Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Thursday, July 21, 2011

Episode Akhir Mia La'Zarra(Ep10)

episode sebelumnya Episode 9
"Saya tahu baju ni lawa, tapi warna dia tak kene dengan tema kami."

"Awak, baju ni oke tak?"

"Okey, sukahati awaklah."

"Mana boleh ikut sukahati, cuba tengok ni, baju ni dah lawa dah, tapi warna di tak kene, macam mana?"

"Ikut awaklah."

"Ish, awak nih."

Aku duduk di kerusi yang tersedia di dalam kedai. Aku memandang ke arah Mia yang sibuk berurusan dengan Kak Bie perunding pakaian perkhawinan kami. Ya, aku dengan Mia atau nama sebenarnya Nurmia Trisya atau Bunga akan berkhawin.Memang sukar dijangkakan.Mia sampai pengsan apabila mengetahui hal sebenar.Mak aku yang suruh ikat je perhubungan kami nih. Dia kata kalau dah terikat. takdelah terpisah lagi.Perasaan aku pulak? Aku macam..

"Zarra, jom balik?"

Aku bangun dari kerusi dan terus memimpin Mia keluar dari kedai baju kami.

"Awak lepas nih pergi makan nak?"

"Kat mane?, malas lah."

"Alah jom lah, saya lapar nih."

"Okey, kalau macam tuh awak pergi lah sorang-sorang."

"Takan nak makan sorang-sorang, jomlah"

"Malaslah.."

"Ish."

Mia merajuk dengan aku lagi. Jangan risau perkara ini memang selalu terjadi. Sekejap je tuh.Nanti okeylah balik. Aku bukan taknak makan tapi aku malas.Aku pun tak tahu kenapa aku malas.
Kami sudah sampai di rumah Mia. Mia terus keluar.
Walaupun perjalanan agak sukar kerana Mia buta namun dia tetap meneruskannya juga.Selalunya aku akan bawa dia masuk ke rumah.
Tapi sebab dah gaduh,takde maknanya nak pegang-pegang.




Di Pejabat.

"Selamat pengantin baru pak..kepak.pak..kepak.."

"Takyah nak kepak-kepak sangatlahkan."

"Leklah de, asal nak emo sangat nih, kau tu nak kawin takboleh nak marah-marah nanti stamina kurang."

"Apa yang kau merepek nih, takde keje lain ke?"

"Okey-okey, so kau sihat? Mia?"

"Aku sihat, Mia pun sihat."

"So, persiapan kawin semua dah ada?"

"Okeylah.."

"Weh, asal nih.. orang nak kawin kene semangat."

"Entahlah, aku rase macam.. entah"

"Kau takleh terima Mia, Zarra?"

Aku terdiam..

"Zarra diakan yang kau cari selama nih.. takan sebab dia buta perasaan cinta kau dah hilang."

"Akupun tak pastilah."

"Zarra kau tak boleh macam nih, Mia tukan nak jadi isteri kau. kau kene terima dia seadanya."

Aku mengalihkan pandangan aku ke tingkap...




Hari ini aku dengan Mia makan di Restoran Hijau di Dang Wangi.

"Mia, duduk sini."
Aku merapatkan kerusi ke meja makan.

"Zarra, Mia ingat majlis kita buat dekat rumah jelah, takpayah susah-susah kita nak buat dekat hotel."

"Saya tak kesah. ikutlah awaklah."

"Nanti masa akad, kita pakai baju yang warna biru tuh dan yang warna hijau tu kita pakai masa bersanding.  Okey?"

"Okey, suka hati awaklah."

"Itulah ayat awak dari dulu sampai sekarang. Sukahati awaklah.. Ikut awaklah...
macam saya sorang je yang bersemangat."
Suara Mia semakin tinggi.

"Awak cakap ape nih?"

"Awak tu, awak memang tak semangat untuk perkhawinan kita!"

"Apa yang awak merepek nih."

"Merepek? Zarra ni pasal perkhawinan kita Zarra.. Bukan perkara main-main..
Ouh saya tahu.. sebenarnya awak malukan.. 
awak malukan sebab saya buta!
kan Zarra?"
Mia tiba-tiba melenting.

Aku memandang ke arah Mia.
Perasaan yang aku rasakan ini tidak dapat dikawal lagi.
Aku terus bangun dari kerusiku dan berkata..

"Ye! memang saya malu.. saya malu  sebab awak buta. Pasal perkhawinan ni. Mak saya yang bersungguh-sungguh.. Saya tak bersediapun."

