacau Edy.
Kau sedar tak, dia itu boyfriend aku!”
Tengking Kira yang menghalang perjalanan Adrina.

“Apa sebenarnya masalah kau ah.. Kira?”
Kata Adrina sambil menolak bahu Kira.

“Masalah aku kau.”
Lancar Kira bercakap.

“Kau buta ke apa?
Kau tak nampak ke dia yang pegang tangan aku?”
Kata Adrina dan dia terus meninggalkan Kira.

Kira hanya melihat Adrina pergi meninggalkanya. Kalau ikutkan hatinya yang sedang panas itu, mahu sahaja dia menarik semula Adrina dalam perbualan mereka tadi. Adrina meneruskan perjalananya. Dia pun tidak pasti dari mana kekuatanya datang untuk melawan kata-kata Kira sebentar tadi. Tapi sekarang dia boleh menarik nafas lega kerana dia sudah mampu untuk berhadapan dengan musuh utamanya Kira.

“Takpe Adrina, kau tunggu je balasanya.”


Adrina sedang khusyuk mengemas tempat tidurnya. Tangan Adrina membuka sleeping bagnya sebagai alas tempat tidur selama tiga hari berada di kem. Dia membuka ikatan yang membaluti sleeping bag tersebut dan terus menghamparkan di atas lantai. Tangan kananya mencapai bag galas yang di bawa dan di jadikan sebagai penganti bantal. Walaupun tidak selesa, dia harus akur dengan keadaan sebenar kerana berada di kem tidak seperti di rumah yang lengkap dengan katil yang empuk, batal yang lembut dan ditemani oleh anak patung yang pelbagai.

Dia merehatkan diri yang seharian penat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Di fikiranya dia memikirkan tentang bertapa beraninya dia berhadapan dengan Kira tadi. Adrina tersenyum sendirian. Dia menoleh pandanganya ke sebelah kanan. Kelihatan rakan sekhemahnya, Fifi belum pulang lagi. Kata Fifi dia ingin membuang hajat sebentar. Adrina melihat jam yang berada di tangan kirinya. Rupa-rupanya, Fifi sudah keluar hampir setengah jam. Timbul kerisauan di benak hati Adrina. Tapi matanya tidak mengizinkan dirinya untuk berfikir lebih lama akibat keletihan yang melampau. Dia cuba melelapkan matanya.

Tidur Adrina diganggu oleh bunyi yang pelik. Dia cuba membuka matanya, dan memandang sekeliling namun tiada apa-apa yang berlaku. Mata bulat Adrina memandang ke arah tempat tidur Fifi. Dia tidak pulang lagi. Adrina melihat jam tangannya. Tepat pukul 2 pagi. Bisik Adrina sendirian.
“Kemana agaknya budak nih pergi tak balik-balik lagi.”

Tiba-tiba Adrina mendengar seseorang menangis di luar khemahnya. Hati mula tidak keruan. Bulu roma Adrina mula menegak. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Mulalah tanggapan-tangapan negatif menular di minda Adrina. Yelah, jika kita ikut logik akal, mana ada orang yang menangis pagi-pagi buta nih.

Namun Adrina cuba memberanikan diri. Dia tidak memperdulikan bunyi tangisan tersebut.
Namun makin dihindarkan makin kuat bunyi tangisan tersebut. Ini semua betul-betul menguji ketahanan fizikal dan mental Adrina.

Khemah yang didiami oleh Adrina tiba-tiba di gegarkan oleh seseorang. Ekor mata Adrina sempat menangkap bayang seseorang diluar. Selepas itu, khemah Adrina seakan-akan di cakar oleh seseorang. Adrina yang terkejut dengan keadaan tersebut terus ke belakang dan menjauhkan diri darizip pintu khemah.

Tidak cukup dengan itu, zip khemah Adrina dibuka dan kepala seseorang muncul secara tiba-tiba.

AHHHHH!
Adrina menjerit.

“Weh Adrina..
Nih akulah, Fifi.
Tolong aku, Suraya menagis tiba-tiba.”

