Followers

Total Pageviews

Jangan lupa like page ini untuk mengetahui episod terbaru

Saturday, July 30, 2011

Generasi La Nouvelle: Babak pertama-Langkah Baru

Mei 2020..

"Okey pelajar sempena hari terakhir awak bersama dengan minggu suai kenal universiti, saya Prof Syarifah akan memberitahu tugasan terakhir buat kamu semua. Ahh terujakan.. Sebagai pelajar Universiti  Sri Setiawan kamu semua diwajibkan menulis sebuah dairi tentang kehidupan seharian kamu sebagai pelajar universiti ini. Kamu boleh ke perpustakaan di tingkat atas dan pergi di bahagian "Diari Pelajar" kamu boleh baca dairi bekas pelajar universiti ini dan boleh juga buat sebagai rujukan dairi kamu. Huh, penat saya membebel. Okey, selamat datang ke Universiti Sri Setiawan dan jangan lupa pergi "class" esok. Kuliah kamu semua akan bermula esok."

Dengan berhati-hati Prof Syarifah menuruni anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Gegak gempita dewan Sri Setiawan oleh tepukan gemuruh dari semua pelajar.

"What? Buat dairi? Dia ingat vampire dairies ke ape? Nak buat dairi bagai.
Weh, Lisa! kau dengar tak?"

Lisa yang sedang terhanguk-hanguk akibat tidak cukup tidur semalam terjaga dari tidurnya.

"Kau nak ape? Kau tahu aku sayangkan kau kan?"
Lisa dengan mata kuyunya

"Oi, mengigau ke? Lisa Surayawati anak Syafei Roslan bangunlah.."

"Ish, mane ade, kau tu yang mabuk. Ye, Sarah Hani anak Hisyam Tajudin ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Eh, macam kaunter pertanyaan pulak kau ni? Tak, kau dengar tak tadi, Ada ke patut prof kesayangan kau tu mewajibkan semua pelajar buat dairi sendiri."
Sarah sambil meletakan buku notanya ke dalam beg galas.

"Wah, bestnye bolehlah aku bergosip bagai dalam dairi aku nanti."

"Malaslah aku nak cakap dengan kau nih. Gila!"

Sarah terus berjalan kehadapan tanpa memperdulikan Lisa yang masih keseorang di belakang.

"Weh, Sarah tunggu akulah."

Mereka menaiki tangga ke aras dua bagunan A Universiti Sri Setiawan.Tangan Sarah membuka pintu perpustakaan dan terus berjalan ke arah kaunter pertanyaan.

"Maaf, menganggu tumpang tanya bagaian dairi pelajar dekat mana?"

"Adik jalan terus, lepas tuh adik belok ke kiri."

"Okey, terima kasih kak."

Sarah pergi ke arah yang diberitahu oleh kakak kaunter pertanyaan tadi.

"Dairi Pelajar? Kita nak buat apa dekat sini Sarah?"

"Kita nak memasak. kau tak tahu ke?"

Lisa mengerutkan dahinya.

"Kita nak baca dairilah. Kau tolong aku cari nama budak lelaki yang hensem-hensem sikit. baru terangsang sikit nak baca."

"Terangsang?"

"Merangsang deria membacalah. Aku nikan jenis pemalas sikit nak baca buku."

"Kau jelah, aku rajin."
Dengan perlahan Lisa berkata.

"Kau cakap ape Lisa?"

"Er, takde papelah.Haa aku dah jumpa bahan terangsang kau."
Lisa mengambil sebuah buku dari rak.

"Diari Eazkandar 2011, sembilan tahun yang lepas. Tapi kalau tengok muka dia boleh tahan jugak lah."
"Terangsang tak?"

"Ish, ape kau nih terangsang.. terangsang.. gatal sangat pergi kawin."
Sarah mengambil buku tersebut daripada Lisa.

Lisa dan Sarah duduk sambil membuka helaian pertama dairi Eazkandar.

______________________________________________________________________________________________

Dear Dairi,
Ish, macam girl2 je buat macam ni. oke2 aku tukar..
Kepada Dairi Saya..(Haa baru macho sikit)
Saya Eazkandar, saya pelajar baru disini. tapi saya bukan freshy. Saya pernah ke universiti sebelum nih. 
Saya datang sini dengan kawan saya, Adrina..

______________________________________________________________________________________________
Julai 2011..

"Adrina cepatlah."

"Yelah, sabarlah jap. kau tulah jantan memanglah laju."

Mereka sudah memasuki kawasan Cafe Sombonia . Mereka duduk di sudut tepi cafe tersebut. Eaz membuka penutup tin nescafenya, lalu meminum air tersebut untuk membasahkan tekak yang kehausan dari pagi tadi. Adrina hanya berkipas untuk merendahkan suhu badan yang hampir menjadi oven 87 darjah celcius.