Mia merenung ke mata aku. Tidak lama kemudian air matanya mengalir..

"Jadi betulah awak malu.. Saya dah faham sekarang."

Mia terus keluar meninggalakan.
Aku terdiam dan terduduk.






































Tiba-tiba aku tersedar.


"Apa yang aku buat nih?"
Aku berkata sendirian.

Tiba-tiba dimindaku terlintas saat-saat indah aku bersama dengan Mia dulu.
Saat-saat aku menolong dia di kedai bunga.
Saat-saat aku cuba menangkap gambarnya.

"Ya Allah, apa yang aku buat nih?"

Aku terus bangun dan berlari keluar untuk mendapatkan Mia.
Aku meneruskan pencarian aku di kawasan sekeliling.
Langkah aku terhenti di sebatang jalan yang terdapat ramai orang berkumpul.
Aku melangkah pergi ke kawasan  tersebut.

"Adakah benar apa yang aku lihat?"

Aku melihat Mia terbaring dengan dilumuri darah..
Tidak jauh dari situ ada sebuah kereta yang sedang berhenti.





Sejak dari hari itu. Mia tidak sedarkan diri. Mungkin pelangaran yang kuat berlaku diantara Mia dengan kereta yang melanggar Mia hari itu.

"Zarra, dah makan ke?"
Mak Mia menegurku.

"Dah mak cik."

"Dahlah Zarra biar mak cik yang gantikan, Zarra baliklah berehat."

"Takpelah, biar saya jaga dia. Saya nak jadi orang pertama yang berada di samping dia bila dia sedar nanti."

"Zarra, tadi mak cik ada ke bilik Mia. Mak cik jumpa surat ini dekat atas meja dia.
Mungkin surat ini untuk kamu."

Aku mengambil surat tersebut dan terus membacanya.


















































































Zarra,

Saya tahu saya dah banyak menyusahkan awak. Awak dah banyak tolong saya. Awak tolong saya berjalan. Awak tolong saya makan. Awak tolong saya macam-macam. Sikitpun awak tak pernah merungut.
Awak nak tahu tak dulu kita pernah bahagia. Masa saya tak buta. Kita lalui hari-hari yang indah bersama. Kita macam orang lain. Kita bercinta seperti orang lain bercinta. Sehinggakan jodoh tidak menyebelahi kita. Kemalangan tuh merubah segalanya. Awak tidak sedarkan diri hampir dua minggu. Saya risau akan kehilangan awak. Di saat awak menyedarkan diri, saya ingat kita akan kembali seperti dulu. Sebenarnya saya silap, kerana itu ialah tanda kepada penderitaan kita. Awak bukan sahaja hilang ingatan, tetapi awak buta. Awak tak ingat langsung sedikitpun tentang kita. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dengan awak dan mendermakan mata saya untuk awak sebagai tanda percintaan kita. Saya ingin awak memulakan hidup yang baru tanpa saya.Tapi orang kata kalau ada jodoh tak kemana. Hari ini kita dipertemukan dan tak lama lagi kita akan bernikah. Kalau awak ingin tahu inilah yang kita idam-idamkan sebelum ni, ikatan perkhawinan.
Semoga kita akan berbahagia Zarra..

                                                                                                                    Ingatan Tulus Ikhlas Mia..

Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui mata yang aku miliki sebenarnya bukan hak aku.
Kalau kerana Mia mungkin dunia aku gelap.
Aku memegang tangan Mia.

"Mia, saya minta maaf Mia..
Maafkan saya Mia..
Saya janji lepas ini kita akan bahagia."

Aku memegang tangan Mia sekuat-kuatnya.
Tidak lama kemudian aku merasakan tangan Mia bergerak sedikit.

"Mia.. Mia saya ni Mia.. Zarra.."

Tetapi mata Mia terus tertutup rapat.
Tangan yang bergerak sedikit berubah menjadi getaran yang amat kuat.
Seluruh badan Mia mengigil kuat.
Aku bergegas memanggil doktor..

"Doktor, tolong doktor!!"





"Mia maafkan Zarra"



















































Dengan perlahan air mataku mengalir membasahi pipi
Aku menaburkan bunga di atas pusara Mia.
Lalu aku bangun dan melangkah pergi dari kubur Mia.
Aku memandang ke hadapan dan kelihatan Shasha dihadapan aku... 
Shasha tersenyum.

-Tamat-
Sekian Mia La'Zarra







No comments:

Post a Comment