Fifi menarik tangan Adrina dan terus meninggalkan khemah.



Sesudah solat Subuh, Encik Samad Sabudin menampilkan diri dengan riaksi muka yang agak bengis. Tangan kanannya memegang microphone dan tangan kirinya mencekak pingang.

“Assalamualaikum.”
Encik Samad Sabudin dengan nada yang agak tegas.


“Saya ada berita yang tidak baik yang ingin diberitahu
dan tidak menyenangkan hati saya.
Baru dua hari kamu semua duduk sini dah macam-macam kes berlaku.”
Kata Encik Samad Sabudin.

“Semalam ada berlakunya kecurian yang melibatkan kehilangan yang agak besar.
Pelajar berkenaan kehilangan sebuah handphone dan wang sebanyak 200 ringgit.
Bukan itu sahaja, pelajar terbabit juga kehilangan sepasang baju dan beg tangannya.
Kejadian ini cukup memalukan saya dan sepatutnya kejadian sebegini tidak berlaku kerana saya percaya kamu semua sudah besar. Kalau saya dapat tangkap siapa yang buat nih. Hukuman keras akan diambil termasuk boleh dibuang universiti.”
Kata Encik Samad Sabudin dengan muka yang bengis semacam.

Para pelajar terkejut dengan berita tersebut dan semua ingin mengetahui siapa pelajar yang berkenaan.

“Hari ini aktiviti akan berjalan seperti biasa.
Sambil itu saya akan memanggil suspek yang mungkin terlibat dalam kes ini.
Faham semua!”
Encik Samad Sabudin menerangkan apa yang akan berlaku untuk hari ini.

Tanpa diundang air mata Adrina jatuh berlinangan di pipi putihnya. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Adrina menangis sekuat hatinya. Pelajar yang lain pelik melihat Adrina tiba-tiba menangis. Fifi yang berada di sebelah Adrina cuba menenangkannya dengan memeluk tubuh Adrina.



Sebagai aktiviti permulaan para pelajar melakukan senaman poco-poco. Dengan lancar pelajar melakukan semua pergerakan poco-poco tersebut. Terpancar keceriaan di wajah setiap pelajar sambil melakukan aktiviti senaman tersebut. Namun keceriaan tidak terpancar di wajah Adrina yang sedang duduk sendiran di bangku sambil ditemani dengan lenangan air mata. Adrina sedang diperhatikan oleh Edy yang jauh di padang.

Tidak lama kemudian Adrina di datangi oleh seseorang.

“Adrina, sudah-sudahlah tu.
Benda dah nak jadi.”
Eaz berkata sambil memegang bahu Adrina.

“Habis kau nak aku ketawa
barang aku semua hilang.
Bukan sikit Eaz.
Banyak kau tahu tak.
Handphone tu baru je bapak aku belikan sebagai hadiah hari jadi aku.
Apa kata bapak aku nanti.”
Adrina teresak-esak.

“Okay-okay aku faham.”
Eaz merapatkan kepala Adrina di bahunya sambil mengusap-gusap kepala Adrina untuk menenangkanya.


“Kamu pasti dengan apa yang kamu katakan ini Fifi?”
Tanya Encik Samad Sabudin

“Saya pasti tuan, hanya dia sahaja yang berpotensi untuk buat kes-kes macam nih.
Saya tidak yakin orang lain yang buat.”
Dengan yakin Fifi berkata-kata.

“Kalau benar kata-kata kamu nih.
Panggilkan Eaz untuk saya.
Kamu boleh keluar sekarang.
Kata Encik Samad Sabudin.

Fifi bangun dari kerusi dan terus melangkah keluar sambil tersenyum semacam.