"Kau tengok bola semalam?"
Adrina bertanya.

"Tengok, macam drama sebabak bersama si baju merah dengan aksi kaki sakit.
What the?"

"Tahu takpe saje nak melambatkan mase, malas aku nak fkirkan balik.
Eaz kau tahu tak Sheikh Muszaphar dapat anak perempuan, comel gila weh macam aku"

"Ishkau nih bergossip nombor satu, Adrina dengar sini kita datang ke sini nak mulakan hidup baru dan tak nak ulang kesilapan yang lepas. Ingat Adrina ini peluang terakhir kita untuk mengubah masa depan. Siapa kita dulu tak penting, Yang penting kesilapan kita tak boleh kita ulangi lagi. Kau dengar tak Adrina?"

"Wah,  kau boleh gantikan ustaz selamat beramal tulah."

"Tengok tu, kate nak berubah."

"Yelah-yelah."

Adrina terus membuka beg dan mengambil buku Essential Physics dan terus tekun membacanya.

"Haa, macam tulah. Kau tunggu sekejap aku nak beli airlah, haus.. Kau nak tak?"

Adrina hanya mengangukan kepalanya sahaja.

"Uih, betul-betul nih."
Eaz bisik sendirian.

Lima minit selepas tu, Eaz kembali dan menghulurkan air "Ice Lemon Tea" kepada Adrina. Dengan mata tertumpu pada buku, Adrina membuka menutup air tin tersebut. Air dari tin terus memancut keluar dan membasahi Adrina. Adrina terus mencampakan air tin tersebut. Eaz hanya ketawa terbahak-bahak melihat Adrina.

"Eaz, kau sehari tak kacau orang tak sahkan."

Eaz yang menggila dengan gelakan pontianaknya tiba-tiba terdiam dan matanya tertumpu kepada sesuatu.

"Weh, asal senyap?"
Adrina menegur Eaz.

"Cuba kau tengok tu."

Adrina menoleh ketepi. Kelihatan air tin Adrina tadi telah membasahkan kertas yang berada di atas meja berdekatan dengan mereka.

"Eaz, kau jangan kata kita dah basahkan kertas orang,"

"Okey aku tak kata apa-apa, tapi nampak macam dah basah teruk je.
Kita nak buat apa sekarang Adrina?"

"Apa lagi yang kau rasa kita boleh buat,
cabut ahh."
Adrina mengemaskan barangnya dan terus membuka langkah seribu.

"Eh sekejap, Adrina kau ada tisu tak, mungkin aku boleh lap sikit dia punya kertas dan tempat duduk dia.
Nanti dia tak perasan, dia terus duduk."

"Masa kau nak kenekan aku kau tak fikir pulak semua tuh.
Eaz jom!"
Adrina terus menarik tangan Eaz dan mereka meninggalkan tempat kejadian.

___________________________________________________________

"Kelas A... A1
Ish susah betul aku nak cari kelas ni. Nanti aku nak usulkan dekat menteri pelajaran untuk menyediakan perutukan kepada setiap universiti di Malaysia ni untuk membekalkan GPRS kepada pelajar-pelajar baru, baru boleh melahirkan minda kelas pertama."

Bebel Eaz sendiran. Matanya meneliti setiap papan tanda  yang berada di atas kelas. Kelas yang dicari sudahpun ditemui, dengan keazaman yang baru Eaz membuka pintu kelas. 20 pasang mata tertumpu kepada Eaz apabila dia melanglah masuk ke dalam kelas.

"Hai!"
Eaz memberikan senyuman perkenalan.
Pensyarah yang mengajar kelas tersebut meminta Eaz untuk memperkenalkan diri.

"Ouh, nama saya Eazkandar, boleh panggil Eaz.
Umur saya 20 tahun."
Apabila Eaz menyebut sahaja umurnya keadaan kelas menjadi riuh rendah akibat terkejut kerana Eaz tua 2 tahun dari mereka.

"Jangan nak pelik sangat lah.
Saya memang tua tapi muka awek muda.
Sebelum saya masuk ke universiti ini, saya pernah berlajar di MSU dalam bidang yang lain.
Mungkin saya tak minat dengan bidang tersebut lalu bertukarlah ke sini untuk mengambil Seni Kulinari bersama dengan kamu semua."

Setelah sesi perkenalan selesai Eaz diminta duduk.
Eaz mencari-cari tempat yang kosong untuk dia duduk.
Kelihatan seorang wanita yang agak menawan melambai-lambai menandakan disebelahnya mempunyai tempat untuk Eaz.

