Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Tuesday, July 5, 2011

Episode 9 : Episode Kemuncak Mia La'Zarra

Aku membuka pintu.

"Baru balik Indra.."

Tekejut aku mendengar suara mak aku.

"Baru sampai mak."

"Macam mana dating dengan Mia tadi 
okey?"

Aku hanya tersenyum.

"Dari senyuman tu je mak dah tahu,
indahnya bercinta di masa muda.
mak tak sempat nak rasa semua tuh."

"Apa mak cakap nih."

Aku meletakan telefon bimbit di atas meja bulat berhadapan dengan mak aku.
dan aku terus naik ke bilik.

"Mak nak tengok jap gambar Mia eh Indra."

"Yelah mak..
tengok lah."

"Indra!"

Mak aku memanggil aku dengan nada yang agak serius.

"Kenapa mak?"

Aku bertanya.

"Ini bukan Mia."

Langkah aku terhenti.
"Mak cakap ape nih?"
"Ini bukan Mia." 
Dengan nada yang serius mak aku berkata.

Aku menurni tangga dan terus mendapatkan emak aku.

"Emak pasti ke ni bukan Mia?"

"Mak pasti. Indra, mak dah anggap Mia macam anak kandung sendiri dah.
Mak kenal sangat siapa Mia."

Aku merenung gambar aku bersama dengan Mia.





"Mia dekat mana?"

"Saya dekat tempat kerja, kenapa?"

"Jumpa boleh?"

"Sure. Dekat mana?"

"Tempat biasa."

"OK. see you."



Mungkin kejujuran adalah sukar untuk diterima.
Tetapi kita harus akur dan memahami kejujuran tersebut.
Dan mungkin kejujuran membawa kepada kebahagian.


Kali ini pertemuan aku dengan Mia, tidak seperti biasa.
Mia datang dengan keadaaan yang tergesa-gesa.


"Sorry, saya lambat."
Mia terus duduk disebelah aku.


"Kenapa awak diam je."
Mia berasa pelik.


"Siapa Mia?"
Aku bertanya dengan nada yang rendah.


"Awak cakap ape nih?"
Dahi Shasha mula mengerut.


"Siapa Mia."
Aku mengulangi soalan yang sama.


"Kenapa dengan awak nih?"


"Saya dah tahu, siapa Mia?"
Aku menguat suara.


"Awak nih kenapa?
sayalah Mia."


"Kau bukan Mia kan.
so, siapa Mia yang sebenarnya." 
Aku tidak dapat mengawal emosi aku lagi.


"Mia tu perampas.
semua dia nak.
sepatutnya awak saya punya.
tapi dia yang dapat."


"Kau buat apa dengan Mia?"
Aku tekejut dengan apa yang dia katakan.


"Padan muka dia.
entah dah mati kot agaknya."


Aku menampar muka Shasha.
Shasha terdiam membisu.
Aku berasa bersalah. 
Air mata Shasha mengalir.


"Saya sayangkan awak.
awak sepatutnya bersama dengan saya.
bukan Mia."


"Please Shasha bagi tahu siapa Mia.."


Shasha membisu.


"Saya nak sangat jumpa dengan Mia.
walapun dia dah berkhawin atau sebagainya.
saya nak berjumpa dengan dia.
saya nak tengk muka dia.
sekejap sahaja.
please Shasha..
tolonglah saya.
cukuplah penderitaan saya selama ini."
Aku terduduk dan terus merayu.


"Dulu kami kawan baik.
saya yang kenal dengan awak dulu.
tapi.awak lebih pandang Mia daripada saya.
sedangkan saya yang selalu megambil berat pasal awak.
selalu berada di sisi awak.
yang akan jaga awak.
tapi..
awak tak nampak semua itu.
awak nampak Mia sahaja.
Mialah yang terbaik dalam hidup awak."


"Mia dekat mana sekarang."
Aku cuba bertanya.


"Saya tak tahu.
saya lambat tahu tentang kemalangan awak dengan Mia.
Tahu-tahu je awak dah keluar hospital dan terus menghilang.
Mia pula dah pindah rumah."


"Maksud awak Mia masih hidup?"


"Mungkin ya, mungkin tak.
tapi yang saya tahu dia dah pindah rumah.
Mungkin rezeki saya,
saya jumpa awak masa kita nak buat projek syarikat bersama dekat Sabah hari tuh.
saya pelik awak tak ingat nama saya.
so saya membuat andaian awak hilang ingatan akibat dari kemalangan tu.
saya plan untuk menyamar jadi Mia.
gaya saya, perbuatan saya, semua saya saya ikut macam Mia.
supaya awak ingat saya Mia.
dan saya tahu awak mesti akan cari Mia.
mungkin saya kejam.
tapi awak kene ingat
saya kejam kerana awak.
awak membuat saya jatuh cinta dan terus terjatuh dalam cinta.
sukar untuk saya melupakan awak.
awak lupakan je Mia.
sayakan ada."
Shasha terus menangis dan memegang bahuku.


"Mungkin dalam ingatan saya Mia dah takde.
tapi Mia masih dalam hati saya.
walaupun saya sudah tidak mengingati segala keindahan bersama dengan Mia,
tapi hati ini kuat mengatakan Mia menunggu saya.
Shasha saya bukan untuk awak."
Aku merenung mata Shasha.


Aku beredar dari tempat pertemuan kami.
Tetapi tangan aku dipegang oleh Shasha.


"Kalau awak tak jumpa Mia.. awak tahu nak cari siapakan."


Dengan perlahan aku melepaskan tangan Shasha.


  Sebulan Kemudian..

Hari ini aku akan bina hidup baru.
Aku akan meneruskan kehidupan seharian aku sebagai seorang jurugambar.
Mia?
Mungkin nama itu hanya tinggal sejarah.
Barang yang lama jangan dikenang.
Seperti biasa sebelum aku memulakan tugas,
aku akan ke gerai Bunga.
Agak lama aku tidak berjumpa dengan Bunga.
Apa khabar agaknya budak nih.

"Hai Bunga!"

"Hai, awal datang hari ini?"

"Saja nak borak dengan Bunga."

Bunga ketawa kecil.

"Hari ini ada bunga terbaru tak?"

"Tak de. semuanya sama je."
Abang Indra boleh tolong angkat rak bunga tu?"
"Erm, Bunga boleh tak Indra panggil Zarra."

"Aik, dah tukar nama pulak ke?"

"Taklah memang nama Indra pun dulu."

"Bungapun ada nama kawan, namanya Zarra." 

"Ouh yeke?"

"Yelah, kenapa baru sekarang nak kene panggil nama Zarra."

"Sebenarnya nama Zarra, Indra. pastu ada sedikit kemalangan,
pastu Indra hilang ingatan.
so mak tukar nama jadi Indra.
Tapi sekarang panggil jelah Zarra.
Zarra Zaat."

"Zarra Zaat?"
Bunga buat muka pelik.

"Kenapa Bunga?"
Aku memandang ke arah bunga.
"Nama mak Zarra..
Khatijah Ibrahim kan?"

"Macam mana Bunga boleh tahu?"





Bersambung..


*Jangan lupa membaca episod akhir Mia La'Zarra dalam Episod 10 nanti

















No comments:

Post a Comment