Kaki kanan Eaz melangkah untuk meninggalkan bilik Encik Samad Sabudin. Dia kelihatan berpeluh. Eaz menarik nafas panjang untuk menenangkan fikiran. Bebola mata Eaz meliar memandang sekeliling. Matanya tertumpu ke arah seorang wanita yang sedang menangis di bangku yang berada di bawah pokok tua. Eaz cuba menghampiri wanita tersebut. Dia memasukan tangan kirinya kedalam kocek seluar untuk mendapatkan tisu. Lalu, dia terus mengelap air mata yang berjujuran jatuh di pipi wanita tersebut.

“Orang tua-tua kata,
tak baik menangis banyak-banyak,
Nanti boleh jadi buta.”
Eaz, sambil tersenyum.

Suraya memandang ke arah Eaz. Tanpa berfikir panjang dia terus memeluk Eaz. Dengan perasaan prihatin Eaz cuba menenangkan Suraya.

“Kenapa ni...
Saya dengar dari semalam awak menangis.”
Eaz bisik di telinga Suraya.

Suraya hanya membisu.

“Okay..okay..
Awak tenang dulu.
Nanti awak dah bersedia..
Awak cerita kat saya.”
Kata Eaz.

Dengan perlahan Suraya melepaskan pelukanya dan menatap wajah Eaz. Reaksi muka Eaz menandakan dia sudah bersedia untuk mendengar segala rintihan Suraya.

“Sebenarnya semalam saya..”

“Hai Eaz!
Boleh saya nak jumpa awak jap.”

Belum sempat Suraya menghabiskan ayat-ayatnya, Miss Amanda tiba-tiba muncul.
Eaz teragak-agak untuk memberikan jawapan kerana Suraya lebih memerlukan dirinya. Lebih-lebih lagi waktu sebegini.

“Tak boleh..
Sebab saya perlukan Eaz disini.”
Suraya dengan nada perlahan bersuara.
Eaz memandang ke arah Suraya.

“Ouh, yeke.
Okay, nanti kita jumpa ye Eaz.”
Miss Amanda agak kecewa dengan apa yang didengari.
Eaz hanya mengangguk sahaja.
Miss Amanda berlalu pergi dan cuba melawan perasaan cemburunya.

“Sebenarnya saya semalam saya nampak..”

“Awak nampak bende yang pelik-pelik.”
Eaz meyambung ayat Suraya.

Suraya hanya terdiam..

“Kita sebenarnya kena akur dengan benda nih.
Kita kena ingat bukan kita sahaja yang tinggal dekat muka bumi ini.
Lebih-lebih lagi tempat tempat macam ini.
Biasalah tu.
Jangan risau sangat.
Sayakan ada.”
Eaz berkata.

Suraya memandang ke arah Eaz. Dia tersenyum melihat muka Eaz. Sememangnya Eaz mempunyai kelebihan apabila dia berkata-kata. Ianya mampu menimbul kuasa memujuk atau menenangkan kepada seseorang. Dengan faktor inilah Eaz disenangi oleh ramai kaum hawa.


Air peluh Edy mengalir dari mukanya jatuh ke tanah. Dia mengambil tuala kecilnya yang diselitkan di kocek belakang dan terus mengelap peluh yang ada disebabkan cuaca yang panas bedenting. Tiba-tiba ada tangan yang mengambil tuala tersebut dan menyambung kerja Edy.

“Eh, hello sweetheart”
Edy berkata kepada Kira yang sedang mengelap peluhnya.
Kira hanya tersenyum.

“You dari mana tadi?”
Tanya Edy sambil memegang bahu Kira.
Kira terus membisu.

“Kenapa dengan u nih?”
Edy bertanya lagi.

Kira tidak dapat menahan lagi perasaanya. Matanya berkaca dan mula setitis demi setitis air mata Kira mengalir.

“Eh, kenapa nih?
You cuba cite dekat i”
Edy cuba merungkai persoalan sambil memeluk Kira dengan erat.

“You tahukan barang Adrina kena curi.
Dorang tuduh I yang curi.”
Kira menerangkan.

Edy melepaskan pelukanya.


Perbualan Kira dengan Encik Samad Sabudin...