"Okey pelajar semua, seperti yang saya maklumkan semalam, sepatutnya hari ni saya akan memulangkan markah quiz, betul tak?
Tapi orang kata malang tak berbau, kertas quiz kamu semua telah basah semasa saya makan di Cafe Sombonia. Bukan saya yang basahkan ye. Saya pun tak pasti siapa yang tergamak melakukan perkara tersebut. Saya harap bukan kamu semua.
Jadi saya telah membuat keputusan, kamu semua perlu mengulanginya semula pada minggu hadapan, termasuk awak sekali,pelajar baru."

Muka Eaz menjadi merah padam.

"Asallah kau campak air tin tu tadi Adrina."
Eaz bisik sendirian.

"Awak okey ke?"
Wanita yang menawan tadi menegur Eaz.

"Haa.. okey-okey.."
Eaz menjawab dengan penuh kegelisahan.

"Erm, by the way, thanks sebab basahkan kertas quiz kite orang."

"Macam mana awak boleh tahu."

Wanita itu hanya tersenyum..

____________________________________________________

Adrina sedang memperkenalkan dirinya kepda rakan kelasnya.
Selepas itu, Adrina ingin mencari tempat duduk. Sedang Adrina mencari tempat duduk, tangan Adrina di pegang oleh seseorang. Adrina berpaling muka ke arah orang yang menarik tangannya tadi.
Alangkah cairnya hati Adrina orang yang menarik tanganya tadi adalah seorang lelaki yang tampan seperti Aron Aziz.

"Kerusi ni kosong jemputlah duduk."
Dengan machonya lelaki itu berkata.

Kerana Adrina sudah terpahat dengan panahan cinta pandang pertama, Dia terus duduk sahaja tanpa berfikir panjang.

__________________________________________________________

Eaz pula masih ternanti-nanti jawapan dari wanita itu tadi.

"Macam mana awak tahu yag saya basahkan kertas quiz kelas."

"Okey, macam nih, cuba awak mengaku je yang awak penyebab kerats quiz tu basah. awak terangkan betul-betul apa sebenarnya yang berlaku. mungkin dia boleh maafkan awak dan mungkin awak terselamat dari amik quiz tu?"

Eaz termenung seketika.

____________________________________________________

Selepas kelas tamat Eaz memberanikan diri untuk berjumpa dengan pensyarah yang menjadi mangsa keadaan.

"Ahh.. puan saya ade bende nak beritahu."

"Nampak saya tua sangat ke? Lagi satu saya belum berkhawin lagi, panggil je Miss Amanda. Kalau terjumpa kat luar panggil Amanda pun boleh, So? apa yang kamu nak bagi tahu tadi, Eazkandar?

"Sebenarnya miss saya yang basahkan quiz tu."

Muka miss Amanda berubah.

"Tapi saya boleh terangkan segalanya. Bende ni berlaku disebabkan sebuah kemalangan yang tak dapat di elakkan."

___________________________________________________________

Adrina menegemaskan barangnya dan bersiap sedia untuk pulang ke kolej. Adrina berjalan ke arah pintu keluar kelas. Perjalanan Adrina dihalang oleh seorang wanita.

"Woi perempuan, kau baru masuk kau nak main bulu dengan aku kan?"
Perempuan yang menghalang jalan Adrina itu terus menjerit.

"Sejak bila aku main bulu kau?"

"Lawyer buruk pulak kau. for your information jantan yang kau pegang tadi boyfriend aku."

"Excuse me, dia yang pegang tangan aku."

Eaz terus naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Adrina. Langkah Eaz terhenti apabila melihat Adrina bersama dengan seorang perempuan yang gayanya seperti gangster itu.

_______________________________________________________________________________________________________________
Aku nampak Adrina dengan perempuan gangster tu. Tapi nasib baik hero datang. Kalau tak akulah yang kene jadi hero. Penat aku menulis. Mengantuklah nak tidur. Okey sampai disini sahaja dairi aku untuk hari ini.

Dairi Eaz untuk hari pertama
_______________________________________________________________________________________________________________
Mei 2020
"Lah, tu je.. Banyaklah aku tak faham, Miss Amanda maafkan Eaz tak, Lepas tu, macam mana perempuan dekat sebelah Eaz tu boleh tahu yang Eaz basahkan quiz kelas.. Haa lagi satu sape pulak yang jadi hero kepada Adrina tu? adoiyai.."
Lisa mengaru-garu kepalanya.

"Lah, kau ni apapun tak boleh. Nantilah kita cari dairi Adrina pulak. Tapi esoklah eh, sebab dah maghrib aku tak sembayang asar lagi. Jom balik bilik."

Sarah menarik tangan Lisa dan beredar dari perpustakaan.

Bersambung..






No comments:

Post a Comment