“Ye, Kira awak nak cakap apa untuk membela diri awak?”
Encik Samad dengan muka serius.

“Maksud tuan, saya di tuduh mencuri barang Adrina?
Kira cuba mencari kepastian.

“Ye, Kira.
Tuduhan sebegini bukan asing bagi kamu.
Sebelum ini ada juga kes sebigini melibatkan kamu.
Cuma pihak universiti dan mangsa tidak cukup bukti untuk menuduh kamu.”

“So, sekarang ni pihak universiti dak cukup bukti untuk menuduh saya?”

“Belum lagi, saya nak awak mengaku,
jika betul awaklah yang melakukanya.”
Encik Samad Sabudin memandang tepat ke arah Kira.

Kira terdiam dan riaksi muka dia berubah.


“Then, you mengakulah?”
Edy bertanya.

“Please baby, you tak buatkan semua nih?
Edy sambil memegang bahu Kira.

Kira terus mengalirkan airmatanya.


“Lagipun saya ada dengar
awak dengan Adrina selalu bergaduh.
Mereka yang rapat dengan Adrina mengaku sendiri, memang awak selalu menimbulakan pergaduhan antara awak dan Adrina.”
Encik Samad Sabudin menyambung hujahnya.

“Saya mengaku..
Kami memang sering bergaduh.
Tapi itu, belum cukup untuk menghukum saya.
Mungkin juga, kawan baik Adrina yang melakukan semua tuh.
Sebab dorang selalu bersama dengan Adrina.
Apa yang Adrina ada, kat mana Adrina letak..
dorang mesti tahu sebab dorang paling rapat dengan Adrina.
So, dorangpun boleh disyaki dalam kes nih.
Tak begitu tuan?”
Kira cuba untuk membela dirinya.

Encik Samad Sabudin menghembuskan nafasnya.



“You, I ni jahat sangat ke?
Sampai dorang boleh tuduh I buat semua tuh?”
Kira berkata-kata.

“Tak.. you tak jahat.
I kenal you.
Cuma..”
Edy terdiam seketika.

“Cuma apa?”

“Cuma you kene ubah sikit perangai you.
Jangan cemburu melampau sangat.
Kesian Adrina, dia tu tak bersalah.
Cuba you baik-baik dengan dia.
I tengok dia tu boleh jadi kawan baik you.
You dengan dia banyak persamaan.”

“Tapi I sayangkan you..
I tak nak kehilangan you.
Sebab tu I cemburu.”

“I pun sayangkan you,
tapi you kene percaya kat I.
Betul tak.
I takan tinggalkan you.”
Edy cuba menarik kepercayaan Kira.

Kira terus memeluk Edy dengan erat.

“Edy, I sayangkan you.”

“Ye, I tahu..
sekarang nih you cool dulu.
Berehat okay
Rehat rehatkan minda you.”






Di petang hari, mereka semua harus meredah hutan rimba yang berdekatan dengan tempat perkhemahan mereka sebagai tugasan wajib dalam kem tersebut. Semua pelajar sedang bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran yang mungkin hebat mereka akan tempuhi semasa aktiviti tersebut. Adrina sudah bersemangat semula setelah dia mendapat sokongan dan dorongan dari rakan-rakannya yang tidak berputus asa untuk memulihkan semangat Adrina.
Walaupun di hati kecilnya itu, masih lagi ada bibit-bibit kekecewaan atas apa yang terjadi ke atas dirinya, namun dia tetap tabah. Persis kata orang dulu-dulu, hidup perlu diteruskan.

Di dalam perjalanan untuk menerokai khazanah alam yang sangat indah di mata kasar, tekak Adrina menjadi kering akibat dari cuaca yang panas berdenting. Dia meraba-raba poket beg yang dikendongnya untuk mendapatkan bekalan air untuk membasahkan tekaknya, namun sebotol air pun tidak dapat dijumpai. Dia cuba mendapatkan bekalan air yang dikehendakinya dari Fifi namun gagal, kerana Fifi juga telah terlupa untuk membawa bekalan air.

Tanpa diduga, subuah botol yang berisi air mineral muncul di depan Adrina. Botol itu diberikan oleh seseorang yang memeranjatkan Adrina. Dengan muka yang manis, Kira memandang ke arah Adrina. Dialah pemilik botol tersebut. Adrina agak terkesima dengan apa yang berlaku. Semuanya bagaikan mimpi. Tapi dia sedar bahawa perkara tersebut adalah benar dan bukan permaninan minda.

Apa lagi yang boleh di ucapkan oleh Adrina, jika bukan ucapan terima kasih yang mampu dia katakan. Kira hanya tersenyum dan berlalu pergi bersama dengan pasanganya Edy. Adrina pula bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Mungkin Kira sudah berubah. Tetapi ada juga terbit perasaan curiga dengan perubahan mendadak yang di tonjolkan oleh Kira. Adrina cuba menolak prasangka tersebut dengan berfikiran positif.

Sudah satu jam mereka meredah hutan rimba yang menular kehijauwannya. Pelbagai situasi yang mereka sudah tempuhi. Bermula dengan jalan yang agak kecil dikelilingi hutan belantara, disambung dengan pendakian yang agak mencabar seluruh kekuatan diri dan seterusnya mereka meredah bukit-bukit yang agak jelus.

Sekarang, perjalanan mereka sudah sampai di sebatang sungai yang menjadi pembahagi antara tempat mereka dengan jalan seterusnya. Suka ataupun tidak, mereka terpaksa menyeberangi sungai tersebut. Satu-satu kumpulan di lepaskan untuk menyeberangi sungai tersebut dengan memegang tali yang menjadi panduan mereka untuk menyeberang.

Kumpulan Miss Amanda yang terdiri dari Eaz dan Suraya menyeberangi sungai tersebut mendahului kumpulan Adrina. Sebagai mentor, Miss Amanda harus menjadi pendahulu kumpulanya untuk menyeberangi sungai tersebut. Dengan perlahan-lahan Miss Amanda cuba melintasi air yang agak deras. Imbangan badan Miss Amanda menjadi tidak stabil. Dengan pantas Eaz memegang tangan Miss Amanda untuk mengimbangi dirinya. Seterusnya Eaz memberi senyum yang manis kepada Miss Amanda. Tiba-tiba badan Eaz dipeluk oleh Suraya yang berada di belakangnya.

“Are you okay?”
Eaz bertanya kepada Suraya.

“Sorry, saya tergelincir tadi.”
Suraya berkata.

Eaz tersenyum.

Suraya melepaskan pelukanya dan terus memegang tangan Eaz dengan kuat sebagai penyokongnya untuk meredah air sungai yang deras. Miss Amanda yang menyaksikan perbuatan Suraya, hanya mampu melihat sahaja. Tidak dapat dinafikan memang ada perasaan cemburu yang muncul di hatinya. Tapi, Miss Amanda cuba mengatasinya. Eaz pula sudah di apit oleh dua wanita yang cuba meraih perhatian darinya.

Kini tiba giliran kumpulan Adrina, mengekori 9 kumpulan yang lain untuk menyempurnakan aktiviti mereka hari ini. Seperti biasa mentor akan jadi pendahulu dan akan di ikuti oleh pelajar-pelajar yang lain. Edy sebagai ketua kumpulan berada di barisan hadapan dan bersedia untuk bergerak. Kini, tiba giliran Adrina untuk memulakan langkahnya. Dengan perlahan-lahan kaki Adrina melangkah dan tangannya memegang dengan kuat tali yang menjadi tempat bergantung untuk melepasi sungai tersebut.

Akibat dari batu-batu yang berlindir berada di bawah sungai, Adrina tergelincir dan hampir terjatuh, nasib baik ada tangan yang sempat membantu Adrina. Kira memegang tangan Adrina dengan kuat. Selepas itu dia menarik tangan Adrina. Ini merupakan bantuan kali kedua yang diberikan oleh Kira. Hanya senyuman yang mampu diberikan oleh Adrina. Akhirnya mereka berdua berjaya melepasi sungai yang deras tersebut hasil kerjasama yang erat di berikan. Dari jauh, Eaz memerhatikan keakraban Adrina dengan Kira.


Matahari terbit untuk hari ketiga di Hutan Rimba Sehijau Taman Pawana secara langsung menerangi kawan tersebut. Ini juga merupakan hari terakhir pelajar-pelajar Universiti Setiawan berada di Kem Generasi Baru. Seawal pagi, mereka telah bangun dan melakukan persiapan terakhir untuk berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Para pelajar sudah beratur untuk menaiki bas yang baru sahaja sampai di tapak kem mereka. Adrina melangkah masuk ke dalam bas dan memilih tempat duduk yang bersesuaian. Di luar, Suraya sedang berjalan ke arah bas sambil membawa beg galasnya. Perjalanan Suraya terhenti apabila tanganya di tarik oleh seseorang. Suraya berpaling ke belakang untuk mengetahui siapa yang sedang menarik tanganya. Kelihatan Miss Amanda sedang tersenyum pelik.

Adrina khusyuk membaca novel sementara menunggu bas untuk bergarak. Adrina dapat merasakan ada seseorang sedang duduk di sebelahnya.

“Weh, Eaz lamanya kau.
Mana kau pergi?”
Tanya Kira sambil membaca novelnya.

Namun tiada sebarang respon yang diberikan.

“Weh, Eaz!
Kau dengar tak aku cakap apa?”
Adrina meninggikan suara sambil cuba menoleh ke arah Eaz.

Rupa-rupanya Kira yang berada di sebelah Adrina.


Eaz yang baru sahaja menaiki bas tersebut terkejut apabila dia melihat Kira berada di sebelah Adrina. Dia terus mencari tempat duduk yang lain kerana tempat duduknya sudah ada penghuni baru. Selalunya dia sahajalah yang setia berkepit dengan Adrina. Edy mengangkat tangannya sebagai tanda mempelawa Eaz duduk disebelahnya.

“Seronok aku tengok dorang berdua tu.”
Edy berkata.

“Memang ajaib betulah,
Macam mana si Kira yang keras hati tu boleh berubah secara tiba-tiba.”
Eaz cuba menimbulkan persoalan.

“Mestilah dia ikut cakap boyfriend dia.”
Edy sambil mengangkat keningnya.

“Sukalah kau kan,
dorang dah berbaik.
Senanglah kau rapat dengan Adrina.”
Eaz memandang ke arah Edy.

Edy hanya tersenyum.



Adrina memandang ke arah Kira.

“Hai, nama saya Kira
Selamat berkenalan.”
Kira menghulukan tanganya.

Adrina memandang ke arah tangan tersebut.
Kira tidak berputus asa untuk tetap menghulukan tangan kerana ingin bersalaman dengan Adrina.
Adrina tersenyum dan bersalaman dengan Kira.
Edy dan Eaz turut tersenyum sama.
Namun, di waktu yang sama Eaz memikirkan tentang Miss Amanda yang belum berada di atas bas kerana bas sudah bergerak.

Bagaikan di kayangan. Apa yang terjadi di Kem Generasi Baru bagai mimpi yang aku rasakan. Musuh yang selama ini aku benci, aku benci setiap nafas yang aku helar, sekarang ini sudah berubah sikap dengan hanya sekelip mata sahaja.Namun aku harus berhati-hati ..

Ikhlas dari hati,
Adrina





“Punyalah dorang benci membenci sebelum nih.
Tiba-tiba jadi kawan baik.”
Kata Lisa.

“Biasalah manusia,
sekejap je boleh berubah.
Jangan nak tekejut sangatlah.”

“Entah-entah Kira saje je buat macam tu.
Supaya Adrina menggugurkan tuduhan dia terhadap Kira.”

“Betul jugak cakap kau.”

Bersambung..

No comments:

Post a Comment